KISAH SEBIJI TEMBIKAI MENGAJAR ISTERI
Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq
Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa
tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah
ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan
keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah
tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si
penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah
tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan
segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Comments
Post a Comment