- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, November 1, 2012







Ilmu di dalam Al-Qur'an. (Pembentukan manusia)


22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami memperjelaskan kepada kamu. Dan Kami menetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami mengkehendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami mengeluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah mengetahui sesuatu, tidak mengetahui apa-apa. Dan kamu melihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami menurunkan air kepadanya, ia bergetar dan menggelembung, dan menumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.

23:12. Kami mencipta manusia daripada sari tanah liat,
23:13. Kemudian Kami membuat dia setitis mani di dalam satu bekas yang kukuh,
23:14. Kemudian Kami menciptakan daripada setitis mani, dadih darah; kemudian Kami menciptakan daripada dadih darah, seketul daging yang kecil; kemudian Kami menciptakan daripada seketul daging yang kecil, tulang; kemudian Kami mengelubungkan tulang dengan daging; kemudian Kami menumbuhkan dia sebagai ciptaan yang lain. Berkatnya Allah, pencipta yang paling baik!

32:6. Dia yang tahu yang ghaib dan yang nampak, Yang Perkasa, Yang Pengasih,
32:7. Yang mencipta segala sesuatu dengan baik. Dan Dia memulakan ciptaan manusia daripada tanah liat,
32:8. Kemudian Dia membuatkan keturunannya daripada pati air yang keji,
32:9. Kemudian Dia membentuknya, dan menghembuskan Roh-Nya ke dalamnya. Dan Dia membuatkan bagi kamu pendengaran, dan penglihatan, dan hati; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.

75:37. Bukankah dia setitis mani yang ditumpahkan?
75:38. Kemudian dia setitik dadih darah, dan Dia menciptakan, dan Dia membentukkan,
75:39. Dan Dia membuatkan daripadanya dua jenis, lelaki dan perempuan.

96:2. Dia mencipta manusia daripada dadih darah.

Al-Qur'an yang hebat;

12:3. Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.

17:88. Katakanlah, "Jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa dengan al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat mendatangkan yang serupa dengannya, walaupun mereka membantu satu sama lain."




Alif lam miim zalikal kitabu laraiba fiih.-=(Alif lam mim (hanya Allah yg Maha ketahui rahasia itu)itulah kitab yang tiada keraguan terdapat di dalamnya...


Hudal-lilmuttaqiin al-ladziina yu'minuuna bilghaibi=Menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa dan bagi orang-orang yang beriman kepada hal perkara yang Ghaib.
 
wayuqiimunassolata wamimmarazaqnahum yunfiiquun=dan tiada ragu kepada orang yang mendirikan solat dan Kami yang memberi Rezki mereka.

( surah Al-Baqaroh; 1-5)
Sodaqallahul-Aziim.

Alangkah bahagianya bagi orang yang berIman kepada Allah
dan percaya kepada kandungan yang diajarkan di dalam Kitab yang Mulia(kitab Al-Qur'anul 'Azizulhakiim)

Yaa Ayyatuhannafsul Muthmainnah irji'e ila rabbiki Radiyatulmardhiyyah ,;"hai jiwa-jiwa yang tenang kembalilah kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh Redha,'
Fadkhulii fi 'Ibaadii wadkhulii fii jannatii.."maka masuklah kamu kedalam golongan hamba-hambaKu dan kemudian masuklah ke dalam SyurgaKu"

.(akhir ayat dr surah Al-fajr)
Sodaqallahu'azim.
 
 http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6025.0
Share this topic on Facebook

No comments:

Post a Comment