Posts

Showing posts from October, 2012
Image
Lagi kajian naikkan gaji penjawat awam  October 31st, 2012 Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat. “Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh. Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat man
Image
BATU PUN AMAT TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T. Andai kita tidak takut pada kebesaran Allah S.W.T, maka kita patut rasa malu. Malu dekat siapa? Kita patut malu pada ciptaan-ciptaan Allah S.W.T yang lain. Mereka amat takutkan Allah S.W.T. Mereka amat gementar dengan keagungan dan kekuasaan Allah S.W.T. Sementara manusia, terus menerus tenggelam dalam lautan dosa dan maksiat, walhal ke atas pundak merekalah diamanahkan kekhalifahan bumi. Sebagai khalifah yang diamanahkan, manusialah yang sepatutnya lebih takut dan gerunkan Allah S.W.T. Firman Allah yang bermaksud: “ Sesungguhnya Kami bentangkan AMANAH kepada langit dan bumi dan bukit bukau, tetapi semuanya tidak mahu memikulnmya kerana takut kepadanya, walhal manusia memikulnya; ia zalim lagi jahil (bila ia mengkhianati amanah dalam hidupnya )” (Surah Al Ahzab ayat 72). Yang berlaku sebaliknya, ciptaan-ciptaan Allah yang lain pula (yang bukan khalifah Allah di muka bumi) yang amat takut kepada Allah. Batu yang sifatnya
Integriti dan kewibawaan?    Manusia bukan sahaja bodoh lagi jahil, tetapi jahat dan zalim. Seorang raja Mesir yang berminat dan berkahwin dengan isteri orang dianggap oleh semua manusia masa itu dan kini sebagai jahat sejahat raja. Raja itu juga dilabelkan sebagai zalim dan maha zalim, kerana berminat dengan isteri orang lain, sedangkan banyak perempuan lain yang harus dijadikan isterinya. Islam larang pinang tunang orang, apa pula menmgambil isteri orang lain. Manakala bodoh dan jahil biasa sahaja. Demikian juga gila. Setiap manusia mengidap sakit gila, kecuali Allah sahaja yang tidak gila. Gila harta, gila pangkat, gila kuasa.gila mengampu sanggup cium tangan pemimpin yang zalim, sedangkan ibu bapa dan ulamak sahaja yang wajar dicium. Mereka ini yang dianggap bodoh, kerana gila, gila itu akan membuat mereka berlaku zalim.termasuk tergamak membunuh nyawa yang tidak berdosa. Termasuk zalim pada diri sendiri atau dengan kata lain mereka mencampakkan diri me
MANUSIA ITU ZALIM LAGI JAHIL Tadi seorang sahabat hantar sms ajak sama-sama solat hajat isnin ini. Dia buka satu agensi takaful di pekan BJ ini. Satu usaha yang baik dan perlu disokong kerana dapat memberi alternatif kepada umat Islam. Moga kesedaran umat akan bertambah untuk memilih sistem takaful dan meninggalkan insurans konvesional . Sekarang ini masih ramai lagi umat Islam yang melanggan insurans konvesional kerana tidak tahu ia adalah satu produk yang haram di sisi Islam. Ada juga yang tahu haram tapi masih menzalimi diri sendiri kerana tidak mahu berhenti dan bertukar kepada produk takaful yang berbagai jenis di pasaran sekarang ini. Benarlah kata Allah di dalam Al Quran “……. sesunguhnya manusia itu zalim lagi jahil.” ( Al-ahzab 72 ) 1. Zalim, sebab dah tahu tapi masih ingkar perintah Allah 2. Jahil, sebab tidak mahu belajar menyebabkan melakukan perkara yang ditegah agama da
Image
KULIAH USTAZ Yunus   Ketaranya beza ilmu terperinci dan ilmu yang hanya 'ingat-ingat' KELAS DUNIA JIN  
Image
UFB Beri Amaran Kepada Chua Soi Lek & Karpal Singh     
Image
Kenapa TS Syed Mokhtar Al Bukhary Cakap Jihad Untuk Beli Proton Dan Gardenia? "Pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah Jihad saya untuk bangsa MELAYU yang beragama ISLAM" 1. Dalam satu pertemuan dengan TS Mokhtar Al-Bukhary, beliau pernah berkata bahawa pengambilalihan Gardenia dan Proton bukanlah satu langkah yang 'financially strategic', tetapi ini adalah jihad beliau untuk Bangsa Melayu yang beragama Islam. 2. Mengapa bukan satu pengambilalihan yang tidak 'financially strategic'? 3. Kita semua tahu bahawa bebanan untuk mengambil alih kedua-dua syarikat ini tidak akan memberikan satu pulangan yang lumayan kepada beliau. 4. Tetapi apakah yang ada pada Gardenia dan Proton sehinggakan beliau mengatakan bahawa itu adalah satu Jihad? Gardenia Kempen Boikot Gardenia yang pernah panas di FB satu ketika dahulu  1. Sebelum Gardenia diambil alih
Image
Sungai 5 Warna - Sungai Tercantik Di Dunia - Agungnya Ciptaan Allah S.W.T. Cantik! Terkesima Keris melihat keindahan ciptaan Allah ini. Dinamakan sungai itu dengan nama Cano Crystals, ia telah diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.  Cano Crystals ini terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Sebuah negara bersebelahan dengan Venezuela Mengapa Cano Crystals dicatatkan sebagai sungai yang tercantik walhal keadaannya sama dengan kebanyakan sungai-sungai lain yang ada di seluruh dunia? Kerana keindahannya wujud untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau. Di mana sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang membuatkan sungai ini kepada kelihatan cantik disinari lima warna dengan pelbagai corak serta warna yang berbeza-beza.  Biarpun mempunyai alga yang banyak, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak. Membuatkan warna alga timbul lebih-lebih lagi apabila disinari dengan sinaran matahari. Ada rasa
Image
Biografi Syaitan judul: Biografi Syaitan penulis: Dr. Ahmad H Sakr penerbit: inteampublishing harga: RM18.00 halaman: 210 Syaitan ialah musuh yang nyata bagi manusia meskipun kita tidak dapat melihatnya. Syaitan sentiasa berusaha menyelinap ke dalam hati manusia untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dan waswas. Disebabkan syaitan dilaknat hingga ke hari kiamat dan sudah pasti akan masuk neraka, syaitan tidak akan jemu menghasut manusia untuk menjadi sekutunya. Buku banyak menukilkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan syaitan dan iblis. Oleh sebab itu ia dapat membantu kita memahami dengan lebih jelas jika menemui dan membaca ayat-ayat berkenaan di dalam al-Quran. Dikatakan bahawa anak-anak syaitan ialah: 1. Tsabr – menggoda manusia supaya membuat maksiat ketika berada dalam kesedihan atau kesusahan. 2. A’war – menghasut manusia supaya mendekati zina dan melakukannya dengan apa cara sekalipun. 3. Miswath – menyampaikan berita
Image
‘BUSJAKET YANG SELALU DILIHAT’       Seperti kebanyakan pemimpin yang hebat, Tun Razak pada dasarnya mencapai kejayaan atas daya usaha beliau sendiri.  Bapa beliau ialah seorang pegawai daerah, jawatan yang dianggap tinggi dan dihormati pada zaman pemerintahan Inggeris.  Namun, ini tidak bermakna beliau hidup dalam kemewahan.  Latar belakang beliau yang serba sederhana dan kepintaran beliau telah mendorong beliau meletakkan nilai yang tinggi untuk diri beliau dalam mencapai matlamat hidup.  Akhirnya, beliau berjaya menjadi seorang pemimpin politik yang amat dihormati di Malaysia dan di rantau ini semasa era pembangunan Negara dari tahun 1954-1976.   Di bawah pemerintahan rejim British, tidak ramai pelajar Melayu diberikan hak istimewa untuk berpendidikan tinggi.  Hanya pelajar yang benar-benar pintar dan bertuah sahaja dianggap layak mendapat biasisw
Image
KENAPA MASUK ISLAM PERLU BERSUNAT? Bukankah Allah menciptakan manusia sebagai makhluk paling sempurna? Kenapa perlu disunat? Bukankah ini membuktikan bahawa manusia diciptakan tidak sempurna? Ada bahagian yang perlu dibuang bukan bermakna ciptaan Allah tidak sempurna sebagai contoh kita sentiasa memotong kuku dan rambut, adakah ini bermakna Allah menciptakan manusia tidak sempurna? Pembuangan bahagian tersebut untuk memudahkan kita menjaga kebersihan. Sebelum kita men e rangkan tentang kenapa perlu bersunat? Perkara pertama yang perlu kita terangkan bahawa apa itu sunat dan bahagian mana yang dibuang? Kebanyakan bukan Islam tidak faham bahagian mana yang dibuang sehingga sangat takut bersunat. Terangkan kepada mereka bahawa hanya hanya kulit di bahagian hujung alat lelaki sahaja yang dibuang. Gambar di atas menunjukkan cara sun a t yang salah sebab semua kulit alat lelaki dibuang, hanya dibuang sedikit sahaja bahagian kulit hujung sampai batas lekukan
Image
Superstorm Sandy: live At least 16 dead across the US east coast and Canada as superstorm Sandy, a former hurricane, causes widespread flooding and power cuts. New York taxis are stranded on a flooded street in Queens   Photo: Xinhua /Landov / Barcroft Media By Jessica Winch , London, Raf Sanchez in Washington, Mark Hughes in New York, James Orr in New Jersey and Amy Willis, in Los Angeles 2:15PM GMT 30 Oct 2012 Tweet @jswinch or email jessica.winch@telegraph.co.uk if you are affected by superstorm Sandy. • Obama declares 'major disaster' in New York state • US & Canada death toll climbs to at least 17 • Around 7 million people without power • Alert at Oyster Creek nuclear power plant • Fire rips through Queens destroying 50 homes • Levee breaks in New Jersey causing evacuations • One HMS Bounty sailor dead, other missing Latest 14.25 (10.25) Governor C