Haram mengambil zakat pendapatan

 

Mengambil zakat pendapatan adalah haram kerana tak perlu mengambilnya dengan sebab yang akan datang, lagipula menzalimi orang yang diwajibkan mengeluar zakat pendapatan. Sekiranya orang yang makan gaji/berpendapatan tetap, ada simpanan duit yang sampai nisab maka dia wajib zakat simpanan apabila sampai hol (cukup setahun) dan sekiranya di dalam hitungan sampai nisab tetapi dalam simpanan tidak ada nisab dan terkadang orang ini tidak cukup gajinya/pendapatannya untuk perbelanjaan diri dan orang yang di bawah tangungannya maka orang yang mewajibkan zakat pendapatan telah menginyanya dan menzaliminya

ولاتأكلوا أموالكم بينكم بالباطل

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, al-Baqarah 188

Pekara yang wajib zakat hanya lima pekara
1. Binatang ternakan yang cukup nisab dan cukup tahun.
2. Emas dan perak yang cukup nisab dan cukup tahun (zakat simpanan). Duit simpanan wajib zakat kerana ianya ganti emas. Zakat galian, dan rikaz yang sampai nisab keduanya.
3. Tanaman bijirin, yang cukup nisab.
4. Buah tamar dan angur yang cukup nisab.
5. Harta perniagaan yang cukup nisab dab cukup tahun.
.
والله اعلم

Adakah wajib jumat pabila hari raya jatuh pada hari jumat?.

Apabila hari raya jatuh pada hari jumat maka hadir ahli kampung yang jauh yang wajib jumat untuk sembahyang hari raya, jikalau kembali mereka kepada keluarga mereka nescaya meraka akan luput jumat adakah mereka boleh kembali kepada keluarga mereka selepas sembahyang hari raya. dijawab ulama Syafie harus mereka itu kembali dan mereka itu boleh meningalkan jumat.
Difaham dari kalam ulama itu bahawa orang yang boleh meningalkan jumat pada hari itu ialah mereka yang duduk jauh yang mana jikalau kembali mereka selepas sembahyang hari raya nescaya mereka tidak sempat datang semula ketempat jumat. Pada asalnya mereka itu wajib jumat kerana mendengar seruan azan dari kampung yang wajib jumat.
Dengan itu sekarang di Malaysia, kita lihat tidak ada tempat yang keadaan seperti itu. kalau adapun munkin dikawasan pendalaman seperti di Sabah dan Serawak. ditempat lain kemudahan banyak samaada mereka boleh kembali dengan kenderaan atau lainnya dan tempat dikerjakan sembahyang jumat dekat.
Syarat boleh meningalkan jumat pada masalh ini:
1. hendaklah mereka itu bersembahyang hari raya di tempat jumat. Jika mereka kerjakan sembahyang hari raya di tempat yang tidak di buat jumat seperti surau atau lainnya maka wajib mereka datang ketempat jumat untuk sembahyang jumat.
2. kesukaran kembali ketempat jumat sehinga jika mereka kembali dan datang semula meluputkan jumat. Jika mudah kembali ketempat jumat maka wajib mereka itu mengerjakan sembahyang jumat.
3. mereka itu telah kembali sebelum masuk waktu jumat. Sekiranya mereka masih berada di kampung yang dibuat jumat maka wajib mereka mengerjakan sembahyang jumat.
4. Hadir mereka itu ke tempat jumat untuk sembahyang hari raya. Jika hadir mereka ketempat jumat bukan kerana sembahyang hari raya tetapi kerana membeli barang atau lainnya maka wajib jumat diatas mereka itu sekalipun mereka sudah kembali ke tempat mereka.

Cara mengira fidyah puasa ramadan bagi orang yang telah mati

Fidyah puasa ramadan orang yang telah mati.
Menurut Mazhab Syafie wajib mengeluarkan fidyah kerana meningalkan puasa ramadan bagi orang yang mati yang tidak mengqada puasanya itu. Fidyah itu dikeluarkan dari harta peningalan simati sebelum pembahagian pesaka.
Fidyah kerana meningalkan puasa Ramadan ialah satu cupak bagi setiap satu hari yang tidak dipuasakan.
Fidyah tidak megqada setelah masuk ramadan yang lain satu cupak, setiap melangkaui satu ramadan dan digandaka jika melangkaui beberapa ramadan.
Jadual fidyah berganda kerana tidak qada puasa dan melangkawi Ramadan yang lain
Disini saya buat contoh seorang yang baligh pada umurnya lima belas tahun dan mati pada umurnya dua puluh lima tahun padahal dia tidak pernah berpuasa.
Peringatan jadual tidak perlu dibuat hanya dicatat disini untuk kemudahan memahami.
Caranya ialah pastikan umur baligh dan umur mati menurut tahun hijrah bukan tahun masihi, kemudian tolakkan umur mati dengan umur baligh contoh 25-15=10 kemudian darabkan 10 dengan 30 cupak = 300 cupak, ini fidyah ganda pada ketika umurnya 15 tahun (T1). Kemudian susutkan 30 cupak pada tahun kedua (T2) dan susut kan pada tahun ketiga (T3) begitulah seterusnya sehinga mati.
Yang lebih mudah guna calculator tekan 30+30 kemudian tekan = berturut sehinga umur mati, pada contoh tekan 9 kali, kerana yang pertama telah dicampur. Jangan lupa catat setiap yang terhasil kemudian campurkan keseluruhannya.
Cara ini boleh diguna pada fidyah orang yang tidak mengqada puasa sehinga melangkaui beberapa ramadan sedangkan dia masih hidup.
Jika dia mati setelah melalui ramadan pada tahun mati (25t, T11)maka tidak wajib fidyah yang disebabkan tidak megqada puasa yang disebabkan melangkaui ramadan kerana dia tidak ada melangkau ramada pada tahun itu, dia hanya perlu membayar fidyah puasa yang tidak diqada sahaja atau ahli waris qadakan untuknya dengan tidak perlu mengeluarkan fidyah.
Sekiranya tahun dia mati belum lagi melalui ramadan maka tidak ada gandaan pada umur 24 tahun (24t, T10) dan cupak ganda hanya didorab dengan sembilan iaitu 30 × 9=270 kemudian susutkan 30 pada setiap tahun seperti diatas.
Kemudian campurkan keseluruhan cupak tahun mati:
Lihat pada cuntoh ramadan yang ke 11
300
270
240
210
180
150
120
90
60
30
300 + 270 + 240 + 210 + 180 + 150+ 120 + 90 + 60 + 30 = 1650 cupak yang wajib dikeluarkan fidyah berganda kemudian campurkan pula dengan fidyah puasa 330, sila lihat pada ruang puasa yang perlu diqada, jadilah 1650+330 =1980.
Peingatan sebelum mengira pastikan anda berada di dalam keadaan apa sila lihat di Fidyah kerana meningalkan puasa

Saya ucapkan selamat berpuasa

ucapan puasa
puasa
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa

Nak tahu hukum puasa sila klik disini

Zakat fitrah klik disini

Orang yang menirima zakat klik disini

Fidyah puasa klik disini

Malam lailatul qadar klik disini

Sembahyang tasbih

Sekiranya dilakukan sembahyang tasbih pada siang hari maka disembahyang empat rakaat dengan satu salam sementara jika di lakukan pada malam maka hendaklah disembahyangkan dua rakaat dengan satu salam kemudian dua rakat lagi satu salam.
1. Mulakan sembahyang sunat tasbih dengan niat.
Ini niat sembahyang tasbih empat rakaat أصلي سنة التسبيح اربع ركعات لله تعالي maka lintaskan didalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah تعالي
Ini niat sembahyang tasbih dua rakaat أصلي سنة التسبيح ركعتين لله تعالي maka datangkan niat dalam hati sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah تعالي.
2. Baca doa’ iftitah (الله أكبركبيرا والحمد لله كثيرا ) hinga selesai.
3. Baca al- fatihah.
4. Baca surah (ألهاكم التكاثر) hinga selesai.
5. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
6. Rukuk dan baca tasbih rukuk kemudian baca tasbih ini sebanyak sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
7. A’tidal dan baca tasbih sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
8. Sujud pertama baca tasbih sujud kemudian baca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
9. Duduk antara dua sujud dan baca (رب اغفر لي وارحمني واجبرني) hinga selesai kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
10. Sujud kedua dibaca tasbih sujud kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
11. Bangkit dari sujud dan duduk istiraha (berehat sebentar) dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
Kemudian bangkit pada rakaat kedua
1. Baca Al-Fatihah.
2. Baca surah (والعصر) hinga selesai.
3. Dibaca lima belas kali tasbih ini (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم).
4. kemudia ikut atoran diatas dari No. 6 hinga No. 10.
5. kemudia bangkit dari sujud dan duduk tahyat dan dibaca tahyat dan selawat kemudian dibaca tasbih ini sepuluh kali (سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم). Kemudian beri salam jika disembahyangkan pada malam dan diperbuat dua rakaat lagi dan dibaca pada rakaat pertama selepas fatihah (قل يا أيها الكافرون) hinga selesai dan di ikut aturan di atas dari No. 5 hinga No. 11. Kemudian bangkit rakaat kedua dibaca (قل هو الله أحد) hinga selesai kemudia ikut atoran seperti di atas pada rakaat kedua.
Setiap serakaat tujuh puluh lima kali tasbih jadi keseluruhan tasbihnya tiga ratus kali tasbih.
Rinkasan tasbih setiap selepas baca surah lima belas kali, dan tasbih dibaca sepuluh kali pada rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, sujud kedua, duduk istirahah atau tahyat.

