- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, October 4, 2012







Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
 - CADANGAN PENGAMBIL-ALIHAN KTMB OLEH MMC



Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam menghadapi cabaran yang makin hebat ini khususnya penawaran MMC untuk mengambilalih KTMB, maka yang perlu ialah meningkatkan tahap kekuatan mental kepimpinan dan semua ahli2, kita tidak boleh leka n percaya dgn cerita2 dongeng yang boleh melemahkan semangat seterusnya mempermudahkan kehadiran, kita sedar bahawa kita rakyat, kita berhak bersuara utk menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa, namun hakikatnya pihak berkuasa mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan sebarang keputusan terakhir, apa yang kita harapkan ialah keputusan mutlak itu memihak kepada kita, kerana kita adalah rakyat selaras dengan slogan kerajaan “Rakyat Didahulukan”.

Piket atau demontrasi adalah satu tempat untuk melahirkan bantahan, keluhan, rasa tidak puas hati, meminta simpati, mengemukakan rayuan atau apa jua tafsiran, ianya adalah utk menyampaikan mesej kepada pihak berkuasa agar suara ini didengari n memohon agar suara pekerja yang juga rakyat didengari n dipertimbangkan sewajarnya.

Pendekatan yang paling penting ialah kehadiran n sokongan dari ahli2 seramai mungkin, namun jgn sesekali kita menganggu perkhidmatan kerana kita tidak akan dapat simpati rakyat, justeru itu semua ahli2 yang tidak bekerja, mempunyai kelapangan, dapat mengorbankan sedikit masa untuk melahirkan suara kesatuan yang bersatu. Dalam masa yang sama kita harus memastikan tahap keselamatan adalah dibawah kawalan, pastikan tiada sebarang gangguan dalam tempoh kita melaksanakan piket.
 
 GAMBAR HIASAN
 
 
Bagi meningkatkan usaha menolak kehadiran syarikat luar, RUM amat berharap pihak pengurusan harus bersama dgn kesatuan, kerana implikasi kepada kehadiran syarikat luar tidak dapat dijangkakan, kerana risiko yang berlaku lebih berat adalah kepada pihak pengurusan, kerana mereka yang berhadapan dgn masalah terlebih dahulu. Jangan hanya bergantung kepada RUM sahaja, memerhatikan dari jauh, kerana takut diambil tindakan bila mana dikenal pasti bahawa mereka juga menentang kehadiran syarikat luar, kita menyedari rata2 pengurusan menyokong tindakan kita, tapi apakah hanya melahirkan sokongan saja cukup, sedangkan yang berjuang hanya kumpulan bukan eksekutif.

Dari sudut lain, ahli2 perlu melaksanakan tanggungjawab kerja dengan lebih proaktif, bagi membuktikan bahawa kita mampu memulihkan KTMB, tanggungjawab ini sangat penting kerana pihak berkuasa melihat kepada pencapaian atau hasil kepada plan pemulihan KTMB. Kita amat berharap di bawah kepimpinan Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB, dapat merancang sesuatu dengan berkesan, dengan membuktikan bahawa KTMB mampu memulihkan KTMB, usaha2 sebegini perlu dipertingkatkan dengan kerjasama semua pihak, terutamanya pihak pengurusan pertengahan.

Kita berbangga dari sudut idea mewujudkan satu jawatan “Business” jawatan ini sangat penting dalam mencari peluang2 bisnes yang boleh diwujudkan, kita sentiasa menekankan bahawa dalam perancangan yang berkesan akan menghasilkan peluang2 perniagaan yang berorientasikan keuntungan, jangan hanya mengunakan pendekatan mengelakan pembaziran, kerana mengelakan pembaziran hanya satu aspek kecil, jangan mewujudkan atau mencari kesalahan lepas, kerana ianya boleh menimbulkan kesan negatif serta mewujudkan persepsi yang tidak sihat.

 Kita menyedari bahawa hari ini, syarikat2 luar mencari sumber pendapatan melalui KTMB, ianya tidak boleh dihalang dari sudut ekonomi negara, kerana memberi peluang seterusnya mewujudkan peluang perniagaan, namun demikian kita tidak mahu peluang2 perniagaan yang diberi hanya kepada syarikat2 yang ibarat mee segera, ini akan mendatangkan implikasi kepada KTMB itu sendiri, ingin ditekankan bahawa peluang perlu diberi yang benar2 berkualiti tapi bukan atas sifat kepentingan individu.

Peluang yang baik perlu dicari melalui sudut bisnes ialah bagaimana boleh mewujudkan peluang perniagaan seterusnya memberi kesan yang positif malah boleh menghasilkan pendapatan kepada KTMB, peluang2 perniagaan terlalu banyak didalam KTMB, tetapi ianya tidak digunakan sepenuhnya, dasar yang wujud kini sebenar perlu dikembalikan kepada KTMB, seterusnya akan membuka peluang perniagaan yang boleh mencetuskan peluang2 perniagaan.

Kita menyedari bahawa pendapatan Komuter dalam tempoh setahun akan berkurang setelah pengumuman oleh pihak kerajaan yang mengumumkan pemberian diskaun 50% kepada pengguna komuter yang bergaji RM 3000.00 kebawah, rata2 yang menaiki komuter ialah mereka yang berpendapatan RM 3000.00 kebawah, ini satu risiko kepada KTMB yang akan mengakibatkan pendapatan tahunan komuter kurang dengan banyaknya, tapi ini bukan satu alasan utk kita berpeluk tubuh tanpa berusaha untuk menjana pendapatan melalui sudut lain, justeru itu kewujudan jawatan tertinggi dalam bidang bisnes adalah satu jawapn yang tepat n sangat dialu2kan, maka adalah diharapkan jabatan bisnes ini akan memainkan peranan yang benar2 ikhlas utk mencari peluang perniagaan kepada KTMB.

Harapan RUM adalah sangat tinggi kepada pihak pengurusan khususnya Datuk Elias Kadir, Presiden KTMB agar dapat merancang strategi perniagaan yang cukup berkesan, bagi pihak RUM kami akan memberi kerjasama sepenuhnya agar apa jua rancangan utk menambahbaikan KTMB dapat dilakukan dengan sesempurnanya, cuma sangat2 diharapkan agar tiada pihak mengunakan pendekatan mudah atau ambil mudah kerana sifat yang diterapkan selalunya “aku makan gaji”, “cukup bulan aku dapat gaji” sebaliknya sikap yang perlu ditunjukan ialah bagaimana utk menghadapi cabaran dengan berkhidmat bersungguh2 dan mampu memulihkan KTMB, sekiranya semua berusaha gigih tanpa mengenal jemu n mampu beranggapan bahawa “KTMB aku punya”, maka tidak mustahil sesuatu dapat dilakukan utk memulihkan KTMB.

RUM amat berharap ianya dapat dilakukan dengan segera, kerana ianya sangat mendesak dalam membuktikan bahawa KTMB mampu dipulihkan seterusnya dapat menolak kehadiran syarikat luar yang mahu mengambilalih KTMB. Insya Allah kalau kita berganding bahu semua usaha ini dapat dilakukan dan kita mampu menyakinkan kerajaan bahawa kita mampu memulihkan KTMB tanpa kehadiran syarikat luar.

Marilah kita bersama2 berganding bahu utk mempertahankan KTMB dari diambil oleh mana2 syarikat luar. Marilah kita bersama2 berganding bahu utk memulihkan KTMB dan membangunkan KTMB sebagai sebuah syarikat pengangkutan rel yg boleh meraih keuntungan serta menjadikan sebuah syarikat pengangkutan yang berdaya saing.

https://www.facebook.com/pres.rum/posts/476105365757512
 
coretan pengguna KTMB
 

Keretapi Tanah Melayu...Ubahlah Sikap Kau.


Sekadar gambar hiasan. Ini bukanlah KTM, jauh sekali kalau nak dibandingkan.
Sunday, 9 August 2009
 
I hate Keretapi Tanah Melayu! Fuhhh kanan fuhhh kiri! Tuih! Sedih nak cerita ni. Geram pun ada. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak tanya satu soalan pada korang. "Adakah anda berasa kecewa dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu?". Kalau ada, celet ibu jari dengan aku. Yah!

Ni lah yang dikatakan minda kelas ketiga yang disebutkan oleh pensyarah aku. Janji Melayu tidak pernah menepati masa. Janji Jawa? Ekeke! Korang boleh bayangkan tak masa nak beli tiket keretapi tu, dengan jumlah orang berbaris cuma 4-5 orang tetapi mengambil masa hampir 35 minit. Membazir masa aku 35 minit! Dari jam 10.00 malam sehingga jam 10.35 baru aku dapat beli tiket. Yang menjelikkan aku adalah jumlah orang yang berbaris nak beli tu cuma 4-5 orang jek mak cik oii. What The Hekk kena berbaris sampai 35 minit? Kalau 10-20 orang yang berbaris?
 
Masalah pertama sebab lambat adalah kerana ada 2-3 pelanggan sibuk nak tukar tiket. Yang pekerja jual tiket boleh pulak kalut sebab tak berapa pandai menggunakan sistem tiket berkomputer tu. Tekan sana sini tapi tiket tak boleh tukar. Siap boleh panggil member settlekan. Ya Allah... Member dia pun tak boleh settle. Last-last dekat 20 minit baru settle. Korang tau camne dia settle kan? Sebenarnya dia cuma perlu tekan key BATAL kat komputer tu jek tapi dia tak tau kalau nak tukar tiket kena tekan key BATALkan tiket terdahulu. Walawehhhh.... Encik KTM oii, ko pergilah hantar pekerja KTM ke kursus ICT sebelum bekerja. Bagi bijak sikit pekerja tu. Pengajarannya, sebelum melangkah alam pekerjaaan kita kena penuhkan ilmu di dalam kepala hotak. Haih!

Masalah kedua ko ni KTM pergilah tukar sistem komputer tu. Dah uzur bebenor aku tengok. Ada ke masa tengah nak print tiket aku, printer tu jam. Pastu orang KTM tu boleh pulak shut down komputer dan ON balik. Waduh-waduh, rasa macam nak ternangis plak melihat keadaan ini. Tapi akhirnya selamat jugak proses jual beli tiket aku tu. Orang KTM tu kata bulan Januari 2010 diaorang nak tukar sistem komputer baru. Baguslah kalau camtu. Beli komputer yang ada kad grafik yer bagi laju sikit masa proses tiket tu. Walau apapun, aku tetap respek dengan pekerja KTM tu walaupun tengah kalut tapi tetap sempat buat lawak dan memberi senyuman manis kepada pelanggan. Tahniah aku ucapkan! Camtulah... Baru aku sayang kat kau. Ececehh!
Sebenarnya, benda paling sedih berlaku yang disebabkan kelambatan KTM ni adalah aku miss tengok Datuk Siti Nurhaliza buat show kat Dataran K.Lipis. Ahhhh! Gua terkilan weh! Nak tengok Siti, nak tengok Siti! Kalaulah aku beli tiket tu cuma 5 minit, kompom aku boleh tengok kejap Siti Nurhaliza buat show. Tapi bila aku dah dapat beli tiket, jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Kang kena tahan Pak Guard IPGM sia-sia jek. Dulu boleh keluar sampai pukul 12.00 malam tapi sekarang tak boleh, apa cer? Eh, yang ni kawan aku cakaplah sebab IPGM aku sekarang pakai Pak Guard baru. Tak tau plak camne cara diaorang. Ala Pak Guard, korang tak payah risau, kat Kuala Lipis bukan ada disko pun untuk kitaorang lepak sampai larut malam. Rilex sudah....!

