Cara Elak Kereta Anda
Kena Saman Parking - Tips Siot!
Hai. Bersama saya Abang Lan Comel Le Tew. Saya takde gambar lagi macam
Mr Pulun dan Mad Noor Kushairi sebab saya seorang yang pemalu dan
memalukan. Jadi saya berharap agar admin cepat siapkan gambar profile
saya supaya saya dapat dimalukan. Kali ini saya bawakan tips atau teknik
untuk anda yang selalu kena saman parking. Pasti anda bengang kan, baru
parking 3 saat tengok - tengok surat saman dah terselit di cermin
depan. Rasa nak makan - makan je surat tu...jadi ini jalan penyelesaian
buat anda.
Cara Pertama : Parking kereta anda dalam longkang. Dengan ini tak akan
ada sesiapa pun yang berani saman kereta anda kerana longkang tidak
pernah diwartakan sebagai tempat parking. Settle!
Cara Kedua : Parking kereta anda secara mengiring dan parkingkan di
tempat letak motosikal. Jadi, pihak yang ingin menyaman kereta anda akan
confius adakah itu kereta atau motosikal atau kedua - duanya sekali.
Cara Ketiga : Lakukan double parking dengan meletakan kereta anda diatas
kereta orang lain yang mempunyai tiket parking. Jadi pihak berkuasa
akan mengganggap bahawa kereta tadi adalah jenis double decker.
Cara Keempat : Tanamkan kereta anda di dalam tanah. Walaupun kereta anda
berada di petak parking tetapi pihak berkuasa tidak dapat menyaman
kereta anda kerana ia berada di bawah petak parking atau di dalam tanah.
Cara Kelima : Parkingkan kereta anda di rumah. Dan anda berjalan kaki
saja atau mengambil pengangkutan awam. Done!
Cara Keenam : Beli tiket parking yang harganya taklah mahal sangat pun.
Anda puas hati dengan tips ini atau anda tak puas hati dengan saya? Tak
mengapa jumpa saya lagi dalam Tips Siot. Adios!
Sumber Dari : http://blogyangsiot.blogspot.com/2012/09/cara-elak-kereta-anda-kena-saman.html
Mohon Jangan Dibuang Kredit Ini. Terima Kasih.
Sumber Dari : http://blogyangsiot.blogspot.com/2012/09/cara-elak-kereta-anda-kena-saman.html
Mohon Jangan Dibuang Kredit Ini. Terima Kasih.
Comments
Post a Comment