Apabila datang kepada kamu seorang fasik....
"Terlalu banyak isu sekarang ini sehingga memeningkan kepala bagi sesiapa yang mengikutinya. Di sebalik isu, terdapat berbagai-bagai pendapat. Tentu sahaja penerimaan masyarakat juga berbeza, ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya. Kalau setakat berita tentang hal-hal yang berlaku setiap hari seperti kemalangan jalanraya atau berita sukan, mungkin perasaan ingin tahu tidak begitu mendalam kecuali bagi mereka yang betul-betul meminati.
Akan tetapi, yang menjadi tarikan seluruh masyarakat Malaysia atau mungkin juga seluruh masyarakat dunia adalah tertumpu kepada suatu berita yang mengandungi seribu keaiban yang memalukan untuk didengar dan tidak patut diperkatakan lebih-lebih lagi melibatkan moral serta maruah individu.
Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut membicarakan isu yang dimaksudkan tetapi sekadar untuk mengajak pembaca kembali kepada beberapa adab kita sebagai seorang Islam apabila berhadapan dengan isu-isu seperti ini.
1. Al-Quran sebagai petunjuk orang-orang beriman dan bertakwa.
Alif,
Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki
yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman
kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan
Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan
(adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap
mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang
berjaya.
(Al-Baqarah 2:1-5)
2. Kembali kepada petunjuk al-Quran
Dan
sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang
sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang
disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka,
penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka
pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya,
dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka
Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka
dengan api yang menjulang-julang.
(Al-Israa' 17:97)
3. Menyelidiki 'sumber' berita.
Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat49:6)
4. Memahami Qazaf (menuduh zina) dan peranan kita sebagai seorang Islam yang taat.
Qazaf
Perkataan
qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu
dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan
sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap
seseorang.
Menurut
istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa
saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur
para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab
Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala
tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir. (Sumber Buku
: Qazaf: Mangsa Fitnah)
Firman Allah dalam surah An-Nur
4.
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang
saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu
menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah
orang-orang yang fasik; - (An-Nuur24:4)
5.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang
tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nuur24:5)
6.
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada
saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri,
maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu
hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa
sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - (An-Nuur 24:6)
7.
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan
menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. (An-Nuur 24:7)
8.
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu
hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya
(yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; -
(An-Nuur 24:8)
9.
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah
akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur
24:9)
10.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya
kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami
kesusahan yang sukar diatasi). (An-Nuur 24:10)
11.
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah
segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang
dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang
di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang
dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia
dan di akhirat). (An-Nuur 24:11)
12.
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman -
lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang)
mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
(An-Nuur 24:12)
13.
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan
tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi,
maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(An-Nuur 24:13)
14.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya
kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa
yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
(An-Nuur 24:14)
15.
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan
lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu
tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula
menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah
perkara yang besar dosanya. (An-Nuur 24:15)
16.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah
layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari
mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta
besar yang mengejutkan". (An-Nuur 24:16)
17.
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi
perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu
orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:17)
18.
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan
(hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nuur 24:18) |
19.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk
dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa
yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah)
Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian). (An-Nuur 24:19) |
20.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya
kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah
belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta).
(An-Nuur 24:20)
Penutup
Allah telah menetapkan peraturan yang jelas dalam perkara ini untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.
Insya Allah.
Penutup
Allah telah menetapkan peraturan yang jelas dalam perkara ini untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semoga kita termasuk dalam golongan yang diberi petunjuk oleh Allah.
Insya Allah.
Comments
Post a Comment