KENAPALAH ORANG RAMAI MARAH DGN AES
Dewan
Rakyat BARU2 INI bergelegak gara-gara isu AES@SR1M (Saman Rakyat
1Malaysia). Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ahli Parlimen Johor Bharu
(BN) membawa suara rakyat agar SR1M ditangguhkan terlebih dahulu dan
perlu diadakan kajian terperinci.
Manakala
Ahli Parlimen Arau dan Kinabatangan juga dari BN menyokong
SR1M....Lalu berlakulah pertikaman lidah sesama ahli parlimen BN.
Apa-apa
pun terima kasih diucapkan kepada Sri Gading dan Johor Bharu kerana
sudi membawa perkara itu ke dalam dewan. Minggu lepas pun Sri Gading dah
bawa perkara berkenaan. Minggu ini beliau bawa lagi. Terima kasih
YB......
Seperti
yang saya katakan sebelum ini, orang ramai tidak menolak 100 peratus
penggunaan AES. Cuma kaedah dan keberkesanannya perlu dikaji balik agar
dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan,
dan kerajaan tidak dilihat cuba mencari pendapatan dengan SR1M.
Malam
tadi keluar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar
tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan
mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.
Saya tepuk dahi melihat ayat sebegitu yang keluar dari mulut seorang menteri.....
Kalau nak guna istilah bodoh mungkin agak kasar bunyinya. Sesuai digantikan dengan perkataan kurang cerdik.
Kalau ada 2-3 orang menteri seperti itu dalam kabinet Datuk Najib, jawabnya memang betul BN akan bungkus dalam PRU 13.
Datuk
menteri......Datuk jangan cabar rakyat......nanti rakyat tukar kerajaan
barulah Datuk tahu langit tinggi atau rendah. Ingat Datuk.....jangan
cuba bermain dengan api.
Umum
mengetahui kerajaan tidak mengeluarkan sesen belanja untuk pemasangan
dan penyelengaraan kamera AES. Dua syarikat yang dipilih yang menanggung
segala kos itu dan mereka dibayar komisyen saman RM 16 setiap saman dan
terhad kepada 5 juta saman, untuk mereka mendapatkan kos kamera dan
serta keuntungan mereka.
Kos pemasangan dan penyelengaraannya tentulah bukan sedikit dan sudah pasti ianya mencecah RM juta-jutaan.
Sekiranya
tiada saman yang dikeluarkan, maka tiadalah pendapatan kepada syarikat
tersebut. Bagaimana mereka tampung segala kos mereka ?
Adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada mereka ?
Jika kerajaan menjawab tidak, maknanya dalam apa keadaan sekali pun atau by hook by crook dua
syarikat itu perlu mencari jalan untuk memastikan ada saman yang
dikeluarkan bagi mereka mendapatkan balik modal mereka dan menampung kos
operasi.
Apabila sudah by hook by crook maknanya segala kaedah samada baik atau jahat kemungkinan akan digunakan untuk memastikan matlamat tercapai.
Sebab
itulah orang ramai kata kaedah AES adalah kaedah untuk kerajaan mencari
duit. Bukannya untuk mendidik rakyat. Yang untung adalah dua syarikat
yang mengendalikan AES.
Esok Menteri Pengangkutan akan jawab lagi untuk menafikan AES bertujuan mengutip duit dari orang ramai.
Kenyataan
daripada Menteri Pengangkutan semalam boleh ditafsirkan bahawa sistem
AES bukannya lahir dari hati nurani kerajaan tetapi kerana cadangan dari
pembekal sistem.
Kalau
ianya dari hati nurani kerajaan serta ikhlas nak membenteras kemalangan
menteri tidak akan menjawab begitu dan kerajaan akan beli kamera
tersebut kemudian ia dikendalikan oleh JPJ sendiri.
Dalam
berita malam tadi juga dinyatakan bahawa AES berfungsi untuk kenderaan
yang melanggar lampu isyarat dan melebihi had laju. Tetapi tidak
melibatkan motosikal....
Dinyatakan juga tujuan AES adalah untuk mencegah kemalangan....
AES juga dipasang di lebuh raya....
Sekarang mari saya jawab dengan fakta.....
Kenyataan dibawah dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Tragedi kemalangan melibatkan pengangkutan awam sering mendapat liputan media dan menimbulkan reaksi orang ramai yang paling banyak. Ini mungkin kerana ia kematian berkelompok.Namun pada hakikatnya jika dilihat dari segi statistik, kematian melibatkan pengangkutan awam adalah jumlah terendah sekali - berbanding kenderaan pelbagai jenis lain khususnya motosikal.Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yangpaling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.
Berikut pula adalah kenyataan akhbar orang kuat AES@SR1M, Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ.
Datuk Solah |
Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.
Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.Sumber: Berita Harian Online
Sudah
terang lagi bersuluh bahawa penunggang dan pembonceng motosikal
menyumbang sebanyak 58.7 % atau lebih dari separuh jumlah kemalangan
maut di Malaysia, tetapi saman AES dikenakan terhadap kereta dan
kenderaan lain.
Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya....
Jalan bandaran dan jalan persekutuan adalah penyumbang utama kepada kemalangan berbanding dengan lebuh raya.
Saya cuba mendapatkan statistik rasmi dari laman web Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia.
Tetapi sayangnya laman web tersebut hanya sebagai hiasan. Setiap kali
klik untuk dapatkan graf , ianya error. Belanja ribu-ribu untuk buat
laman web tapi rakyat tidak boleh akses maklumat.
ERROR |
Kemudian saya cuba pula hubungi nombor telefon yang diletakkan dibahagian bawah laman web itu , 03-9179 7406 untuk
bertanyakan kenapa tidak boleh akses kepada graf statistik yang
disediakan. Anda tahu apa jadi ? Nombor yang dipamerkan telah tiada
dalam perkhidmatan. Mungkin semua pegawai bertugas dan talian telefonnya
sekali telah beku dalam makmal NKRA Idris Jala.
Berbalik
kepada statistik lokasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Walaupun
tidak mendapat data sahih dari Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia,
tetapi carian yang dilakukan di laman-laman web lain beserta ingatan
setiap kali Ops Sikap diadakan, kemalangan banyak berlaku di jalan
persekutuan dan jalan bandaran. Jika hendak dibandingkan dengan dua
jalan tersebut kadar kemalangan di lebuh raya agak berkurangan.
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.
Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.
Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.
Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.
Sumber: Sinar Harian Online
Namun
JPJ tidak mengambil kira semua itu dan lebuh raya tetap menjadi sasaran
utama pemasangan AES. Sebabnya di lebuh raya lubuk untuk dua syarikat
terbabit cukupkan had saman mereka sebanyak 5 juta dengan cepat.
Memasang
kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji
baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit
dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat....horeyyyyy makan.....horey
dapat......horeyyyyy makan......Setengah jam habis 30 ekor ikan
dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya
syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman.
Pasang
kamera AES di jalan persekutuan pula sama seperti lepas 30 ekor ikan
dalam kolam. Nak habis 30 ekor mungkin makan masa berjam-jam atau
berhari. Sebab tak ramai orang yang pandu melebihi had laju di jalan
berkenaan kerana jalan satu atau dua lorong sehala dan kebanyakan
pemandu berhati-hati kerana bimbangkan kemalangan. Adalah sedikit
sebanyak pemandu yang memandu lebih had laju tapi tidaklah sebanyak di
lebuh raya. Apabila tidak ramai yang memandu laju maka saman pun
berkuranganlah. Apabila saman kurang lambatlah syarikat dapat untung.
Pasang
kamera AES di jalan bandaran pula ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam
sungai. Jawabnya tak habislah 30 ekor ikan itu dipancing. Sebabnya tiada
orang yang pandu laju dalam bandar, dan kalau ada saman yang
dikeluarkan pun mungkin kepada yang melanggar lampu isyarat. Nak tunggu 5
juta saman orang langgar lampu isyarat jawabnya beruban dululah bulu
seluruh badan. Siapa yang boleh pandu80km/j dalam bandar Alor Setar, Georgetown, Seremban, Johor Bharu dan bandar-bandar lain ?
