- Get link
- Other Apps
Tujuh Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami
Sesungguhnya,
beruntung menjadi seorang isteri, kerana diberikan ruang dan peluang
yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga. Dosa isteri dah la
ditanggung oleh si suami, dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di
sisi Tuhan apabila mereka juga bergelar ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.
Namun, terdapat hadis yang mengatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah dari kalangan perempuan. Mengapa boleh berlaku?
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.
Jadi,
di sini saya kongsikan tentang tanda-tanda isteri derhaka. Ia sebagai
buat renungan dan ingatan, agar isteri berupaya mendapat tempat
tertinggi di sisi Tuhan dan suami. Dan buat para suami, jangan
dilepaskan tanggungjawab, anda perlu memimpin mereka yang sepatutnya
anda pimpin.
Terdapat 7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya
-Menghina atau mengumpat suami
-Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
-Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
-Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
-Membenci kegemaran suami
-Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
-Mengungkit-ungkit janji suami
Wahai pembaca Yang bergelar isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri
adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah
tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si
suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
RENUNG-RENUNGKAN
Yusup Kamaruddin
Kita
jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk
merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya
mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang
isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami.
Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh
diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan
dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:
“Aku
pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke
atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri
ialah suaminya”.
Kemudian
aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas
suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang
suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:
“Sekiranya
aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain
nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika
ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami
dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu
hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian
itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau
nusyuz.
Apakah
ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui
semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar
daripadanya.
Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan
ahli neraka ialah wanita.
Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”
Baginda
menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.
Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih
belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
“Kebanyakan
ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah
mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”
Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan
lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang
disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Ibnu Asakir pula menyebut:
“Apabila
seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau
merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala
pahala amalan kebajikannya.”
2. Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
”
Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu
berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia
(suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah
denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
3. Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Tidak
boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada
dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang
lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
4. Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila
perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat
oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain
daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh
Thabarani di dalam al-Awsat)
5. Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Mana-mana
isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang
dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan
Tirmizi)
6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya
sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam
laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian
sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan
buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan
manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
Ketahuilah
wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi
isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada
perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH
KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas
untuk ke syurga yang Allah berikan kepada isteri itu dengan hanya
menjaga solat, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami.
Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud;
“Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.”
Sabda baginda lagi…
“Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di
kehendaki dengan tidak berhisab.”
Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipacung .
Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud :
“Dan
Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman
iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah
untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd
kaum yang zalim.”
Permohonan
Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah perintahkan kepada
malaikat : “Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan
permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya
didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga,
istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik
di dalam syurga.”
Wallahu’alam.
Membiarkan
orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah
sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap
sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia
pendorong dan motivasi dalam menuju kepada ketinggian akhlak.
http://wirajiwa.bumicyber.com
Tujuh Tanda Isteri Derhaka Kepada Suami
Jadi,
di sini saya kongsikan tentang tanda-tanda isteri derhaka. Ia sebagai
buat renungan dan ingatan, agar isteri berupaya mendapat tempat
tertinggi di sisi Tuhan dan suami. Dan buat para suami, jangan
dilepaskan tanggungjawab, anda perlu memimpin mereka yang sepatutnya
anda pimpin.
Sesungguhnya,
beruntung menjadi seorang isteri, kerana diberikan ruang dan peluang
yang maha luas untuk mendapat tempat di syurga. Dosa isteri dah la
ditanggung oleh si suami, dan si isteri pula diberikan tempat tinggi di
sisi Tuhan apabila mereka juga bergelar ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, begitulah nilai seorang ibu buat anak-anak.
Namun, terdapat hadis yang mengatakan bahawa ramainya penghuni neraka adalah dari kalangan perempuan. Mengapa boleh berlaku?
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.
Terdapat 7 tanda-tanda yang si isteri menderhaka kepada suaminya
-Menghina atau mengumpat suami
-Menghina atau mengumpat suami
-Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
-Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
-Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
-Membenci kegemaran suami
-Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
-Mengungkit-ungkit janji suami
Wahai pembaca Yang bergelar isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
-Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
-Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
-Membenci kegemaran suami
-Menjadi pressure atau tekanan kepada suami
-Mengungkit-ungkit janji suami
Wahai pembaca Yang bergelar isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri.
RENUNG-RENUNGKAN
Yusup Kamaruddin
Kita
jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk
merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya
mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang
isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami.
Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh
diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan
dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:
“Aku
pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke
atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri
ialah suaminya”.
Kemudian
aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas
suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang
suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:
“Sekiranya
aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain
nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Jika
ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami
dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu
hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian
itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau
nusyuz.
Apakah
ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui
semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar
daripadanya.
Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan
ahli neraka ialah wanita.
Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”
Baginda
menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.
Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih
belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
“Kebanyakan
ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah
mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi
demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”
Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan
lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang
disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Ibnu Asakir pula menyebut:
“Apabila
seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau
merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala
pahala amalan kebajikannya.”
2. Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
”
Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu
berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia
(suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah
denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
3. Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Tidak
boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada
dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang
lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
4. Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila
perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat
oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain
daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh
Thabarani di dalam al-Awsat)
5. Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:
“Mana-mana
isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang
dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan
Tirmizi)
6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Apabila
memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya
sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam
laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian
sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan
buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan
manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
Ketahuilah
wahai isteri sekalipun seseorang suami itu kejam atau jahat HARAM bagi
isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada
perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH
KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas
untuk ke syurga yang Allah berikan kepada isteri itu dengan hanya
menjaga solat, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami.
Sebagaimana Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud;
“Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.”
Sabda baginda lagi…
“Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di
kehendaki dengan tidak berhisab.”
Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipacung .
Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yg bermaksud :
“Dan
Allah mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang2 yang beriman
iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : “Tuhanku, binalah
untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku drpd
kaum yang zalim.”
Permohonan
Asiah diperkenankan oleh Allah S.W.T, lalu Allah perintahkan kepada
malaikat : “Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan
permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya
didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga,
istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik
di dalam syurga.”
Wallahu’alam.
Membiarkan
orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah
sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap
sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia
pendorong dan motivasi dalam menuju kepada ketinggian akhlak.
http://wirajiwa.bumicyber.com
Comments
Post a Comment