- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Friday, November 2, 2012







Apabila Malaikat pun bertanya?


(Ada manusia yang tidak terkenal di kalangan penduduk dunia, tapi terkenal di kalangan penduduk langit)

 Aku terima SMS dari abang aku.

“Adik beradik mahu korban seekor lembu tahun ini, sekarang sudah ada empat nama, nak masuk bahagian tak?”

Aku termenung tentang ibadah qurban, hukumnya adalah sunnat yang di tuntut, sesetangah mazhab ada menfatwakan wajib bagi mereka yang mampu berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah r. a yang mengatakan Nabi bersabda: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.

Lagipun banyak kelebihan ibadat qurban seperti dosa akan terampun bersama titisan darah binatang yang di sembelih, pahala sebanyak bulu di badan binatang dan lain lain.

Aku pun balas SMS.

“berapa sebahagian?”

Semantara abang aku jawab SMS, fikiran aku merenung jauh sebelum semua manusia di cipta yang mana ketika Allah membuat keputusan untuk mencipta manusia, para malaikat telah bertanya.

 “Kenapa hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah?, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Allah?”

Jawapan dari Allah:

 “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Kemudian, apabila Allah mencipta manusia, berkatalah pula iblis:

"Aku adalah lebih mulia dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."

Allah kemudian melaknatnya dan Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak adam, maka bermulalah ujian besar dalam kehidupan manusia.

Tapi Allah tidak membiarkan iblis menyesatkan manusia semberono, bersama di alam manusia, Allah telah menghantar ratusan Nabi dan ribuan Rasul  bersama mukjizat dan keramat, lantas manusia telah berpecah kepada dua golongan, satu yang beriman mengikut para Nabi, dan satu lagi enggan beriman dan mengikut iblis.

***

Terdengar SMS masuk dari abangku.

“satu bahagian RM400”

Mahal jugak lembu kat Terengganu bisik hati aku, kat sini baru RM370.

****

Di dunia langit, Allah sentiasa memuji manusia dari kalangan Nabi dan rasul di hadapan malaikat.

Maka terdapat malaikat yang meminta izin dari Allah untuk turun ke bumi bagi menguji sejauh manakah kehebatan iman manusia dari kalangan Nabi dan rasul.

Banyak kisah jika nak diceritakan, aku ambil kisah Nabi Ibrahim. A.S.

Pendek cerita, ketika Nabi Ibrahim a.s  duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat yang menjelma dalam fizikal manusia lalu bertasbih: ‘Subhanallah!’ di zaman semua orang sembah berhala.

Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut sebut. Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang di tasbihkan..

Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan semua dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi..

Selamba sahaja Nabi Ibrahim ‘korban’kan semua kambing dengan sedekah pada ‘malaikat’ tadi.

Pendek cerita, sedarlah malaikat bahawa Nabi Ibrahim A.S layak di puji Allah di kalangan penduduk langit di atas keihlasannya.

****

Terdengar SMS masuk dari abangku.

“Jadi tak, semua dah cukup 6 bahagian, tinggal lagi satu, jika lambat, adik beradik lain akan ambik”
Akupun balas SMS:

“Okey”

****
Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.

Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda:

“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, 
sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

****
SMS masuk dari abangku.

“Salam, berita ralat, lembu sudah habis dan yang tinggal hanya seekor, harga RM3300, sebahagian RM470, setuju tak?”

Aku balas SMS:

“apa kata adik beradik yang lain?”

****

Sambung balik kisah Allah yang sentiasa memuji manusia di kalangan Nabi dan Rasul di hadapan para malaikat.

Dan pujian Allah tidak hanya kepada rasul dan Nabi sahaja, malahan manusia biasa yang berdosa, selepas di uji ujian nafsu sepeti haiwan, dan juga dengan godaan iblis.., Namun apabila manusia bertaubat, maka Allah akan membuka pintu langit kepada para malaikat dan memuji manusia , Allah berfirman:

 “Lihatlah kepada hambaKu yang sedang merayu kepadaKu.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dalam hadith lain apabila malaikat pulang dari majlis zikrulallah yang manusia buat di bumi, Allah berfiman.

“Lihatlah kepada hambaKu, bersaksillah Aku telah ampunkan dosa mereka dan kedua ibu bapa mereka”

Ada juga riwayat mengatakan apabila manusia sedang bermusafir, atau sedang duduk atas bukit atau dalam kebun, apabila masuk waktu solat, lalu azan, dan mengerjakan solat awal waktu dengan susah payah, maka Allah akan memuji manusia ini di hadapan para malaikat.

“Lihatlah kepada hambaKu, bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dipendekkan cerita, dalam peristiwa Allah yang sentiasa memuji manusia di hadapan malaikat, tercatat dalam sejarah penduduk langit, telah berkata akan satu Malaikat:

“Mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa?, sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa”

Lalu Allah membela manusia,

“Pergilah panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat-malaikat itu!”
Malaikat kemudian bermesyuarat lalu memilih hanya dua wakil di kalangan mereka lalu menjawab,

“Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu...

*****

SMS masuk dari abangku.

“Bagi Abang, teruskan sahaja korban ini, sebab harga lembu memang dah naik, harap semua adik beradik setuju, boleh booking, sebab takut lembu ni pun orang ambik, harga lori, biar abang yang tanggung.”

Aku balas SMS:

“bincang dengan bini jap.”

****

Sudah lama Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar di kurniakan seorang anak lelaki yang soleh, dan di hujung usia, ketika umur sudah lanjut, maka datanglah keajaiban dari Allah, malaikat sendiri turun menyampaikan berita ini iaitu Nabi Ibrahim bakal mendapat anak lelaki.

Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama di idam idamkan? bukan main gembira lagi, tapi ujian Allah telah datang, dengan di saksikan malaikat, sebaik anak lahir, Nabi Ibrahim telah sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka..

“Abang ingin ke mana”

Tanya isteri dengan cemas dan sedih, tapi nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata kata, lalu isteri bertanya lagi,

“Adakah ini perintah Allah?”

Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’.., tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman.., yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan..

Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi ibrahim AS telah menorbankan perasaan meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.

****

Terdengar SMS masuk dari abangku.

“Dah bincang belum?”

Akupun balas SMS:

“Adohai, lupa”

****

Tujuh tahun setelah pemergian Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Nabi Ismail a.s dan isterinya di padang pasir, Mekah telah berubah wajah, dari padang tandus, telah menjadi oasis, telah menjadi kota, berkat mukjizat nabi Ismail mehentak kaki setelah ibunya berlari dari SAFAR dan MARWAH, orang ramai juga telah ramai menatap di sana..

Dari jauh, kelihatan Nabi Ibrahim a.s pulang bersama tunggangganya.., pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, mainbatu seremban, main ketawa-ketawa, dan lain lain..

Namun ujian Allah datang lagi, datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tidak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi ke jalan Allah selama 3 tahun,

Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya...

****

SMS masuk dari abangku.

“Dah bincang?”

Aku balas SMS:

“Apa kata adik beradik yang lain?.”

****

Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga, lalu mulai mencari kerja untuk mendapat sedikit upah, di pendekkan cerita, mereka bekerja sebagai tukang kasut, dan ketika sedang membersihkan kasut, datang seorang wania menghulur kaki, dengan betis yang bunting padi, putih dan gebu..

Dan ini menyesakkan nafas Harut dan marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mulai membahang!

****

SMS masuk dari abangku.

“Salam, sesiapa yg berniat utk berkorban.Bersyukurlah. Lembu dah ada. Cuma Allah nak uji untuk kita tambah korban. Dari bajet RM400 kepada RM470, Apa sangat pengorbanan kita berbanding korban Nabi ibrahim. Umur dan rezeki di tangan Allah.”

Mendengar nama Nabi ibrahim, terus insaf, teringat sewaktu Umur Nabi Ismail 10 tahun, Nabi Ibrahim a.s telah pulang berjumpa anak dan isteri, mengubat rindu dan duka lara, tapi ujian Allah datang lagi.

Baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah.. , anaknya mestilah disembelih kerana nazar baginda sewaktu tiada anak berbunyi: “Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

Maka apabila diberitahu kepada anaknya dan isterinya.

Mereka bertiga sanggup menunaikan perintah Allah.

Iblis telah datang mempertikaikan perintah ini, akibatnya iblis di lontar batu di jamratul aqabah.

Akrian, berkatalah nabi Ismail a.s sebelum di sembelih:

Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar,

Wahai ayah, Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan hati ayah.

Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya kita tidak bertentang mata lalu ayah menjadi kasihan dan ragu ragu.

Hendaklah ayah meninggikan lipatan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku, supaya ibu tidak menjadi sedih melihatnya.

Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher ku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.

Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih ku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.

Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan aku.