Bab yang pertama qaedah yang ke lima العادة محكمة

العادة محكمة

Adat itu dijadikan hukum.
Makna qaedah ini ialah bahawa syarak itu adalah hakim maka Dia menjadikan kebanyakan hukum dari adat dan kebisan manusia.
Makna adat disini ialah perkara yang kebiasan mengikut tabiat manusia atau lainnya seperti kadar haidh.
Adapun hukum adat pada ilmu tauhid perkara yang dicuba beberapa kali dan hasilnya akan didapati sama seperti makan menyebabkan kenyang.
Sementara adat orang melayu seperti bersanding dan lainnya, itu tidak termasuk pada qaedah ini yakni bukan adat yang hendak dibahas disini.
Qaedah ini dikeluarkan dari hadis yang diriwayat oleh Muslim ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن perkara yang melihat oleh orang islam padanya ada kebaikan maka ianya disisi Allah baik.
Hukum yang bergantung dengan kebiasan dan adat manusia itu didalam masalah fekah amat banyak.
Sabahagian hukum yang bergantung dengan adat ialah seperti tahun permulan perempuan datang haidh, tahun baligh, tahun keluar mani, sekurang-kurang masa haidh, sekurang-kurang masa nifas, sekurang-kurang masa suci antara dua haidh, kebiasan ketiga-tiga itu, sebanyak-banyak ketiga-tiga itu semua ini adalah hasil pemeriksan Imam Syafie. Yang dikehendaki sedikit atau banyak pada perbuatan yang membatal kan sembahyang dan yang dikehendaki dengan sedikit atau banyak pada najis yang dimaafkan.
Sebahagiannya lagi, harus berpuasa pada hari syak bagi mereka yang sudah beradat berpuasa seperti puasa isnin khamis yang bebertulan pada hari syak.
Sebahagiannya harus menerima hadiah oleh kadi daripada orang yang sudah kebiasan memberi kepadanya.
Berkata Zarkashyi “Imam Syafie tidak mengira adat pada dua tempat:
1. menyuruh sesaorang memperbuat satu perkerjaan pada adatnya hendaklah diberi upah, berkata Imam Syafie jika tidak dilakukan akad upah maka tiada pengupah baginya.
2. tidak sah jual-beli unjuk mengunjuk (المعاطاة) iaitu jual beli dengan tiada akad hanya penjual menunjukkan barang sementara pembeli mengambilnya dengan bayaran sekalipun jual beli ini sudah beradat di tempat itu”.
Bergantung dengan qaedah ini beberapa perbahasan.
Perbahasan pertama: pada perkara yang sabit hukumnya dengan adat
Yang demikian terkadang sabit dengan sekali seperti pada masalah istihadah maka perempuan yang istihadah hendak mengambil adat haidhnya sebelum berlaku istihadah sekiranya tiada tamyiz pada darahnya. Maka yang dikatakan adat haidh ialah kebiasan datang haidh sebelum istihadah, walau pun sekali.
Dikira sabit adat dengan sekali; pada hamba yang dijual maka dikira hamba itu beraib, jika hamba itu ada melakukan sekali sahaja pada perkara-kara ini seperti berzina, lari dari tuannya atau mencuri.
Terkadag dikira beradat apabila perkara itu berulang tiga kali seperti pada masalah orang yang mengagak buah tamar diatas pokok.
Terkadang dikira beradat setelah berulang beberapa kali seperti anjing yang diajar untuk dibuat berburu maka ianya dikira menerima ajaran dengan dicuba lebih dari tiga kali maka didapati dia tidak khinat pada binatang yang diburunya dengan memakannya, dengan itu halal memakan perburuannya.
Perbahasan kedua: adat diambil kira apabila umum perkara yang sudah beradat dan ada kelebihan padanya, sekiranya tidak tetap tidak diguna adat.
Sebahagian perkara yang masuk dalam perbahasan ini, seperti menjual sesuatu harganya dirham dan tidak disebutkan dirham yang mana satu maka di kira pembayaran itu dengan yang mana kah dirham yang berlaku adat/kebiasan digunakan, sekiranya tidak tetap dirham yang diguna dengan makna tidak satu pun antara pelbagai dirham itu yang kebiasan digunaka maka hendak lah pembeli menerangkan mana satu dirham yang hendak dibayar, sekiranya pembeli tidak memberi keterangan maka jual-beli itu batal.
