10 Perkara yang menghapus pahala amalan kita
by peribadirasulullah
Rujukan:
Point no 1: Rasulullah SAW bersabda, "Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir."
(Al-Bihar 103 : 16)Point no 2 : Lihat Latho'if Al Ma'arif, 1/168, Asy Syamilah
Point
no 3 : segala amalan syirik tidak diterima Allah bahkan berdosa.
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang
lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat
kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Point
no 4 : Imam Ghazali didalam kitab Minhajul Abiddin beliau menyatakan "
Sesipa yang menuntut ilmu Akhirat semata-mata bagi tujuan untuk mendapat
habuan Dunia jangan hendak masuk syurga.
Point no 5,6,7,9 dan 10 : petikan dari seorang ulama hadith "Sufyan Ats-Tsauri"
Point no 8 : Amalan mempersendakan salam adalah berdosa, dan salam itu pun tak wajib dijawab. lihat :
WAJIB BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian yang pertama:
(1)
I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam,
I'tiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini
kekal selama-lamanya.
(2)
I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana
jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun
mempunyai anak isteri, atau berbilang-bilang atau menerima mati.
(3)
I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh
Rasulullah s.a.w., atau i'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah
yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau
i!tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , hanya untuk orang-orang
Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. ialah hukum-hukum lapuk yang tidak sesuai dengan
keadaan zaman, atau i'tiqad mengingkari mana-mana Rasul Tuhan, atau
i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah
membawa syariat sesudah Nabi Muhammad s.a.w., Khatam an-Nabiyyin.
(4)
- I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan
Neraka, tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari
qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya.
(5) I'tiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.
(6) I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
(7) Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas.
(8)
Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau
bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang.
Bahagian yang kedua:
Perkataan,
iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,
mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya,
Malaikat-malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya
dan Hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya.
Dan
juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara
yang sekata alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui
oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.
Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:
(1) "Hukum apa ini?"
(2) "Hukum ini sudah lapuk."
(3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
(4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
(5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?"
(6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?"
(7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?"
(8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju. "
(9)
Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" - apabila diceritakan
bahawa Nabi Muhammad s.a.w., selepas makan: Menjilat sisa makanan di
jarinya.
(10) Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.
(11) Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azannya.
(12) Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
(13)
Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak
diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana
yang diterangkan oleh hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
(14) Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan.
Misalnya
(a)
Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: "Kalau
aku lakukan perkara itu jadilah aku kafir", sekiranya ia berdusta, yakni
ia sebenarnya telah melakukan perkara yang dituduhkan kepadanya itu,
maka jadilah ia kafir, kecuali kata-kata itu dituturkan dengan
tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan itu sahaja, bukan
dengan tujuan redhanya menjadi kafir.
Sungguhpun
demikian ia telah melakukan dosa besar dengan kata-kata yang tersebut,
dan sekiranya ia benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh
orang kepadanya, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia
berdosa kerana perkatannya itu memberi erti ketiadaan tetap keazamannya
berpegang teguh kepada agama Islam.
(b)
Seseorang diingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia
berkata: "Kalau aku berzina kafirlah aku", sekiranya kata-kata itu
dituturkan dengan tujuan tidak redha mencemarkan dirinya dengan
perbuatan zina seperti tidak redhanya menjerumuskan dirinya menjadi
kafir, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa dengan
menggunakan perkataannya itu dengan alasan yang tersebut; dan sekiranya
kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia
lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang
tersebut, kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur, menjadilah ia
kafir (Murtad), Wal Iyazubillah. Hukum yang tersebut terkandung dalam
hadis Thabit bin al-Dhahak, yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn Majah.
Bahagian yang ketiga:
Perbuatan, iaitu:
(1)
Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan
mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk
membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun
tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau
tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya
ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah;
kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang
melakukan itu murtad, tetapi hukumannya tetap haram.
(2) Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
(3) Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza wa Jalla.