Nabi Ibrahim berkata:
“Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”

(Nabi Ibrahim, sesungguhnya doamu untuk mendapatkan anak yang soleh telahpun makbul)

Kemudian Nabi Ismail berubah fikiran supaya di lepaskan ikatan, kerana tidak mahu di lihat oleh penduduk langit seperti terpaksa, lalu Nabi Ibrahim telah membuang ikatan di kaki dan tangan Nabi Ismail dan menyembelih anaknya dengan sekuat tenaganya.

Nabi ismail ketika di sembelih tidak meronta, malahan meluruskan tangan dan kaki, agar mudah ayahnya menyembelihnya..

Sewaktu kejadian itu. Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua Malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.

Kemudian Allah berfirman bermaksud:

“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan :‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”

Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina dengan isteri orang...

Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna , namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkukutk..

Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat, maka layaklah kamu dipuji tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata..

Di pendekkan cerita, Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat harut dan Marut sambil berkata,

“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan marut pun menangis dengan sekuat kuatnya, lalu Jibril berkata,

“Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Tahulah sudah bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Lantas Harut dan Marut digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa :

“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”Al syura, ayat 5)

***

SMS masuk dari abangku.

“Bagaimana Hamka. Jadi tak?”

aku balas SMS:

“Dan bank in dah”

Tuan tuan yang mulia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang . Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja tapi manusia itu adalah anak baginda. Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih salah satu daripada anak baginda.Tapi itulah satu-satunya anak baginda dari keturunan yang mulia…

Dan baginda telah melakukannya. Aku hari ini baru sembelih satu bahagian sudah berkerut dahi?

Adohai..

Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul di leher Ismail a.s, dan Malaikat jibrail telah datang membawa qibas sebagai ganti... Aku dan korang di sini.., adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah? Sembelih binatang adalah ‘hadiah’ pengorbanan Nabi ibrahim, 

Sanggupkah kita ‘meyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri meninggalkan mereka untuk keluar ke jalan Allah demi ugama?

****

SMS masuk dari Bro yang lain.

“Hamka, jom keluar jalan Allah?”

Ps: SMS terakhir itu belum berbalas, semoga SMS itu tidak berbalas kerana aku sudah keluar berkorban di jalan Allah dan terkorban. Al fatihah untuk aku. Semoga kita termasuk manusia yang di puji Allah di kalangan penduduk langit. Amin...

Selamat hari Raya qurban. Selamat korbankan perasaan...

Oct 18, 2012

Koleksi 7 hari Kisah laki bini?


 (lagi lagi lagi koleksi kisah laki bini, bab suka duka Laki bini berpisah selama beberapa hari, adohai)

Sabtu
---------
Aku selalu juga berpimpin tangan dengan bini waktu jalan jalan, dengan syarat: tiada orang yang aku kenal di sekeliling sebab aku tak nak mereka sedih(jika belum kahwin) atau sakit hati(jika kekasih lama) atau meluat nak muntah(jika mereka anti sosial).

Bila berpimpin tangan dengan bini, kemudian ternampak ustaz atau kawan yang lain, cepat cepat aku lepaskan tangan, dan bini aku tak kecik hatipun, semua faham sudah, kami dah tua, jangan mengada sangat.


Semalam, jalan dengan bini berpimpin tangan, tiba tiba bini lepaskan tangan dan beredar dengan cepat.


Kenapa? Malu dengan kekasih lamakah?


Rupanya ada sales discount beg tangan wanita.


Hampeh!


Ps: macam macam hal kisah laki bini, ada ada aje.. : )


AHAD
-------------------------

Aku bawa baju, buka mesin basuh dan tanya pada bini.


“Ni nak pilih butang mana, Wash? Rinse? Atau Spin?”


Bini: “takpe, masukkan jer, nanti dia akan Auto.”


Laki: :”Speed ni nak pilih Soak ke Heavy?”


Bini:”Butang tu tak payah usik, tekan on sahaja”


Laki: “level ni set berapa liter, 48? 30?”


Bini: “air tu akan turun sendiri berdasarkan berat baju”


Laki: “Detergent ni banyak mana?”


Bini: “On dahulu untuk timbang, baru tahu berapa banyak sabun yang di perlukan”


Laki: “Sini ada button start, dan ada button on, yang mana satu dahulu?”


Bini: “button warna biru tu...”


Laki:”Ok, dah faham.”


Aku tekan on, mesin basuh pun ‘timbang’ dan keluar air secara automatik.


Laki: "Sabun kat mana?"


Bini:"Bawah laci singki tu"


Laki: “mana sudu sabun?”


