Dr Hasan bukan lagi ketua pengarah kesihatan

  • Bernama
  • Dis 5 2012
  • DENGAN HARTA SESEORANG AKAN DAPAT TAKHTA DAN WANITA
  • DENGAN TAKHTA SESEORANG AKAN DAPAT HARTA DAN WANITA
  • TETAPI DENGAN WANITA KALAU TIDAK KENA CARANYA MAKA SESEORANG AKAN HILANG HARTA DAN TAKHTA
  •  
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu, kini bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.
  
Menjawab status Dr Hasan yang menjadi tanda tanya, beliau berkata Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 26 Nov lalu memutuskan untuk menggantung kerja Dr Hasan sebagai ketua pengarah kesihatan berkuat kuasa 14 November lepas.
  
"Dr Hasan telah digantung kerja dan sejak itu beliau bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan. Namun, beliau masih seorang penjawat awam," katanya ketika dihubungi di Putrajaya hari ini.
  
Isnin lepas, dalam satu kenyataan, Mahmood berkata mesyuarat SPA telah memutuskan Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang dan ia dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  
Sementara itu, Mahmood berkata Dr Hasan belum mengemukakan surat rayuan atau persaraan awal berikutan penurunan pangkat beliau.
  
"Kalau beliau (Dr Hasan) mahu merayu atau bersara awal, beliau kena membuat permohonan melalui Kementerian Kesihatan," katanya.
  
Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga petugas kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya pada jam 2.18 pagi hari yang sama.

- Bernama

http://www.malaysiakini.com

Kes khalwat: KP Kesihatan Dr Hasan diturun Satu Gred

3 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang iaitu dari gred Turus II ke Turus III.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.  - Bernama


http://www.malaysiakini.com

WOW! Awang Selamat Pertahan Khalwat Ketua Pengarah Kesihatan!


Dijangka satu mesyuarat Lembaga Tatatertib peringkat tertinggi akan bermesyuarat hari ini, untuk menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam Skim Perubatan).

Lembaga Tatatertib tersebut difahamkan terdiri dari :-
        Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Ali Hamsa
        Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (PTD) – Mahmood Adam
        Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KKM  (PTD)

Mereka-mereka ini akan akan menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Hasan Abdul Rahman (gambar kiri) (56 tahun) dan juga pasangannya iaitu jururawat gred U41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (gambar kanan)  (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Enam tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :

      1) diberikan amaran
      2) diturun pangkat
      3) ditahan kenaikan gaji
      4) hilang enrolmen
      5) ditahan kerja
      6) dipecat

Buat masa ini, Hasan Abdul Rahman diarahkan bercuti dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Lokman mengambil alih tugas dan memangku tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan untuk sementara waktu.

Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan pojok Awang Selamat mengharapkan orang ramai dan termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :

       Pertama -  Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab dan telah mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
    
        Kedua - Dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia.
     
        Ketiga - Oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kepada Hasan Abdul Rahman.
     
 Dan paling menarik kenyataan dari Awang Selamat, yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. 

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat?  

Kalau dia maksudkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti nama itu disebutnya.

Adakah dia maksudkan di kalangan pemimpin tertinggi Umno dan BN?
Jika ya mengapa tidak berani tulis di ruangannya sendiri?

Apakah hanya tunggu masa untuk bertindak dan menanti isyarat 'lepaskan' dari ibu pejabat Umno baru terbongkar siapa sebenarnya yang dimaksudkan?

Sekali terlanjur, sampai bila-bila orang akan pandang serong kerana kakitangannya sendiri sudah tidak mampu nak sorokkan muka setiap kali melawat hospital kerajaan di seluruh negara!
http://jalanpulang1978.blogspot.com


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman Khalwat Dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Jururawat Gred41

Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman Khalwat Dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Jururawat Gred41
Kalau sebelum ini bosnya yang buat perangai apabila ditangkap “bersetubuh” dengan pelacur. Sekarang ini anak buahnya pula yang buat perangai di mana menjawat jawatan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang menggantikan Dr. Ismail Merican ditangkap khalwat dengan ……

Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Didenda RM3,000 Kerana Khalwat

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat. Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan. Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi.
Hotel Pullman Putrajaya Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman Khalwat Dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Jururawat Gred41
Bukan ditangkap di Hotel Bajet tetapi……tetapi hotel yang ada “kelasss”. 1 bilik boleh cecah RM300++. Ok sambung lagi laporan berita daripada Bernama…
Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mereka membayar denda itu. Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.
Jikalau perbuatan baling kasut di mahkamah ke arah hakim dikatakan menghina mahkamah dan dijatuhi setahun penjara. Tetapi perbuatan khalwat yang menghampiri kepada Zina yang dilarang oleh Allah S.W.T hanya dikenakan hukuman RM3,000. Denda RM3,000 memberikan satu masalah besar untuk seorang yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kementerian? Iyelah…..inilah yang dinamakan hukuman dunia. Dan tidak hairanlah ramai yang “tidak ambil pusing” hukuman & undang-undang sekarang ini
Gambar Wan Syarifah Nooraazmanita Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman Khalwat Dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Jururawat Gred41Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat. Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya. Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya. Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. – Bernama
Hai…mengapalah mencari yang haram, sedangkan boleh dapatkan yang “halal”. Buat malu sahaja. Seorang Ketua Pengarah dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan yang merupakan Jururawat Gred 41. Umur 36 gred 41. Selalunya jururawat gred 29.  Sister gred 32. Kalau dah lanjut usianya kebanyakan akan dapat naik jadi jadi matron, itupun baru baru dapat gred 36. Mungkin Puan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan merupakan seorang jururawat yang menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah, mungkin sebab itulah beliau dapat gred41.

Persoalannya, adakah kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) akan mendapat Ketua Pengarah (KP) yang baru? Dan…adakah Timbalan Ketua Pengarah (KP), Dr. Lokman akan menggantikannya? Adakah Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan memintanya supaya berundur?
Ketua Pengarah Kesihatan  Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman Khalwat Dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Jururawat Gred41
Apabila membaca berita ini, teringat beberapa skandal peringkat antarabangsa membabitkan beberapa tokoh & pemimpin. Jikalau kita ikut “world international standard”, bersetubuh dengan bukan muhrim terutamanya melibatkan kakitangan bawahannya menjadi satu kesalahan & boleh dipecat.

Masih ingat lagi skandal di World Bank antara Yahudi Wolfowitz dengan Arab Moslem  Shaha Riza??  Tak cukup dengan itu, Ketua kafir CIA pun letak jawatan disebabkan terlibat dengan skandal seperti ini. Walaubagaimanapun, mereka ini tidak boleh lawan bekas Presiden Israel, Moshe Katsav kerana dimasukkan ke penjara kerana didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet (Menteri Pelancongan pada 1998) dan dihukum penjara sehingga 16 tahun.

Walaupun kami tidak faham sepatah perkataan bahasa Hebrew tetapi sidang akhbar yang dilakukannya bagi menafikan dakwaan terhadapnya amat melucukan. Anda boleh cari sendiri videonya. Tetapi…

Tetapi…..apa yang kami ingin tekankan di sini, jangan hanya ambil tindakan kepada kakitangan bawahan dan rakyat marhaen sahaja. Orang-orang atas yang terlibat dengan jenayah & melanggar undang-undang perlulah diambil tindakan yang sewajarnya.

 http://beritasemasa.com/

Semak 6 Lagi Berita Yang Berkaitan DI Sini:

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kerana peristiwa inilah, Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Mac 2013 dan berkhidmat selama 10 tahun! Dia bersara wajib pada 21 April 2023!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog