untaian rasa dikongsi bersama....


HATI bimbang?
JIWA semakin KACAU?
FIKIRAN semakin MELAYANG?

AKAL semakin KEHAUSAN?


HATI ingin mencari KETENANGAN?

JIWA inginkan PEDOMAN?

FIKIRAN inginkan KELAPANGAN?

AKAL inginkan PANDUAN?


RAMAI orang harini jiwanya semakin GUNDAH, hidupnya terasa KOSONG, fikirannya semakin BINGUNG, hatinya semakin MATI, akalnya semakin TUMPUL...


PUNCANYA bilamana DUNIA diperTUHANKAN, Allah diketepikan, HARTA menjadi SANTAPAN, NAFSU menjadi RAJA...


maka hilanglah IMAN, ROSAKLAH kefahaman, AGAMA diketepikan, munculah KESESATAN, yang HALAL jadi HARAM, yang HARAM jadi HALAL, itulah petanda ROSAKNYA iman...


salah satu ubat untuk MERAWATNYA adalah dengan membuat satu CIRCLE, lutut bertemu lutut, muka saling berpandangan, dibuat ibarat rangkaian rantai yang bersambung antara satu sama lain, maka disitu terwujudlah satu JALINAN UKHWAH...


barulah dijalankan proses rawatan HATI yang MATI tadi...


antara ALASAN yang sering kali diberikan oleh mereka yang inginkan tetapi menganggap diri TIDAK layak hendak melakukannya..


-segan

- hendak berCIRCLE mesti diMASJID

-hendak berCIRCLE mesti KENA pakai JUBAH/TUDUNG LABUH/KOPIAH/ SERBAN

-hendak berCIRCLE mesti tahu BERTAZKIRAH

-AK TAK PANDAI cakaplah

-boleh ker aku JOIN

-TAK TAU nak cari kat mana

- susahlah

-malaslah

-buang masa

-takde masa


itu pengalaman sebelum aku kenal apa itu CIRCLE....


WAHAI SAHABAT... sebenarnya aku dahulu juga seperti kamu, KEHAUSAN untuk mencari AGAMA, tetapi aku mula berjinak-jinak dengannya setelah aku mengenalinya, hati ku menjad begitu TENANG, terasa DAMAI dihati, dan sekarang aku ingin kongsikan tips paling MUDAH dan FLEXSIBLE untuk menghasilkannya, carilah dua tiga sahabat yang inginkan perubahan seperti kita, tidak perlu berjubah atau berserban asalakan niat untuk melakukannya ada, tidak perlu bersusah payah ketempat2 seperti surau atau masjid, dimana2 sahaja kita boleh melakukan even dibawah pokok, dalam kereta, taman, tepi tasik dan dimana2 sahaja.... X PANDAI BERCAKAP bukan alasan untuk tidak pandai bertazkirah, LUAHKAN apa yang tersirat dihati untuk BERUBAH kearah ILAHI, insyallah lidah akan menjadi LANCAR selancar air yang mengalir, X RETI BERI NASIHAT, itu bukan alasan, tetap berceritalah TENTANG INGIN BERUBAH DAN MENGKOREKSI DIRI, itulah nasihat YANG PALING suci lagi IKHLAS KELUAR DARI lubuk hati...


nak tau apa itu circle??? ianya adalah USRAH, majlis KECIL yang dijana atas kesedaran dari hati untuk mengigati RABBI dikala sepi dan hepy... salah satu rantai menguat ROHANI dan JATI DIRI...


iman itu adakalanya NAIK dan adakalanya TURUN... so camne nak RECHARGE ur iman...inilah salah satu jalannya... ianya adalah KUNCI terbinanya ukhwah dan kekuatan umat islam semenjak dari zaman Rasullah...


tapi SAYANG harini ramai yang terlupa dan melupakannya... ayuhlah sama-sama kita menghidupkan majlis ini kembali agar hilang semua masalah penyakit hati yang semakin MENULAR dalam diri...


Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya para malaikat mengembangkan sayap-sayapnya kepada para penuntut ilmu, kerana redha dengan apa yang dilakukannya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Comments

Popular posts from this blog