Terkilan beb nak tengok Siti Nurhaliza, kawan aku yang pergi tengok jangan cerita kat aku, kang kena lempang tak pasal-pasal. Heh! Ok, kepada KTM, aku harap teguran ikhlas dari hati tulus aku ni korang jadikanlah pengajaran untuk masa hadapan. Ingat! The Customer Is Always Right! Orait, aku chow dulu, babai!
 
 
 Tuesday, August 7, 2012

Masalah Pengangkutan Awam


Soalan:
Masalah pengangkutan awam di negara ini perlu diselesaikan untuk menjamin keselesaan dan kepuasan pengguna. Bincangkan masalah yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.

Jawapan:
Strategi:
T=Pengangkutan awam
K=Masalah
F=Umum

Isi:
1. perkhidmatan yang ditawarkan tidak sistematik
2. sistem pengangkutan awam di negara kita sering tidak menepati jadual
3. jumlah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi
4. perkhidmatan awam yang disediakan tidak selesa


  Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menegur mutu perkhidmatan pengangkutan rel di ibu negara yang disifatkannya tidak memuaskan pada tahun 2008 yang lalu.  Kenyataan itu dibuat setelah beliau merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan Komuter, Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT). Beliau juga sempat mendengar rungutan daripada orang ramai yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu. Beliau menegaskan bahawa kewujudan masalah ini ibarat kata pepatah, ”Kalau tak tumbuh tak melata, kalau tak sungguh orang tak kata.” Semasa tinjauan ini dibuat, beliau mendapati bahawa beberapa masalah yang melanda pengangkutan awam ini perlu diatasi.

  Satu daripada masalah yang wujud dalam sistem pengangkutan awam ini ialah perkhidmatan yang ditawarkan tidak sistematik.  Apabila perkhidmatannya tidak sistematik, masalah yang timbul dalam sesuatu masa sukar untuk diatasi. Keadaan ini memang jelas berlaku di ibu negara.  Kecanggihan pengangkutan awam benar-benar teruji pada waktu puncak apabila sistem pengangkutan awam di negara kita gagal menangani limpahan pengguna pada waktu itu.  Sepatutnya, pengangkutan awam seperti sistem transit aliran ringan (LRT), tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan perkhidmatan bas RapidKL merupakan nadi kepada pergerakan warga kota.  Namun semua perkhidmatan ini gagal menampung keperluan pada waktu puncak. Ketiga-tiga perkhidmatan ini didapati beroperasi dengan teratur dan mengikut jadual pada waktu-waktu biasa yang tidak sibuk. Namun, apabila tiba waktu puncak sama ada sebelah pagi atau petang, orang ramai tidak boleh bergantung pada perkhidmatan ini jika mahu sampai ke pejabat tepat pada masanya. Pada waktu puncak, pengangkutan awam di ibu kota dilihat gagal menampung kebanjiran pengguna yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Selain itu,  sistem pengangkutan awam di negara kita sering tidak menepati jadual. Walaupun mantan Perdana Menteri pernah turun padang untuk melihat sendiri operasi pengangkutan awam, namun setakat ini masih belum ada perubahan.  Orang ramai masih perlu bergelut untuk mendapatkan tren dan bas terutamanya pada waktu puncak, namun waktu perjalanan dan ketibaan perkhidmatan itu tidak mengikut jadual.  Perjalanan yang tidak menepati jadual ini benar-benar menyusahkan pengguna dan menimbulkan kesan kepada tugas dan tanggungjawab mereka di tempat kerja.  Kelewatan ini berpunca daripada sistem pembelian tiket yang tidak efisien.  Sebagai contohnya, jumlah pengguna Putra LRT di Stesen Wangsa Maju menuju ke arah Kelana Jaya mencecah lebih seratus orang pada satu-satu masa pada waktu pagi.  Sebagai akibatnya, barisan menunggu menjadi terlalu panjang dan berpusing-pusing memenuhi platform.  Senario beratur panjang ini umpama mahu membeli tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia itu merupakan perkara biasa bagi pengguna di stesen tersebut.  Oleh sebab barisan yang terlalu panjang, mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut pada waktu yang sepatutnya. Kesannya ialah pengguna lewat sampai ke tempat kerja.

