KASIH HINGGA KE SYURGA




Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sebenarnya malas nak menulis di blog hari nie tapi kalau malas menulis maknanya malas berdakwah. 

Oh, tidak. 

~ Jika berpeluang utk menulis, menulislah sesuatu yg berfaedah, 

~ Jika berpeluang utk membaca, bacalah tulisan yg berfaedah,

~ Jika berpeluang utk berBLOG, gunalah ia SEBAIK²NYA utk manfaat bersama.


Cik Wana, sila jangan gadaikan prinsip hidup menyebarkan dakwah di mana saja dgn cara yg sesuai.


✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

Ok, kisah yg cik Wana nak sangat² share adalah kisah yg diceritakan oleh Ustaz Rosli Abdul Jabar (YDP PAS Kuantan) yg bertajuk "Kasihku hingga ke Syurga"

Jom ikuti kisah nie.

Seorang rakan FB yg selalu membaca status ana ingin supaya menceritakan kisah rumahtangganya supaya dijadikan tauladan. Ana bertanya kpdnya kenapa dia tidak menceritakan sendiri? 

Dia kata, "saya tidak begitu mahir menulis & saya berminat dgn cara ustaz menulis.

"InsyaAllah, ana cuba menulis cerita saudara dgn cara ana yg hanya sekolah pondok ni," kata ana.

Dia ketawa.

"Tahan juga ustaz sekolah pondok, saya ni pondok pun tak kenal," kata dia.

Ana menulis mengikut apa yg diceritakan kpd ana melalui telefon, panas telinga & naik bengong kepala ana bila bersembang dlm telefon hampir sejam setengah.

Dia berkahwin diusia 23 tahun & isterinya 19 tahun. Oleh krn dia hanya seorang buruh kontrak, kehidupannya agak susah dgn menyewa rumah & hanya memiliki sebuah motosikal. Perkahwinannya dikurniakan 3 orang anak. 

Kehidupan awalnya sangat bahagia walaupun susah. Ibu & bapa mertuanya sangat baik tetapi mereka juga orang susah. Ibu bapanya sendiri telah meninggal dunia & dia hanya dua beradik iaitu dgn seorang kakak yg telah bersuami & tinggal jauh mengikut suami bekerja sebagai seorang tentera.

Hidup dlm keadaan yg sangat dhaif di rumah sewa yg kecil, "Apa pun tiada kat rumah ustaz. Cukup sekadar makan minum je."

Isterinya tidak bekerja & berpenyakit lelah. Kadang² dia tidak boleh bekerja krn menjaga isteri & anak² apabila isterinya diserang asma.

"Itulah kesusahan kami ustaz tapi kami sama² tak kisah. Isteri saya cukup penyabar & tak pernah mengeluh mahupun menyesal dgn perkahwinan kami," ceritanya.

Pernah saya tanya pada isteri saya, "awak menyesal tak kahwin dgn orang susah macam saya?" 

Isterinya kata, "tak menyesal langsung, kalau duduk bawah jambatan pun saya sanggup"

Ana terdengar sedikit seduan darinya melalui telefon saya. Mungkin dia sebak.

"Kami tak pernah sedih walaupun susah, isteri pun sentiasa gembira & tak hirau dgn kesusahan kami apatah lagi bila dah mempunyai anak" katanya.

Episod duka dlm hidupnya bermula apabila pada tahun 2003. Dia kemalangan jalan raya & kaki kirinya terpaksa dipotong, pendarahan teruk di kepala menyebabkan dia terlantar lebih dari 2 bulan. 

Dlm tempoh itu dia hanya mampu pasrah terhadap kehidupannya. Hampir 3 bulan di hospital, setiap hari isterinya ke hospital kecuali waktu diserang asma. Anak²nya ditumpangkan di rumah iparnya di waktu isterinya di hospital. 

Peringkat awal kemalangan, banyak juga dia menerima sumbangan dari jiran & sahabatnya. Dapatlah bertahan dlm tempoh 3 bulan utk keperluan isteri & anak²

Setelah pulang ke rumah dia masih terlantar, tidak mampu lagi utk bergerak, berak kencingnya dicuci isteri kecuali makan suap sendiri. 

"Pernah beberapa kali saya menangis sewaktu isteri sedang mencuci najis saya. Apabila dia tengok saya menangis, dia pun menangis juga & kami sama² menangis" ujarnya yg kedengaran seakan juga menangis. 

