Cakap tu biar berlapik, kut betul-betul hilang telinga nanti!


Bila aku melihat video ni,terus aku teringat pada seseorang. Dia suka cakap ikut sedap mulut dia. Macam kepalanya kosong. Takde otak.Apa lagi akal? Ramai yang kesian tapi setakat tu aje la. Nak menegur tak berani. Tapi semua orang di keliling  tau. Malah amat tau. Sikit-sikit dia mesti kata,” Kalau aku bohong, tengok la..buta mata aku! Kalau korang tak percaya cakap aku,aku rela jadi buta!” Huh..sampai begitu sekali dia berkata-kata. Akhir ceritanya, ternyata mata dia benar-benar buta. Akibat diabetesnya yang kronik ke atau memang itu hukum karma buat dia. Namun kisah ni selalu diulang ceritakan supaya bagi teladan pada kami semua.

Telinga adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai. Dengannya kita mendengar. Kita menangkap semua bunyi. Bunyi perlahan bunyi kuat.Bunyi sedap bunyi tak sedap. Suara katak yang panggil hujan tu pun “indah” pada sang artis. Apatah lagi nak mendengar suara kita sendiri,kita sangat memerlukan “telinga.” Macamana boleh kita kata sedemikian? Sanggup potong telinga sekiranya parti kita kalah dalam PRU 13 nanti? Wajar ke statement tu dibuat? Sedangkan kita digalakkan berdoa, ” Allahumma’a fini fi badani,Allahumma’afini fi basori, Allahumma’afini fi sama’ie” pada setiap kali lepas solat?

Orang yang buta mau mata. Orang yang pekak mau telinga. Orang yang bisu mau suara. Kita yang sihat,lengkap seluruh anggota mau “memotong” telinga hanya kerana dorongan nafsu. Hanya kerana menjawab soalan dari wartawan? Berbaloikah ucapan macam tu? Puas hati? Dah rasa hebat sangat ke?  Sedangkan Allah itu Maha Mendengar! Di kiri kana kita ada 2 malaikat yang setia mencatit. Tak perlu wartawan. Tak perlu media masa. Dua malaikat ini setia dengan tugasnya sejak azali.

Apakah manusia semakin gila? Atau dunia semakin tua? Beza insan dengan haiwan ialah akal. Bila kita bercakap sesedap rasa, maka macam ni la jadinya. Sama-sama kita lihat. Sama-sama kita tunggu. Ada seorang bapak menteri mahu terjun ke Sungai Pahang dan sekaligus mahu mengorbankan telinganya seandainya BN kalah di Bentong dalam PRU akan datang. Jika dia menang, berarti telinganya selamat. Nyawanya juga selamat.  Jika dia kalah, dia bakal jadi OKU. Ya! Orang Kuat UMNO. Sangat kuat hingga sanggup mengorbankan dua pasang telinga demi parti!


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/12/01/cakap-tu-biar-berlapik-kut-betul-betul-hilang-telinga-nanti/

Comments

Popular posts from this blog