- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, October 4, 2012







Doa menghindari santau


[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar

Amalkan ayat tersebut setiap kali selepas solat ( 7x baca )
Bacakan sebelum memakan makanan di kedai atau ditempat yang kita rasa kurang yakin.
 http://syeddinie.blogspot.com

Doa Bismillah 6 menghindar ilmu santau


Ilmu santau merupakan ilmu hitam yang masih wujud dalam dunia moden masakini. Ia merupakan ilmu racun yang ditapa dan kaedah pembuatannya menerusi amalan warisan saka digunakan untuk menyiksa dan membunuh seseorang.

Santau atau dikenali sebagai lontong di Sabah cukup menggerunkan kerana akibatnya boleh merana sepanjang hayat hatta boleh membawa maut jika tidak dirawat oleh perawat yang ahli tentangnya. Malah perubatan moden tidak mampu menyembuhkan pesakit yang terkena ilmu ini.

Lazimnya ia dikenakan melalui minuman atau makanan. Namun ada juga yang dihantar melalui angin dengan perantara jin/syaitan pemilik ilmu berkenaan.

Bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan santau ialah darah katak bertanduk, miang buluh, kaca, getah beracun, bisa binatang dan sebagainya.

Bagi menghindari diri dari ancaman ilmu santau maka sewajarnya kita memohon perlindungan Allah dengan mengamalkan Bismillah 6 setiap masa khususnya selepas solat Maghrib dan Subuh.

Jika mendapat petanda wujudnya permainan santau di mana anda berada terutama ketika ingin menekmati minuman atau makanan bacalah doa ini senafas dengan penuh yakin. Insyallah segala jenis racun akan menjadi tawar dengan izin Allah SWT. 
http://ibnumukri.blogspot.com
Doa menghindari santau dan sebarang keburukan

Bismillah 5



Maksudnya :

1: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang.

2: Dengan Nama Allah yang menyembuhkan.
3: Dengan Nama Allah yang mencukupi.
4: Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan
5: Dengan nma Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Kepada rakan2 yang risau disantau atau ade sebarang keburukan,sila amalkan ayat allah ini,insyallah diri anda akan terasa tenang dan aman seperti saya sekarang,allahualam

selamat mencuba.
..
 http://www.carigold.com

No comments:

Post a Comment