Bini: “Ada dalam bekas sabun tu juga.”


Laki: “ok, dah ada..”


Aku pun masukkan sabun, dan duduk di meja dapur lalu berkata:


“penatnya.., lain kali boleh tak pergi kursus balik hari?”


Bini aku gelak, lalu pesan jaga diri dan tamatlah perbualan kami dari dalam telefon.


Oh, aku rindukan pemandangan melihat bini buat kerja rumah-woha!


Ps: Rupanya bini aku pergi kursus beberapa hari dan akan pulang khamis ini, kita akan mengerti erti syukur bila berpisah dengan nikmat..., sayangilah bini korang masing masing. Pesan pada diri sendiri. adohai..


ISNIN
-------------------------

Lepas solat isyak, aku tapau nasi bungkus.


Anak- anak aku yang terpaksa ikut solat (baca: bini pergi kursus) bertanya:


“Ayah, bukahkah tadi sebelum maghrib dah makan KFC?”


Aku jawab: “Ayah perut melayu...”


Anak tak paham, dan aku susah nak terangkan.


Sampai rumah, aku bersiap untuk makan nasik, anak akupun datang:


“boleh makan sekali?”


Aku sengih, he he he..


Ps: Anak akupun ‘perut melayu’ jugak-adohai..


SELASA
--------------------

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya Laki pada bini di suatu petang..


“Tak boleh”Jawab bini selamba.


“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab laki lagi selamba.


Woha!


***


Suasana di atas di petik dari buku Permata yang Hilang versi keretamayat bab ‘isteri yang dingin’ m/s 151,


Member aku lepas baca kisah di atas, beranggapan sungguh cool gurauan kami laki bini, lalu dia cuba buat benda yang sama dengan bininya..


“boleh tak abang kahwin dua”,


Tanya kawan aku pada bininya..


Belum sempat dia nak jawab macam aku jawab, bini dia terus mengamuk, membebel berjam jam, siap badan kena cakar dan malam tu dia kena tidur luar bilik dan bini tak bercakap hampir seminggu...


woha!


Aku gelak berguling dengar cerita kawan aku tu, kekekeke..


Macam macam hal orang perempuan ni, kan? Adohai.


Ps: Kalau nak laki korang kreatif, layan jer lawak poligami, bukan serius pun, memang laki akan jadi kreatif jika bini izin lawak poligami, yang bini tak tahu, laki bertambah lagi kreatif jika di izin poligami, err, sori yang, lawak poligami lagi-Woha!


RABU
--------

Lelaki 1: “Apa tu?”


Lalaki 2: “madu asli.”


Lelaki 1: “ jangan simpan di rumah, tak elok..”


Lalaki 2: “kenapa?”


Lelaki 1: “tanya Hamka.. katanya, Madu asli tak boleh simpan di rumah, nanti bini marah”


Woha!


Ps: Buat buat tak faham. Adohai.


PAGI KHAMIS
--------------------------

Hari ini bini balik kursus


Aku pun bersiap untuk kelihatan lebih muda.


Korang tahu bagaimana mahu kelihatan lebih muda?


...

...
...

“pendekkan misai, cabut bulu ketiak dan cukur bulu kemaluan”


Woha!


Ps: Jangan fikir lucah, esok hari jumaat, jadi sunnat (potong/cabut) buat benda benda macam ni.., adohai


TENGAH HARI KHAMIS
-------------------------

Bini aku ada beli satu hiasan rumah waktu balik kursus hari itu dan minta tolong tebuk wall plug untuk sangkut.


Selesai kerja tebuk dan sangkut hiasan tu, bini minta pendapat..


“cantik tak?”


Tanya bini dengan senyuman puas.


Kata aku:


“wah, tentu ahli surau terhibur memandang hiasan ini di waktu tahlil di rumah kita bila salah sorang dah mati”


Woha!


Ps: senyuman puas bertukar kepada senyuman insaf, hidup ini sementara sahaja, semua laki bini akan menjadi mayat. Hu hu..


PETANG KHAMIS
-------------------------

Orang tua-tua dulu selalu pesan, malam jumaat atau malam keliwon adalah malam berhantu.


Pesan mereka lagi, bila tiba malam jumaat, budak budak kena tidur awal dan andai terdengar bunyi pelik pelik, bunyi nafas kuat, bunyi baju koyak, bunyi perabot bergoyang, atau mungkin ada jeritan, dan lain lain bunyi yang aneh! jangan tegur!! sebab malam juamaat banyak roh jahat berkeliaran...


