ALAM BARZAKH DAN SIKSAAN DI DALAM KUBUR
by peribadirasulullah
Dalam
sebuah hadith ada disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH (alam
perantaraan).. Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah
malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakah amat menakutkan, kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya....
Setiap
alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah Alam
Barzakh... Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang
merasa lama... Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur... Kubur itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG NERAKA... Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang... Kitalah yang menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti....
Antara golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala soalan malaikat adalah AMALAN sendiri) Mereka
yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya. Mereka
yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba), mereka yang tidak
membersihkan air kencingnya....
Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah)
akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada
99 EKOR ULAR yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika
seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan
ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)....
Daripada
Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu
Baginda s.a.w bersabda :'' Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini
sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar.... adapun
yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH KENCING, sedangkan
yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA... Kemudian Baginda s.a.w.
meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersabda :
''Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua, selama ia belum kering''.( HR Bukhari dan Muslim )....
@ Jadi masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan batang pokok puding atau pokok lainnya.Bunga rampai serta bungaan menjadi pilihan untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam pokok bunga bagi menghiasi kubur,kadangkala bersiapan rumput karpet'' seakan kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.
Comments
Post a Comment