- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Thursday, November 8, 2012







KANGAR MENJERIT


Wat geng2 KDK hat baghu join....hat ni pon pecah panggong ooo...ceta ni x dak hero..semoa prashad heheehh
Wat geng2 KDK hat baghu join....hat ni pon pecah panggong ooo...ceta ni x dak hero..semoa prashad heheehh
KANGAR - Bangunan utama Pasar Borong Kangar yang menempatkan kira-kira 12 peniaga, rosak teruk dalam kebakaran awal hari ini namun tiada kecederaan dilaporkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.04 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
Katanya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar, Kuala Perlis dan Arau dengan dibantu pasukan bomba sukarela Pauh, Kodiang, Kuala Perlis dan Simpang Empat berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 30 minit.
Punca kejadian sedang disiasat dan anggaran kerugian sedang ditaksirkan, katanya.
Pasar borong yang beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu itu menempatkan 25 peniaga dan kira-kira 12 daripada mereka beroperasi di dalam bangunan utama itu.
Bagaimanapun, gerai-gerai berhampiran bangunan utama pasar borong itu tidak terjejas dalam kejadian itu.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dalam laman sosial facebook beliau mengucapkan takziah kepada para peniaga yang menjadi mangsa kebakaran dan kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan secepat mungkin.- 

BERNAMA
 

No comments:

Post a Comment