Semalam semalam (read: dua malam sebelum) lepak mamak, jumpa member
 
'Ayah sakit, angkara dengki, busuk hati' #risau
'Sekarang dia mahu hantar untuk seluruh keluarga'

#tepuk dahi

Apa mahu jadi dengan umat manusia masa kini?
Mana pergi hati nurani?
Bagaimana boleh hilang perasaan insani?
Apa kau fikir hidupmu panjang tanpa berjabat dengan mati?
Apa sangat lah kau kejar dengan duniawi ini wahai si pendengki?

Dengki~
ALLAH HU RABBI~
Mohon dilindungi dari sifat sebegini.
Mohon dijauhkan dari merosakkan diri.


Dengki.
Wujudnya tersembunyi.
Duduk diam dalam hati.
Kadang-kadang hadirnya tanpa disedari.

Kadang-kadang #klise

Kau sedar, cuma turut atau tidak sahaja jawapannya.
Kau turut, mati lah kau.
Puaskah?
Tengok orang yang kau dengkikan menderita?
Puaskah tengok keluarganya sakit angkara kau yang ikut rasa?

ALLAH~
Timbang tara kejadian sekeliling,
Yang namanya manusia itu akan selalu lupa.
Hidup ini bukan untuk selama-lamanya.
Hidup ini bukan tentang kau saja.
Kalau hari ini kau susah, yakinlah kau, susah itu hanya sementara.
Dan andaikata hari ini kau senang, Hamdalah~ bersedialah, sebab yang senang itu juga akan ada penghujungnya.
Tiada kekal.
Sedarlah kau, tiada kekal.

Buat peringatan untuk aku jua.
Berbuat baiklah sesama makhluk.
Baik yang biar datang dengan ikhlasnya niat.
Lumrahnya manusia,
Sedangkan ada yang baik pun buruk balasnya,
Apatah lagi jika buruk diberi dari awal.

Nauzubillah~

Jauhkan aku Ya RABB~
Jauhkan aku dari sifat-sifat yang menjauhkan aku dariMU.
Dari rahmatMU.
Dari kasih sayangMU.
p/s: Mohon teguh prinsip diri. Amin!
 
 http://eyeliner13.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog