Skip to main content






Shila Amzah Akui Kesilapan 
 
 
shila
Menyedari kesilapan yang dilakukan di malam Anugerah Industri Muzik (AIM19) sehingga mengundang rasa kurang senang dikalangan peminatnya, penyanyi Shila Amzah menjelaskan dirinya tidak pernah berniat mencetuskan kontroversi dengan mencium tangan kekasihnya, Shaarnaz. 
Pemenang kategori Lagu Terbaik ini menjelaskan apa yang berlaku adalah secara spontan dan tidak pernah dirancang.
 
"Ikhlas saya katakan, semua ini tidak sengaja. Apa yang terjadi, adalah kerana rasa hormat terhadap insan yang saya sayangi semata-mata.
 
"Ketika itu, tiada sesiapa di sisi saya kecuali Shaarnaz dan tanpa dapat mengawal diri, saya rasa perlu berkongsi kemenangan tersebut bersamanya," jelas penyanyi berusia 22 tahun ini.
 
"Saya sudah pun memohon maaf di atas apa yang berlaku, saya harap mereka menerimanya dengan baik.
 
"Memang ramai yang melahirkan rasa kecewa mereka kerana tindakan saya. Insya-Allah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog