BERLAGAK ANGKUH DI BUMI


Allah menyifatkan Ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai “orang-orang yang berlagak angkuh di bumi tanpa alasan yang benar.” Mereka ini adalah disifatkan Allah sebagai berlagak angkuh di bumi kerana mereka membuat undang-undang manusia yang selain daripada Allah dan kerana mereka menguat kuasakannya ke atas seluruh umat manusia. Mereka disifatkan Allah sebagai berlagak angkuh kerana mereka melantik diri mereka sebagai Tuhan-tuhan Manusia atau Toghut yang kononnya layak untuk membuat undang-undang dan layak untuk menguat kuasakannya ke atas manusia. Mereka ini adalah kafir kerana berlagak angkuh di bumi ini. Apabila kita setuju dan redha kpd Tuhan-tuhan Manusia ini, kita juga adalah dikira sebagai orang-orang yang berlagak angkuh di bumi dan bukan lagi orang-orang Islam.

Bila kita katakan kepada mereka supaya jalankan undang-undang Allah dan jangan dijalankan undang-undang manusia, mereka tetap berdegil, mereka terus saja menjalankan undang-undang manusia di bawah sistem politik demokrasi kita ini dan sekali-kali mereka tidak ingin untuk menjalankan undang-undang Allah. Mereka ini adalah para pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita yang angkuh, sombong dan kekal dalam kekufuran serta mereka selesa dan enak dalam kekufuran. Amat sesat dan jahatlah mereka ini kesemuanya di sisi Allah swt!

Firman Allah : al-A’raf 146
“Orang-orang yang berlagak angkuh di bumi tanpa alasan yang benar.”

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
Orang-orang yang bernama hamba Allah tidak akan berlagak angkuh dan sombong, kerana sifat kebesaran dan keagungan itu hanya milik Allah sahaja dan Allah tidak akan menerima sifat itu dikongsikan oleh yang lain daripada-Nya. Apabila seorang insan menunjukkan sifat angkuhnya di bumi Allah bererti ia menunjukkan sifat angkuh tanpa sesuatu yang benar. Sifat angkuh yang paling jahat ialah sifat angkuh yang bererti mendakwa mempunyai kuasa Rububiyah di bumi Allah yang berhak menguasai manusia. Dan menggunakan kuasa ini dalam bentuk menggubal undang-undang dan peraturan-peraturan yang lain daripada undang-undang dan peraturan yang diturunkan Allah dan mewajibkan manusia tunduk kepada undang-undang dan peraturan ciptaannya yang tidak sah. Keangkuhan dalam bentuk ini melahirkan berbagai-bagai jenis keangkuhan yang lain. Ia merupakan asas bagi seluruh kejahatan kerana daripadanya tercetus segala kejahatan. Oleh sebab itu ayat yang berikut menjelaskan ciir-ciri selanjutnya :

Firman Allah : al-A’raf 146
Dan jika mereka melihat segala jalan hidayat sekalipun, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti dan (sebaliknya) jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti.

Itulah tabiat menyeleweng daripada jalan yang benar apabila dilihat olehnya, dan tabiat cenderung mengikut jalan yang sesat apabila terluang kepadanya. Seolah-olah tabiat itu berjalan dengan kuasa automatik yang tidak pernah mungkir. Inilah sifat yang dilukiskan oleh al-Quran sebagai ciri model insan yang angkuh, iaitu insan yang telah ditetapkan kehendak Allah untuk mengenakan balasan ke atasnya kerana sikapnya yang telah mendustakan ayat-ayat Allah dan tidak menghiraukannya, dan balasan itu adalah dalam bentuk memalingkan mereka daripada ayat-ayat Allah buat selama-lamanya.

Seseorang akan bersua dengan jenis insan yang mempunyai sifat-sifat dan perwatakan ini. Dia akan melihat insan ini seolah-olah sentiasa cenderung menjauhi keimanan dan mengikut kesesatan tanpa berusaha dan tanpa berfikir panjang. Dia tidak nampak jalan keimanan dan sentiasa menjauhkan diri daripadanya. Dia sentiasa senang dengan jalan yang sesat dan mengikutinya dengan selesa. Dan dalam waktu yang sama dia dipalingkan daripada ayat-ayat Allah, iaitu dia tidak pernah memikir dan menelitinya. Hati dan fikirannya tidak pernah menangkap dan menerima saranan-saranan dan nada-nada daripada ayat-ayat itu.

Subhanallah! Daripada coretan-coretan pantas dalam pengungkapan al-Quran yang menarik ini dan gambaran model insan yang angkuh itu tiba-tiba menjelma dengan terang di hadapan mata dan membuat pembaca tiba-tiba menjerit-jerit :Ya, ya saya kenal orang ini.............namanya si anu dialah orang yang disifatkan Allah dengan kata-kata ini!

Firman Allah : al-A’raf 146
“Dan jika mereka melihat segala jalan hidayat sekalipun, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti mereka dan (sebaliknya) jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti mereka.”

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - al-A’raf) :
Orang-orang yang membanggakan diri mereka sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain daripada Rububiyah Allah - adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan mereka sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada dalam agama Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan undang-undang yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama pemerintah mereka, malah mereka berada di dalam agama pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang benar.
https://www.facebook.com/groups/proudbemuslim/permalink/483472388363041/ 

Comments

Popular posts from this blog