Di samping itu,  jumlah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengguna yang ramai. (AH) Bagi wanita yang sarat mengandung, mereka terpaksa menunggu sehingga jumlah penumpang yang beratur berkurangan sebelum menaiki LRT. Dalam keadaan yang sarat, mereka tidak mungkin dapat ‘bersaing’ dengan penumpang lain.  Oleh sebab penumpang terlalu ramai dan jumlah gerabaknya terhad, maka mereka terpaksa menunggu tren yang berikutnya. Bagi perkhidmatan tren komuter KTMB yang menjanjikan ketibaan setiap 20 minit, sentiasa terlewat daripada jadual pada waktu puncak, iaitu pagi dan petang, kadang-kadang terlewat sehingga 15 minit.  Selain lewat, gerabaknya penuh dengan penumpang yang menyebabkan mereka yang menunggu tidak dapat menaiki tren tersebut.  Mereka terpaksa menunggu tren berikut yang mungkin akan mengambil masa sampai 20 hingga 30 minit kemudian.  Namun, tindakan ini masih belum menjamin untuk mereka mendapat tempat.  Sebagai akibatnya, suasana di stesen menjadi tidak terkawal sebaik-baik sahaja tren tiba.  Adegan tolak-menolak merupakan pemandangan biasa kerana jika mengalah sedikit, pasti tidak berpeluang menaiki tren yang sudah padat dengan penumpang.

Bukan itu sahaja,  perkhidmatan awam yang disediakan untuk pengguna sekarang ini didapati tidak selesa.  Ketidakselesaan ini bukan disebabkan tren atau bas yang disediakan tiada kemudahan yang baik tetapi atas faktor bilangan penumpang yang semakin bertambah. Untuk memastikan pengguna masuk atau mendapatkan tempat duduk, adakalanya tercetus pergaduhan kecil apabila penumpang yang mahu masuk ke dalam tren bertindak menolak pengguna yang sudah bersesak di bahagian dalam tren.  Perkara sedemikian biasanya berlaku pada waktu pagi apabila semua orang bagaikan tidak dapat bertoleransi kerana bimbang lewat tiba di pejabat.  Bagi pengguna yang bersikap sabar, mereka terpaksa mengalah dan melepaskan dua hingga empat tren komuter kerana masalah kesesakan itu.  Mereka tidak sanggup untuk bersesak-sesak seperti ‘sardin di dalam tin’ dan kena tolak pula dengan orang yang tidak bertimbang rasa.  Masalah ini sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat kota ketika ke tempat kerja dengan menggunakan perkhidmatan awam.  Walaupun tidak selesa, mereka terpaksa jua untuk menggunakan perkhidmatan itu ke tempat kerja kerana tiada pilihan lain, ditambah pula kesan daripada kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Sebagai kesimpulannya, tahap perkhidmatan awam di negara kita menghadapi masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan. Untuk menangani masalah ini, pihak kerajaan telahpun menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.  Penubuhan suruhanjaya ini merupakan bukti komitmen kerajaan untuk memastikan sistem dan infrastruktur pengangkutan awam negara memenuhi piawai antarabangsa.  Dengan penubuhan suruhanjaya ini, kerajaan akan memastikan sektor pengangkutan mempunyai garis panduan dasar yang jelas dan fokus untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita.


No comments:

Post a Comment