SIAPAKAH KITA SEBAGAI RAKAN DAN PELANGGAN DENGAN KAKITANGAN AWAM? 

 

Kekadang kita dihubungi oleh rakan atau orang ramai menggunakan telefon bimbit atau pesanan ringkas, SMS.

Ketika itu barangkali kita sibuk dan tidak berpeluang mengangkat panggilan. Jika ketika bermesyuarat, cuba hantarkan SMS, 'Meeting, saya akan call balik'. Jika tidak berkesempatan menaip SMS, sebaik selesai mesyuarat, hubungi rakan itu kembali.

Namun sebilangan rakan kita mungkin berbeza. Jika dihubungi, mereka tidak mengangkat panggilan atau membalas SMS. Biarpun berbelas missed calls, mereka tidak menghiraukan itu semua.

Mengapa? Mungkin mereka menganggap panggilan dan SMS kita tidak penting untuk dijawab atau dibalas. Dalam erti kata lain, mereka tidak menganggap kita penting. 
Adakah mereka yang menjawat jawatan pegawai awam akan menjadi penjawat awam buat selama-lamanya.  Adakah mereka tidak akan pencen?

Mungkin itu kesimpulan bakal menerjah pemikiran kita.

Jika setelah mencuba menghubungi berulang kali dan rakan itu masih membisu, biarkan.

Andai selepas beberapa hari kemudian dia menghubungi kita dan bertanya ...

"Ada call ke?"

Jawablah ...

"Ada, saya call, SMS dan banyak missed call awak"

"Kenapa?," balasnya.

Katakan ...

"Kerana awak kawan saya. Di waktu awak lupakan saya dan tidak mahu menjawab panggilan dan membalas SMS saya hantar, ketika itulah saya amat mengingati awak. Itu sahaja. Bukan bererti, saya menelefon awak kerana hendak meminta tolong. Kalau di zaman batu dahulu, sukar untuk berhubung sesama manusia. Kini tidak cuma kita barangkali tidak gemar untuk dihubungi, kan? Mungkin kerana saya sekadar rakan dan tidak berkepentingan kepada awak"
Bagaimana pula kalau orang ramai yang call dan hantar SMS kepada penjawat awam. Kerap kali penjawat awam tidak akan melayan semua itu. Itulah lumrah pegawai awam ketika ini hatta hingga pengurusan atasan sendiri tidak responsif kepada SMS, Aneh sungguh gelagat penjawat awam sekarang. Kalau guru kencing berdiri maka anak murid akan kencing berlari...itulah perumpamaan yang layak diberikan kepada penjawat awam sekarang.
FIKIR-FIKIRLAH WAHAI PENJAWAT AWAM SEKALIAN.

Comments

Popular posts from this blog