Saya
nak cadangkan kepada JPJ, kalau nak bantu lagi supaya cepat dua
syarikat pengendali itu dapat 5 juta saman , pergi pasang kamera AES di
depan semua setiap sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Sebabnya had
laju di kawasan sekolah30km/j kan ? Termasuklah waktu malam atau musim cuti sekolah.
Seperti
yang saya katakan dulu, saya bukan berniat hendak menyokong orang yang
melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kaedah kena betul dan jangan
kerajaan ulangkan balik kaedah yang telah gagal. Buang masa.....
Sebelum
wujud kamera AES daripada dulu lagi dah wujud kamera polis. Seingat
saya dah lebih 20 tahun wujud kamera polis. Walaupun wujud kamera polis
namun ianya tidak mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Sekarang
pula JPJ ulangi dengan sistem yang hampir serupa dan yang telah terbukti
gagal, apa ke jadahnya ?
Kerajaan
jangan terlalu bergantung sangat kepada pandangan JKJR, Miros atau mana
pertubuhan berkaitan jalan raya yang lain sahaja untuk melaksanakan
sesuatu undang-undang. Ambil juga pendapat orang ramai dan NGO atau
badan-badan lain.
Apa salahnya kalau kerajaan naikkan had laju kepada 130km/j di lebuh raya tiga lorong dan 110km/j di kawasan dua lorong.
Datuk
Najib selalu bercakap pasal zaman dah berubah dan kita perlukan
transformasi. Betullah tu....sekarang zaman dah berubah, kereta makin
canggih, sistem keselamatan bagus-bagus, lebuh raya pun cantik. Tak
logiklah kalau kita masih nak terikat dengan undang-undang had laju yang
digubal di zaman filem Tiga Abdul.
AES boleh diteruskan tetapi perlu beberapa penambaikan....
Antaranya,
Jangan
libatkan pihak swasta dalam penguatkuasaan. Mereka hanya terlibat dalam
membekal kamera, penyelenggaraan dan latihan kepada kakitangan
penguatkuasa kerajaan.
Naikkan had laju mengikut peredaran zaman dan kecanggihan kenderaan...
Kempen kesedaran jalan raya hendaklah berterusan dan jangan hanya tertumpu di musim perayaan sahaja.
Banyakkan papan tanda gambar kubur dan jenazah di jalan-jalan atau lebuh raya. Manusia mudah tersentuh dengan kaedah ini.
Pengalaman saya,
Seorang
kawan saya yang boleh dikatakan orang yang berani. Dan satu hari ketika
saya naik kereta yang dipandunya dia memecut 160-180 km/j di Lebuh Raya
Pantai Timur dari KL ke Kuantan. Kereta yang digunanya juga bagus.
Saya agak kecut perut dengan tahap kelajuan itu.
Saya tidak menegurnya supaya mengurangkan kelajuan sebaliknya hanya tiga soalan yang saya tanya.
Anak kau berapa orang ?
Dijawabnya dua orang....
Berapa usia mereka ?
Jawabnya 3 tahun dan 1 tahun.....
Kau sayang mereka tak ?
Dia
tidak menjawab, sebaliknya terus memperlahankan kenderaan dan tersenyum
ke arah saya. Lalu sampailah kami di Kuantan dalam masa lebih kurang 2
jam dengan selamat dengan kelajuan 110-130km/j.
Bukanlah
saya nak kata saya bagus, tetapi kaedah begitulah yang sesuai dipakai
untuk psiko pemikiran manusia supaya tidak memandu laju.
Slogan-slogan
skema yang diguna pakai oleh JPJ termasuklah lambang tengkorak di tepi
jalan sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Lambang tengkorak itu
mungkin tidak boleh ditukar kerana lambang standard antarabangsa. Tetapi
tambahlah gambar-gambar lain.
JPJ
kena kreatif sikit untuk fikir bagaimana kaedah untuk psiko pemikiran
pemandu. Bukannya hanya tahu saman....saman....saman......kemudian bila
dah saman bagi alasan nak mendidik......
http://www.pencacai-semalaysia.com/2012/10/gempar-berapi-aesmenteri-pengangkutan.html
Comments
Post a Comment