Sebahagiannya, kebiasan jual-beli dengan satu jenis barangan, atau satu bagainya, seperti seorang yang hendak membeli susu dengan tidak sebut jenis susu yang hendak dibeli maka sudah beradat disini yang dikehendaki susu itu ialah susu pekat manis didalam tin bulkan susu lembu maka sah jual beli dengan tidak sebut jenisnya kerana mengikut adat kebiasan tempat itu.
Sebahagiannya madrasah yang diwakafkan untuk diajar ilmu hadis, sedangkan tidak diketahui kehendak wakaf, adakah yang dikehendaki mengajar mustalah hadis, membaca matan hadis, mengajar fekah hadis, atau sebagainya dari pada ilmu yang bergantung dengan ilmu hadis. Persolan ini telah ditanya oleh Ibnu Hajar kepada gurunya Hafis Abu Fadli Al-Iraqi maka dia menjawab dengan bahawa, pada zahirnya hendaklah dikutkan syarat orang yang mewakaf kerana setiap tempat berlainan istilah yang digunakan.
Faslon, cerayan perbahasan kedua terbahagi kepada beberapa fasal
Fasal pertama: Pada membicarakan berlawanan antara kebisan denga syarak
Perkara ini terbahagi kepada dua
Pertama perkara yang tidak bergantung padanya hukum syara’ maka hendaklah diguna pakai kebisan yang diamal.
Contoh 1. seorang yang bersumpah tidak mahu makan daging maka tidak jadi batal sumpah apabila dia makan ikan kerana kebiasan manusia tidak mengatakan ikan itu daging walaupun syarak menamakannya daging seperti pada firman Allah وهو الذي سخر البحر لتأكلوا منه لحما طريا
Contoh 2. seorang yang bersumpah tidak akan duduk diatas hamparan, tidak duduk dibawah atap, atau tidak duduk pada chaya lampu maka tidak batal sumpahnya apabila dia duduk diatas bumi sekalipun Allah menamakan bumi ini hamparan, tidak batal sumpah apabila dia duduk dibawah langit dan sekalipun Allah menamakan langit itu atap, begitu juga tidak batal sumpah apabila dia berada didalam chaya matahari sekalipun Allah menamakan matahari, lampu.
Maka didahulukan kebiasan pada sekelian itu kerana menamakan oleh syarak akan sekelian itu tidak bergantung dengan hukum dan taklif.
Kedua perkara yang bergantung dengannya hukum syara’ maka didahulukan kebiasan yang diguna pakai.
Contoh 1. sekiranya seorang yang bersumpah tidak mahu sembahyang tidak akan batal sumpah melainkan sembahyang yang mempunyi rukuk dan sujud sekalipun syara’ menamakan solat jenazah sembahyang.
Contoh 2. seorang yang bersumpah tidak mahu puasa maka tidak batal sumpah dengan semata-mata menahan diri dari makan dan minum.
Contoh 3. sekiranya berkata suami jika engkau (isterinya) melihat anak bulan maka engkau tertalak, maka dilihat akan anak bulan oleh orang lain dan isteri itu mengetahui akan anak bulan sudah kelihatan maka jatuh talak kerana ditangung baginya atas syarak kerana melihat adalah dengan makna mengetahui seperti mana sabda Rasulullah صلي الله عليه والسلم : إذا ريتموه فصوموا ertinya apabila kamu melihat anak bulan maka hendaklah kamu berpuasa dengan itu orang yng mengetahui anak bulan sudah kelihatan juga wajib puasa.
Fasal kedua pada berlawanan antara kebiasan dengan lugha/bahasa.
Pada perkara ini ada dua pendapat:
Pertama pendapat Qadi Husin, hendaklah diamalkan dengan hakikat lafas yang dihantar pada lugha/bahasa.
Kedua pendapat Bugawi, hendaklah didahulukan kebiasan manusia.
