5 Ciri Seorang Boss Yang Teruk

Sekadar Gambar Hiasan
Tidak tersusun- Seorang boss yang teruk kerjanya pasti tidak tersusun. Berkemungkinan anda disuruh untuk melakukan sesuatu pada hari ini, tetapi pada hari berikutnya anda akan disuruh membuat perkara yang lain. Perkara yang disuruh itu telah tersasar jauh dari objektif  yang sebelumnya. Arahan mereka juga akan sentiasa berubah-ubah. Dan akhirnya menyebabkan objektif yang diinginkan tidak dapat dicapai.


Tidak mengambil tahu - Seorang boss yang teruk juga tidak akan mengambil tahu mengenai orang bawahannya. Segala kesalahan yang anda lakukan tidak akan ditegur. Sekiranya anda telah menyumbangkan sesuatu kepada organisasi, boss tidak menunjukkan apa-apa reaksi bahawa anda dihargai. Begitu juga sekiranya anda mempunyai masalah peribadi dan boss langsung tidak mahu mengambil tahu atas alasan itu bukan masalah organisasi. Pasti perkara ini akan melemahkan lagi motivasi anda untuk terus menyumbang jasa kepada organisasi dan merasakan organisasi tidak memerlukan lagi khidmat anda.
Memandang rendah terhadap orang bawahan - Boss yang teruk juga akan memandang rendah terhadap kebolehan anda. Segala cadangan atau pandangan pasti tidak akan diterima. Boss hanya mempertimbangkan cadangan daripada orang yang beliau betul-betul yakin sahaja. Mungkin kadang-kadang pandangan anda memang tidak boleh diterima tetapi boss seharusnya menunjukkan satu reaksi bahawa pandangan anda itu betul-betul dihargai. Bukan menolak cadangan anda itu mentah-mentah.
Pilih kasih - Masalah ini adalah paling utama dalam sesebuah organisasi. Tambah-tambah lgi sekiranya ia melibatkan sektor swata.  Boss yang teruk sudah pasti akan memilih kasih. Orang yang tidak layak untuk sesuatu kedudukan itu akan diberi tanggungjawab untuk menguruskannya. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan perniagaan keluarga. Sebaiknya seseorang itu dinilai berdasarkan kemampuan dirinya untuk sesuatu tanggungjawab itu dan bukannya dinilai atas atas talian kekeluargaan. Tetapi masalah ini memang amat sukar diatasi kerana pasti masing-masing akan memikirkan  mengenai kepentingan peribadi.
Tidak dapat mengenal kelemahan atau kelebihan - Seorang boss yang teruk juga tidak akan dapat mengenal kelemahan atau kelebihan walaupun sudah lama anda bekerja untuk organisasi. Ini adalah kerana kurangnya perhatian terhadap anda. Hanya mementingkan perhubungan terhadap orang yang berpengaruh atau pelanggan sahaja. Tetapi seorang boss yang beranggapan sebegini sebenarnya mereka telah salah kerana jatuh bangunnya sesebuah organisasi itu adalah lebih bergantung terhadap kerjasama antara pasukan dan bukannya pelanggan mereka.
 

7 Ciri Seorang Pemimpin Yang Baik


Pemimpin bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.
Sekadar Gambar Hiasan
Ciri utama seorang pemimpin yang baik ialah:-
1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-  kurangnya tidak bercakap besar.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
sumber rujukan : tun dr mahathir mohamad
 
Sumber: top5reason

Comments

Popular posts from this blog