(4)
Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama Tuhan,
Rasul-rasul-Nya, Malaikat-Nya dan Ilmu-ilmu agama di tempat najis atau
kotor dengan tujuan menghina dan merendah-rendahkannya; kalau tidak
dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram. Demikian juga
haramnya menggunakan kertas-kertas yang tertulis padanya Ayat-ayat suci,
Hadis-hadis Nabi dan Nama-nama Allah serta ilmu agama untuk membungkus,
mengesat serta menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilakukan
itu dengan tujuan menghina atau mempersenda-sendakannya maka orang yang
melakukan itu menjadi murtad.
(5) Meninggalkan sembahyang.
Orang
yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia ingkarkan wajibnya,
jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana ia mengingkari
satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu
adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama
akalnya sihat.
Kalau
ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, pada hal ia i'tiqadkan
wajibnya, maka mengenai orang ini alim ulama berselisih kepada tiga
pendapat:
Pertama
- Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang
wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya berbuat
kembali mengerjakan sembahyang, dan sekiranya ia tidak mahu
bertaubat maka kenalah dilakukan ke atasnya "Hukuman Had" iaitu dibunuh
dengan pedang.
Kedua - Orang itu jadi kafir juga, sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya.
Ketiga
- Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tapi di
"Ta'zir" dengan dipenjarakan sehingga ia mengerjakan sembahyang.
Ketiga-tiga
pendapat yang tersebut serta alasan-alasannya diterangkan oleh
al-Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim, mengenai hadis Jabir yang
menyatakan keburukan orang yang meninggalkan sembahyang yang termaklum.
Perkara-perkara
yang diterangkan satu-persatu di atas itu adalah sebahagian dari
misal-misal yang disebutkan oleh alim ulama bahawa orang yang
melakukannya menjadi murtad. Mereka menetapkan hukuman yang tersebut
dengan berdasarkan: Ayat 40 Surah Yusuf, ayat 65 Surah al-Taubah, Ayat
37 Surah Fussilat dan ayat-ayat Surah al-Kafirun serta hadis Mu'az bin
Jabal yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan hadis Qais bin Sa'ad yang
diriwayatkan oleh Abu Daud. Maksud kedua-dua hadis itu: Bahawa
Rasulullah s.a.w., melarang mereka sujud kepada Baginda s.a.w., serta
menerangkan bahawa tidak harus seseorang sujud kepada yang lain dari
Allah.
Dengan
keterangan yang tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang
cintakan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati,
apa lagi melakukan, sebarang perkara yang hukumnya berkisar di antara
jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan
taufik dan hidayat-Nya.
Cara-cara masuk Islam:
Mana-mana
orang yang hendak masuk Islam, sama ada orang murtad atau
orang kafir asli, hendaklah ia menyempurnakan perkara-perkara yang
berikut:
(1) Melafazkan dua kalimah syahadat:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
Memadai juga menyebut erti "dua kalimah syahadat" itu dengan bahasa sendiri serta mengakui maksud kandungannya.
Memadai
menyebut yang demikian bukan sahaja kepada orang yang tidak
mengetahui Bahasa Arab bahkan juga kepada orang yang mengetahui bahasa
itu.
Juga
memadai dengan menyatakan pengakuan hatinya bahawa: Allah ialah Tuhan
Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad s.a.w., ialah utusan Allah.
(2)
Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w., itu hanya kepada bangsa Arab sahaja - hendaklah ditambah
pengakuannya bahawa: Kerasulan Baginda s.a.w., umum kepada umat manusia
seluruhnya.
(3)
Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang
diterangkan dahulu, hendaklah ditambah pengakuannya:Bahawa ia
bertaubat daripada melakukan perkara yang dengan sebabnya dia telah
menjadi murtad.
Semoga
Allah menjauhkan kita dari segala apa jua yang merosakkan iman dan
Islam, dengan mengurniakan kita taufik dan hidayat ke jalan keselamatan
dan kebahagiaan
dari blogperinadirasulullah.com
salam kenal kawan/ nice blog..from indonesia
ReplyDelete