Cuba lihat perbezan antara dua pendapat ini pada masalah, sekiranya seorag sahabat datang kerumah dan dia tidak mahu makan dan berkata tuan rumah pada sahabatnya itu “jika kamu tidak makan, isteri ku tertalak” maka orang itu keluar dari rumah dengan tidak memakan sesuatu, kemudian dia datang ke esokkan harinya dan dibawakan makanan dan disuruh makan maka dia pun makan; jika kita mengikut pendapat pertama tidak jatuh talak kerana hakikat lafas menghendaki, tidak makan itu ialah tertegah dari makan sekarang dia sudah makan dan jika kita mengikut pendapat kedua jatuh talak kerana kebiasan manusia mengatakan keluarnya dari rumah menunjukkan dia tidak mahu makan pada masa disuruh makan kali pertama.
Sebahagian foro’ yang keluar dari ini fasal
Contoh 1. seorang yang bersumpah tidak mahu minum air maka batal sumpahnya dengan dia meminum air laut sekalipun ianya tidak beadat diminum kerana semata mata dipakai lugha/bahasa.
Contoh 2. seorang bersumpah tidak mahu makan roti maka batal sumpahnya dengan dia memakan roti yang diperbuat dari beras sekalipun setengah manusia tidak mengetahui adanya roti yang diperbuat dari beras.
Fasal ketiga pada berlawanan antara kebiasan yang umum dengan kebiasan yang khusus.
Perinsip umum (الضابط): sekiranya kebiasan yang khusus itu boleh dihinga tidak memberi bekas pada umum, seperti pada masalah jika adat kebiasan seorang perempuan, haidhnya kurang dari apa yang telah diperiksa mengikut kebanyakan perempuan nescaya di ikutkan kebiasan yang ramai tidak dikut kebiasan perempuan itu, disisi pendapat yang asah.
Sekiranaya kebiasan yang khusus itu tidak terhinga maka di pakai kebiasan itu, seperti masalah berlaku kebiasan menjaga tanaman pada malam dan menjaga binatang ternakkan pada siang, maka adakah dikira perkara itu seperti kebiasan ramai atau tidak? Pendapat yang asah ya.
Perbahasan ke tiga. Adat yang tertentu bagi satu kawasan adakah ianya menapati syarat;
Padanya ada beberapa rupa masalah:
Contoh 1. berlaku adat suatu tempat membenarkan orang yang memegang gadaian mengambil menfaat daripada benda yang digadai maka adakah menepati adat mereka itu akan syarat sehinga binasa gadaian maka pendapat jemhur mangatakan tida. Sementara berkata Qufal ya.
Contoh 2. menghantar kain kepada tukang jahit supaya dibuat pakayan dengan tidak menyebut harga upahnya dan sudah beradat pada tempat itu hendaklah diberi upah, maka adakah adat itu menepati syarat upah? Pada ini masalah ada berselisih pendapat, pendapat yang asah pada mazhab tidak diberi upah, dan Imam Syafie mengatakan yang lebih elok lawan bagi kaul asah.
Perbahasan yang ke empat; kebiasan yang ditangung atasnya oleh lafas-lafas yang menyertai, hanya dipakai yang menyertai sekarag tidak yang menyertai lagi akan datang.
Yakni yang dipakai kebisan yang ada pada ketika bercakap tidak kebiasan yang ada kemudian daripada bercakap.
Sebahagian perkara yang dikeluarkan dari ini asal ialah masalah guru yang bercuti daripada mengajar maka apabila berkekalan kebiasan dia bercuti pada bulan yang ditentukan, ditangung atasnya barang yang terhenti kemudian yang demikian, tidak ditangung sebelum adat ini.
Perbahasan yang kelima: berkata fuqahak/ulama fekah setiap perkara yang semata datang daripada syara’ dan tiada padanya perinsip umum dan tiada pada lugha/bahasa hendaklah diikut kebiasan orang ramai.
Dan membuat contih mereka itu; tempat simpan barangan pada masalah dikerat tangan pencuri, bercerai memutuskan khiar pada masalah jual-beli, qabad/mengambil barang yang dibeli, waktu haidh, kadar haidh, menghidupkan tanah yang tiada milik sesiapa, memada niat sembahyang dengan muqaranah urufiah/menyertai pada uruf sepertimana dipilih oleh Imam Nawawi, pengenalan luktih/benda yang tercicir, jarak antara imam dan makmum.