“ dahsyat sungguh cara orang tua zaman dulu jaga line, kan bang”

Kata bini aku buat kami gelak berguling.

Woha!


Ps: Tak betul kot cara orang tua jaga line, sebab bila besar ramai pulak budak jadi tak senonoh.adohai.., mereka jadi hantu pulak dengan buang anak merata rata.., oh..


AWAL MALAM JUMAAT
--------------------------

Sorok-sorok ialah sejenis permainan kanak-kanak yang dimainkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang.

(sumber wikipedia)

Anak kami ada 4 orang, bila mereka main sorok sorok, meriah sungguh, sorang akan menghitung daripada nombor satu kepada sepuluh sambil tutup mata, manakala tiga lagi akan ‘hilang’ menyorok di seluruh pelusuk rumah.

Kami laki bini juga suka main sorok sorok, iaitu kami berdua laki bini akan ‘hilang’ sewaktu anak-anak leka bermain.

Lagi lama kami menyorok lagi seronok sehinggalah anak kami sedar ‘kehilangan’ ayah bonda mereka, lalu mereka ber-empat mula mencari kami, dan mereka biasanya mudah cari kami Laki Bini sebab kami menyorok dalam bilik yang berkunci. Woha!

Ps: Selamat main sorok sorok bersama laki bini, dan sila baca dengan bimbingan ibu bapa. Adohai..


HAMPIR TENGAH MALAM JUMAAT
-------------------------
Aku sedang menyusun daun terup, sekeping demi sekeping, bini yang tidak sabar melihat aku yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Aku tak endahkan nasihat bini, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Aku berdegil tak nak ikut cakap bini, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, adohai.

Kata bini: “Padan muka, dah kalah.., jom tidur”

Aku kata “jom” lalu masuk bilik air untuk buang air kecil dan gosok gigi.

Lepas gosok gigi aku baring atas katil tunggu bini tapi tak datang datang.

“mana pulak pergi bini?”

Tiba tiba terdengar jeritan bini dari bilik sebelah..

Aku terus berlari panik.

“Abang, saya dah berjaya menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., sila kagum!”

Woha!

Ps: Main spider solitaire pun nak kecoh.. adohai..

TENGAH MALAM JUMAAT
-------------------------

Jika korang suka makan telur separuh masak, jangan makan di hari khamis di kedai, nanti ada perempuan di kedai menyakat: persiapan malam jumaat ke?


Jika korang suka buat senaman urat, jangan buat di petang khamis di padang lapang, nanti ada makcik di jalanan menyakat: persiapan malam jumaat ke?


Jadi malam ni aku update FB, jangan pulak ada yang tanya: bukankah malam ini malam jummaat, tak tidur awal ke?


Oh dunia, apa salah lelaki seperti aku di hari khamis, di tuduh bukan bukan...


Apa korang ingat pahala dapat bila ‘buat’ pada malam jumaat sahaja ke?


Ni yang aku marah ni, nak makan telur separuh masak: di tuduh gila seks, buat senaman urat: di tuduh gila seks. Adohai.


Ps: Ok, aku tidur dulu. Sebab malam ni malam jumaat-Woha!


PAGI JUMAAT
-------------------------

Bagun tidur orang sedang azan, kejutkan bini dan masuk bilik air cepat cepat. Buang air kecil, gosok gigi dan ambil wudhu.


Naik motor dengan laju dan sampai di masjid Imam baru habis al fatihah.


Harap imam baca surah sedikit pangang agar aku tidak masbuk.


Tongkatkan motor, masuk saf dan angkat takbir. Lega masih di rakaat pertama.


Dalam solat syaitan datang menceritakan kejadian semalam.


Tiba tiba aku batalkan solat dan terus balik rumah.


Eh?, Kenapa?, adakah sakit perut mahu berak? Di masjidkan ada tandas, kenapa perlu balik rumah?


Adakah terlupa tutup suis dapur ketika masak air? Rasanya tak masak air pun tadi.


Sampai di rumah, bini yang baru keluar bilik air bertanya:


“awal balik bang?”


“abang lupa mandi wajib!”


Woha!


Ps: Macam mana boleh lupa ni?, adohai..

Sekian, kisah Laki bini versi tujuh hari...

Klik sini dan sini untuk sambungan kisah laki bini versi pendek.
Klik sini untuk sambungan kisah laki bini versi panjang.

No comments:

Post a Comment