AWASI PERKARA REMEH YANG MEROSAKKAN

Hillary dan sebutir pasir

Hillary adalah penakluk pertama Mount Everest, puncak tertinggi dunia di pergunungan Himalaya, Sir Edmund Hillary, pernah ditanya wartawan apa yang paling ditakutinya dalam menjelajah alam. Dengan tenang dia menjawab, tidak takut pada binatang buas, jurang yang curam, bongkah ais gergasi ataupun padang pasir yang luas dan gersang sekalipun.

Lalu mereka bertanya, "jadi, apakah ia?" "Sebutir  pasir yang terselip di celah-celah jari kaki," kata Hillary.

Wartawan menjadi hairan, tetapi Hillary meneruskan kata-katanya, "Sebutir pasir yang masuk di celah-celah kali sering sekali menjadi awal bala petaka. Ianya boleh masuk ke kulit kaki atau menyelusup masuk ke dalam kuku. Lama-lama jari kaki terkena jangkitan kuman, lalu membusuk. Tanpa disedari kaki anda tidak dapat bergerak lagi. Itula mala petaka bagi seorang pendaki dimana dia terpaksa di angkat oleh orang lain." Wartawan lain hanya tersenyum memikirkan kebenaran kata-kata Hillary itu.

Pokok gergasi yang tumbang

Beberapa tahun yang lalu, para pengkaji tumbuhan menemui bangkai sebatang pohon besar di lereng Long's Peak, Colorado. Selepas kajian dibuat, fakta menunjukkan perkara-perkara berikut:
  1. Pokok itu berusia 400 tahun..
  2. Ia mula tumbuh semasa Christoper Columbus mendarat di San Salvador.
  3. Ia sudah pun setengah umur semasa kaum Pilgrims atau penjajah British menduduki Plymouth pada 1620.
  4. Sepanjang hayatnya, ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali.
  5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali
Namun, pokok gergasi itu tetap utuh dan kukuh. Bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya. Saudara tahu apakah yang menyebabkan ia tumbang?

Jawapannya, kerana diserang oleh sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pohon gergasi itu, tetapi disebabkan olehnya, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur!!

Jadilah seperti pendulang emas

Dalam urusan harian, saudara perlu bertindak seperti pendulang emas. Ada perkara remeh yang saudara tidak perlu layan iaitu pasir-pasir lumpur yang saudara mesti singkirkan daripada dulang. Ada juga perkara-perkara kecil yang saudara ambil berat iaitu ketul-ketul emas yang tenggelam di dasar. Dalam kerja seharian pun begitu juga. Ada perkara remeh yang yang anda tidak perlu ambil tahu, tetapi dalam masa yang sama ada juga perkara remeh yang mesti dikendalikan. Sekiranya tidak, ia merosakkan keseluruhan hasil usaha saudara selama ini.

Secara ringkasnya, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan beberapa perkara kecil yang boleh memusnahkan saudara. Tetapi dalam masa yang sama, saudara juga tidak perlu membazirkan masa saudara mengendalikan perkara-perkara tidak penting yang dapat dilakukan oleh orang lain., bahkan ada perkara yang saudara tidak perlu ambil tahu pun. Tumpukan kepada emas dan abaikan lumpur-lumpur yang mengotorkan.
Renungkan lima perkara di bawah
  1. Adakah anda selalu memberi dorongan kepada rakan sepasukan supaya bekerjasama? Mereka memerlukan dorongan anda.
  2. Pernahkah anda berazam hendak membina pasukan kerja yang hebat?
  3. Sedarkah, kita perlu meniru semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh makhluk tuhan yang kecil seperti lebah dan semut?
  4. Andainya anda tiada harta ataupun duit untuk diberikan hadiah kepada orang lain, berilah senyuman ataupun pujian sebagai penggantinya.
  5. Berapa kerap saudara turun padang berjumpa dan membantu rakan sepasukan anda?
Kredit:
Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
http://www.beloya2u.com

Comments

Popular posts from this blog