Bab yang kedua qaedah yang ke empat التابع تابع

Suatu yang mengikut (seperti anak lembu di dalam perut) adalah hukumnya, hukum yang mengikut
Masuk dibawah qaedah ini beberapa qaedah.
Pertama التابع تابع أنه لايفرد بالحكم لأنه جعل تبعا
Suatu yang mengikut hukumnya adalah hukum suatu yang mengikut, bahawasanya ia tidak boleh ketunggalan/terasing pada hukum.
Ertinya suatu yang mengikut(seperti anak lembu di dalam perut) tidak boleh terasing pada hukumnya dengan sendiri dengan tidak mengikut hukum suatu yang dikut (seperti ibu lembu).
Contoh 1. seseorang yang menghidupkan tanah yang mati (membuka tanah yang tiada milik orang) yang ada halaman (harim) seperti mengali telaga, maka keliling telaga itu dinamakan halaman maka dia memilikki halaman itu. Apabila dia hendak menjual telaga itu maka halaman itu termasuk dalam jualan. Sekiranya dia hendak menjual keliling telaga (halaman/harim) sahaja dengan tidak menjual telaga maka jualan itu tidak sah kerana halaman tidak boleh terasing pada hukum.
Contoh 2. anggota binatang yang terpotong daripada binatang hidup adalah haram dimakan kerana ianya tidak boleh terasing pada hukum, dan halal memakannya jika dari angota binatang yang telah disembelih kerana halalnya mengikut bagi binatang yang disembelih.
Contoh 3. anak yang didalam perut mengikut jualan ibunya maka tidak boleh menjual anak didalam perut dengan tidak menjual ibunya.
Kedua التابع يسقط بسقوط المتبوع
Suatu yang mengikut akan gugur apabila gugur suatu yang diikut.
Contoh 1. orang gila yang luput sembahyang pada hari dia gila maka dia tidak sunat qada’ sembahyang rawatib (sunat yang mengiringi sembahyang fardu) kerana apabila gugur sembahyang fardu maka gugurlah juga sembahyang sunat rawatib.
Contoh 2. seorang yang tidak dapat wukuf di Arafah maka dia bertahalul dengan tawaf, sa’I dan bercukur (yakni bertahlul dengan perkerjaan umrah) dia tidak boleh bertahalul dengan melontar kerana melontar adalah suatu yang mengikut wukuf.
Contoh 3. apabila mati tentera berkuda maka kuda tidak mendapat habuan dari harta gahnimah kerana apabila gugur hak dari matbu’ maka gugur lah hak bagi tabik.
Ke tiga التابع لا يتقدم علي المتبوع
Suatu yang mengikut tidak boleh mendahului akan suatu yang dikut.
Contoh 1. makmum tidak sah mendahui imam pada takbiratul-ihram, makmum tidak boleh berada dihadapan imam, dan dia tidak boleh mendahului pada segala perbuatan sebelum imam melakukanya.
Contoh 2. sekiranya jual-beli dengan syarat gadaian maka tidak boleh mendahulukan akad gadaian daripada akad jualan seperti aku gadai jam ini dengan bahawa engkau jual kepada aku motorsikal ini, kerana gadayan mengikut bagi jualan.
Ke empat يغتفر في التوابع ما لا يغتفر في غيرها
Dimaafkan pada suatu yang mengikut, barang yang tidak maafkan pada lainnya.
Contoh: harus orang yang berjunub duduk di halaman masjid kerana ia dimaafkan bersalahan duduk di dalam masjid.

 http://almalakawi.wordpress.com/

Comments

Popular posts from this blog