Ikan Bakar (Istana Negara) @ Jalan Bellamy, KL

 

Tentu ramai dah orang sampai sini kan...
aku ni pun dan banyak kali makan sini tapi baru kali ni tergerak hati untuk uploadkan gambar kat sini...

 

Satu keistimewaan tempat ini berdepan dengan surau istana negara yang juga dijadikan tempat solat jumaat. Sungguh menyenangkan. 

 

Walau bagaimana pun, keadaan gerai disini perlulah mendapat perhatian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana telahpun sampai masanya untuk ditingkat gerai-gerai tersebut yang menyesakkan nafas apabila berada disitu. Dato' Bandar yang baru perlulah turun padang bagi melihat sendiri tempat ini.  Cerita pasal Ikan Bakar Istana Negara atau lebih sinonim Ikan Bakar Jalan Bellamy

Jom layan gambar kat bawah


ikan bakar (1)


biasanya gerai yang menjadi tumpuan orang ramai - gerai no 3 ni...
...sedap pun sedap..harga pun reasonable....
aku rasa compare dgn tanglin, sini punya murah sikit kot....


besar plak sotong nya hari tu..dia caj rm15 utk seekor sotong. biasa aku ambik sotong rm8 je..mungkin sbb hr tu sotong nya besar sgt....


kawan saya order sotong dgn ikan pari..licin dan saya dengan ikan talapia yg fresh juga licin...
aku pernah pergi dan order ikan terubuk..
sbb dah bosan asyik mkn pari...
konon nak tukar selera la...
tp terus mati selera sbb asyik dok sibuk buang tulang...
hilang feel makan ikan bakar..hah3x...

ikan bakar (2)

ikan bakar (3)

ikan bakar (4)
‘cicah kicap’  ‘spicy sambal’
ikan bakar (5)
 ‘Ikan Pari’ (sting ray) 
ikan bakar (6)
ikan talapia
ikan bakar (7)
Sotong (Squid)
ikan bakar (8)
.
ikan bakar (9)



Kat sini ada bermacam jenis ikan - pilih saja pilih...Ada ikan pari, ikan kembung, ikan cencaru, ikan terubuk, ikan siakap dan etc etc..
Harga kat sini bersesuaian dengan jenis ikan yang kita pilih. Eg Kembung RM5-10, Terubuk RM20-35, Siakap mahal sikitlah, tak ingat harga


Ni lokasi pembakaran


Selain ikan2. sotong bakar & ayam bakar pun ada. Cuma Pak Bakar je takde kat sini...


Kalau nak menu yang " bebas bakar " pun ada...


Overall tempat ni memang meriah dengan aktiviti pembakaran. Ada 2-3 buah kedai lagi kat sini yang jual menu yang sama. Tapi aku selalu datang kedai yang nombor 3 da ABC lagi tu..
Orang pun ramai & parking walau pun sesak tapi ada juga parking tambahan yg disediakan secara percuma
Dan satu lagi info, kedai-kedai lain buka sampai 10 malam kecuali gerai no 3 yang dibuka waktu siang sahaja...Malam pun best, ada kerang bakar woooooo..

Comments

Popular posts from this blog