Amalan Sunat Hari Jumaat
Salam jumaat.
Jumaat antara waktu doa di
makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan.
Semoga semua sihat-sihat hendaknya, sebab macam-macam penyakit
sekarang. Untuk semua, kuatkan hati,insyaallah boleh ! Hehe. Jom baca
apa amalan dan perkara yang boleh di amal pada hari jumaat dan kalau
boleh tiap-tiap hari lagi cool.
1. Perbanyakkan selawat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang
berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh
kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat
baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i)
2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa
yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya
daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat
dan diampunkannya antara dua Jumaat”
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat)
ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang
mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki
minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian
bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)
4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masuk ke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekor lembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan daripada
Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan
mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh
akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu
Daud dan al-Hakim)
Sekian.
Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com
Comments
Post a Comment