Dosa Yang Tak Akan Putus Ketika Menggunakan Internet
Di
zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada
pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk
kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini
menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK”
sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara
berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya ::
Mahfumnya ::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini
adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki
terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya :
Mahfumnya :
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti
kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja
dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi
memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka
berhubung melalui email setiap hari.
Masa lapang Zack diisi dengan melayari
laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download)
gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui
email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email
kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan
menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga
suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke
“emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang
mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah
seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan
seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu
kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas
haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari
tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali
kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’
bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka
aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang
melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack
telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada
kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya
melalui email.
Kesemua kawan-kawannya seronok dengan
gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat
satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack
jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51. Setiap kawan-kawan Zack itu pula
menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack
akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh
orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa
Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya
masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi
email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar
yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa
yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu
akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa
ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi
Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh
Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan
sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa
manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat
fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah
akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.
Zack telah menyebarkan perkara yang
menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan
semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak
mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat
kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada
zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah
sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email,
hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah
atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah
segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok
dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan
perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya
ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih
terus di sebarkan.
Wallahhu’alam
http://tuudia.com
Comments
Post a Comment