Dia hanya terbaring. Hanya selepas 7 bulan barulah dia boleh bergerak secara mengengsot krn kaki kanannya juga patah. Kehidupan kami semakin terhimpit. Hanya mengharapkan bantuan dari keluarga yg juga miskin. 

"Sesekali rasa menyesal krn tak mampu utk berikan kesenangan pada isteri & anak², tapi apakan daya dah takdir," katanya.

Pendapatan lain hanyalah dari isterinya yg kadang² mencari pucuk paku & ambil upah mengikat sayur seorang penjual sayur yg tak melebihi dari RM 5 sehari. 

"Itupun hanya kadang² je ustaz, bila isteri diserang lelah apa²pun tak boleh nak buat," katanya.

"Pernah dia diserang lelah selepas cuba mengangkat saya utk cuci najis saya," dia menangis lagi.

"Dulu saya merokok ustaz tapi lepas tengok isteri saya berhenti. Kasihan sangat tengok isteri, kalau berasap mulut tak berasaplah dapur jawapnya. Hahaha," terdengar sedikit ketawa darinya.

Isterinya semakin hari semakin kurus. Dahlah asma, diserang TB pula. Badan dia semakin kurus selepas saya kemalangan, mungkin menderita dgn kesusahan. 

Hari Raya Haji 2004 adalah hari paling sedih dlm kehidupannya, isterinya diserang lelah 2 hari sebelum raya. Pada hari raya kedua selepas isterinya solat subuh, "dia tiba² pegang tangan saya & minta maaf jika ada kesalahan & durhakanya pada saya. Tiba² dia senyap je, kepalanya terkulai atas perut saya. Dia meninggal ustaz.

Dia berhenti bercakap seketika, ana percaya dia menangis.

"Hilang rasanya dunia ustaz apatah lagi bila tengok anak² yg masih kecil. Jenazahnya diuruskan di rumah jiran, saya masih belum mampu berjalan & tak turut serta ke kubur utk pengkebumiannya," katanya lagi.

"Selepas itu, anak saya diambil oleh kakak utk dipelihara. Saya tidak mahu menyusahkan orang, saya tinggal seorang sehinggalah saya mampu bertongkat," katanya. 

Setelah mampu berjalan dgn bertongkat dia mula ke masjid. Di sana dia sering mendengar kuliah & akhirnya Allah swt telah memberikan kekuatan padanya utk terus menjalani kehidupan. 

Dari bantuan jamaah masjid yg mengeluarkan modal, dia berniaga kedai runcit secara kecil²an di rumahnya & Alhamdulillah kini dia dah duduk di rumah sewa yg lain & lebih sempurna. Anak²nya juga dah tinggal semula dgnnya. Dia juga telah menggunakan kaki palsu. Usianya kini yg hampir sebaya dgn ana. 

"Pernah juga orang menasihatinya supaya berkahwin & ada juga keinginannya tetapi... Tak bolehlah ustaz. Rasanya tak mungkin ada orang yg boleh ganti al-marhumah isteri saya. Kalau saya kahwin, saya rasa macam khianat je kat allahyarham," katanya. 

"Ye lah," kata ana.

Dia sekarang ni jadi bendahari PAS cawangan. Dah pakai van.

"Kalau dapat nak jumpa ustaz kat Muktamar di Kelantan ni," katanya.

Ana kata, "jauh² pun pergi juga." 

"Biasalah ustaz inikan Jihad Fi Sabilillah. Saya ni kudung, ni je yg saya mampu, lagi pun saya rindu sangat kat isteri saya. InsyaAllah masa saya, hidup saya nak habiskan masa saya utk Allah swt. Saya yakin bila saya tolong PAS ertinya saya tolong agama. Saya yakin kalau saya tolong agama Allah, pasti Allah swt pasti tolong saya pula. Siang malam saya berdoa moga Allah swt tolong pertemukan saya dgn isteri saya dlm Syurga." 


Air mata ana juga mengalir rasanya. :'( Hebat sungguh kasihnya pada isteri, sehebat isteri yg kasihkannya. InsyaAllah kami akan bertemu di Muktamar nanti, ingin sangat rasanya bertemu dgn beliau. 
 
 http://mujahidahwana.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog