- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Friday, November 2, 2012







Ketua Audit Negara belasah balik Ahli Parlimen


Aku nampak mentaliti wakil rakyat tak ubah macam mentaliti JKKK. Depa dok rasa Umno tu kerajaan dan kerajaan tu Umno, menentang Umno bererti menentang kerajaan, menentang kerajaan berarti Umno.

mStar melaporkan:  
GEORGE TOWN: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa.

Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya.


"Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu. - mStar.  
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!! 
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Sebelum ni macam yang aku ulas dalam artikel "Dah takdak isu, depa tuduh Ketua Audit Negara tak reti buat kerja", cara cakap ahli parlimen Lenggong dari Umno macam nak kata yang Ketua Audit Negara bersekongkol dengan kerajaan negeri pimpinan PR, buat laporan bagi cantik untuk negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya Pulau Pinang.

Tentu lagi bara Wakil Rakyat dari Umno tu kalau dia perasan Ketua Audit Negara buat kenyataan tu di Pulau Pinang pulak.

mStar juga melaporkan:
"Sebab itu, setiap laporan yang dikeluarkan mesti dibaca keseluruhannya kerana ada terdapat pandangan dan pendapat daripada jabatan atau agensi yang diaudit, diakui memang ada terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.
Selain itu, Ambrin berkata orang ramai yang ingin mengetahui laporan berhubung sesuatu agensi atau jabatan yang diaudit boleh membaca terus di laman web jabatan tersebut, dan laporan berkenaan boleh dianggap sebagai saluran maklumat untuk kegunaan mereka.
"Menerusi perolehan maklumat itu, orang ramai boleh berperanan dalam usaha mengekang pemborosan, pembaziran dan penyelewengan (3P) sesebuah jabatan atau agensi, seterusnya ia juga boleh digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ekonomi," katanya.
Beliau juga berkata status Unit Audit Dalaman (UAD) perlu dimartabat untuk mempertingkat tahap kecemerlangan dan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi kerana jika terlalu rendah, ia akan berdepan kesukaran menarik perhatian peringkat pengurusan - Ibid.
Aku nampak mentaliti wakil rakyat Umno ni tak ubah macam mentaliti JKKK. Depa dok rasa Umno tu kerajaan dan kerajaan tu Umno, menentang Umno bererti menentang kerajaan, menentang kerajaan berarti Umno.


Macam imej surat kat bawah ni, memang terserlah kebangangannya... Hahaha...


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/11/ketua-audit-negara-belasah-balik-ahli.html#ixzz2B4wXpkce

No comments:

Post a Comment