- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Monday, October 1, 2012







Kelebihan Menziarahi Orang Sakit




Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang kelebihan menziarahi orang sakit dan tuntutan melakukannya:
حديث ثوبان مرفوعًا : " إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خَرْفَةِ (بستان) الجنة " (رواه مسلم في كتاب البر برقم (2568)
“Sesungguhnya seorang Islam itu, apabila dia melawat saudaranya seislam, maka dia sentiasa berada dalam taman syurga”

وحديث جابر مرفوعًا : " من عاد مريضًا غَاصَ (نزل تحت) في الرحمة، حتى إذا قعد استقر فيها " (البخاري في الأدب المفرد برقم (522)
“Sesiapa melawat orang sakit, maka dia tenggelam dalam rahmat Allah, sehingga apabila dia duduk , maka tetaplah dia dalam rahmat itu.”

وروى مسلم عن أبى هريرة أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال : " إن الله عز وجل يقول يوم القيامة : يا بن آدم مرضتُ فلم تعدني قال : يا رب كيف أعودك وأنت رب العالمين ؟ قال : أما علمت أن عبدي فلانًا مرض فلم تعده، أما علمت أنك لو عدته لوجدتني عنده ؟ يا بن آدم استطعمتُك فلم تطعمني قال : يا رب كيف أطعمك وأنت رب العالمين ؟! أما علمت أنه استطعمك عبدي فلان فلم تطعمه، أما علمت أنك لو أطعمته لوجدت ذلك عندي ؟! يا بن آدم استسقيتُك فلم تسقني ؟ قال: يا رب كيف أسقيك وأنت رب العالمين ؟! قال: استسقاك عبدي فلان فلم تسقه، أما علمت أنك لو سقيته لوجدت ذلك عندي ". (مسلم برقم 2569).
Diriwayatkan oleh Muslim, diambil dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari Kiamat: Wahai manusia, aku sakit tapi kamu tidak menziarahiku. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak menziarahiMu, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu sakit, tapi kamu tidak menziarahinya? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu menziarahinya maka kamu akan mendapati Aku di sisinya?

 
 
Wahai manusia, aku meminta makanan dari kamu, tapi kamu tidak memberi aku makan. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak memberi Engkau makan, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu meminta makanan, tapi kamu tidak memberinya makanan? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu memberinya makanan maka kamu akan mendapati makanan itu di sisiKU?
 
Wahai manusia, aku meminta minuman dari kamu, tapi kamu tidak memberi aku minum. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak memberi Engkau minum, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu meminta minuman, tapi kamu tidak memberinya minuman? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu memberinya minuman maka kamu akan mendapati minuman itu di sisiKU?

وعن على رضى الله عنه قال : سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: " ما من مسلم يعود مسلمًا غُدْوَةً (صباح) إلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يمسي، وإن عاده عشيةً صلى عليه سبعون ألف ملك حتى يصبح، وكان له خريف (الخريف : الثمر المخروف أي المجتنى) . في الجنة " رواه الترمذي وقال: حديث حسن. (الترمذي برقم (969) وقال: حسن غريب).
 
“Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga.”
 

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah ke perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”.
[HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara seIslamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat endoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi]
 


 

Islam sangat mengambil berat kepentingan mengeratkan hubungan tali orang sakit, people sick, menziarahi orang sakit, doa lawat orang sakit, mendoakan orang sakitpersaudaraan atau silaturrahim sesama muslim. Salah satu cara yang disarankan oleh Islam untuk mengeratkan hubungan persaudaraan atau silaturrahim sesama muslim itu ialah dengan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit merupakan salah satu hak seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Sabda Nabi S.A.W.

"Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya".

Terdapat banyak hadits yang menyebutkan tentang anjuran dan kelebihan menziarahi orang sakit, antaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bermaksud:-

“Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, nescaya penyeru (malaikat) akan berseru kepadanya: “Alangkah bagusnya engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah tersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!”.
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).

Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:

“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas

8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Sunat:

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.

Doa mendoakan orang sakit:-

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

“Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu.” At-Tarmizi & Abu Daud.

Kelebihan menziarahi orang sakit.

Bersabda Nabi s yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoaknnya hingga petang dan begitulah sebaliknya” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

Insyallah, moga-moga aku dan kita semua rajin-rajinlah menziarahi orang sakit dan mendoakannya. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita. Memang terasa kesunyian bagi yang pernah mengalaminya di hospital, barangkali kita hanya berkawan dengan pesakit di sebelah katil. Sedih jer rasanya, mana orang tersayang tak lawat-lawat kita nie, sibuk sangat bekerja agaknya?

Sumber: Zikrihusaini.com

 
 

No comments:

Post a Comment