Hukum Lelaki Bertocang

OLEH Hj Zulkifli Ismail

 

1. Berapa panjang kesesuain rambut lelaki yg di bolehkan?

daripada Anas yang menceritakan :

"Rambut Rasullulah mencecah dua bahunya" -sahih al Bukhari

tapi, hendaklah pastikan gaya rambut tidak menyerupai orang kafir atau orang2 fasik kerana Nabi s.a.w bersabda ;


"Sesiapa menyerupai suatu kaum, ia dari kalangan mereka"- Riwayat Imam Abu Daud


2. Bolehkah lelaki megikat rambut/tocang/sanggul ketika solat?


Daripada Ibnu 'Abbas bahawasanya sabda Rasullulah :


" Aku telah diperintahkan(oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yg utama termasuk dahi. dan beliau pada masa yg sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya (menggulung/melipat) pakaian." - Riwayat Muslim


3. Kenapa tak boleh tocang/sanggul/ikat?


Rasullulah bersabda :



"Itu ( ikatan rambut) adalah tempat syaitan." -Hadis riwayat Abu Dawud


Imam Tirmidzi berkata : "Inilah yg berlaku di kalangan ahli ilmu, mereka membenci kau lelaki solat dengan rambut terikat".


Sape2 yg solat dengan rambut terurai ke lantai ketika sujud, ia akan dapat pahala sujud dengan rambut terurai ke lantai. ini sbb ia merendahkan kedudukan rambutnya dalam beribadah kepada Allah.


4. Kalau tolong bukakan ikatan lelaki yg bertocang semasa solat?


Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat 'Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bankit dan menguraikan ikatan rambutnya. lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata ; " ada apa dengan rambutku? "Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, " Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti org yg solat dengan tgn terikat".


5. Sah atau tak solat lelaki yg berambut panjang melepasi bahu ke pinggang ?


Solat tetap sah. haram penampilan menyerupai wanita.

Comments

Popular posts from this blog