Posts

Showing posts from January, 2015
Image
Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari    bila manusia dimanjakan penyakit hati   berpegang dgn Al Quran marah pakai Iphone dasuki
Image
Ustaz Fadzil : Peluk K-Pop & Fitnah Dajal   1   2   3   4   5  
Image
LUAHAN SAYU HATI PENJAWAT AWAM, BPH PUNCA RUMAH/BILIK SEWA DI PUTRAJAYA NAIK HARGA MENDADAK Tahun ini dah genap 10 tahun aku tinggal di Putrajaya. Alhamdulillah kerana aku antara orang yang terawal tinggal di Putrajaya, aku dapat kuarters. 10 tahun yang lalu, aku hanya sewa bilik single, tak berkongsi dengan harga RM125 sebulan. Apabila kerja dah stabil, aku mohon kuarters dan dapat. Mungkin pada masa itu tak ramai yang tinggal di Putrajaya. Jadi, senanglah dapat. Zaman-zaman itu, rumah sewa di Pangsapuri Putra Harmoni (Flat Hijau) dan Putra Damai, bawah RM600 pun boleh dapat kalau pandai negotiate. Namun, sekarang (2015) nak cari rumah bawah RM900 pun sangat susah. Bilik sewa single room berkongsi pun harga di antara RM250 - RM500, bergantung kepada apa yang ada di dalam rumah itu. Puncanya? Tak salah kalau aku kata Bahagian Pinjaman Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri punya undang-undang dan penguatkuasaan adalah lemah. BPH gagal mencari sistem yang lebih se
Indah Khabar Indah khabar dari rupa – frasa yang sering dikaitkan dengan keadaan di mana apa yang nyata tidak seperti yang dinyatakan. Dalam perkataan lain – kita tertipu. Keadaan ini mungkin kita kata sering berlaku dalam aktiviti pemasaran terutamanya pengiklanan (bukan semua tetapi kebanyakannya). Cuba semak saja iklan – sama ada bercetak mahupun elektronik – ia begitu memikat dan menyakinkan namun apabila kita mendapatkan (membeli) barangan atau perkhidmatan yang diiklankan itu, baru kita sedar apa yang dinyatakan indah khabar dari rupa. Dalam hubungan sosial pula, senario sebegini sebaik mungkin kita cuba elakkan dan kita berasa amat tidak suka menghadapinya. Kita berasa bukan sahaja tertipu malah berasa dikhianati apabila seseorang itu bersikap indah khabar dari rupa. Dalam interaksi professional seperti dalam dunia pekerjaan, senario indah khabar dari rupa membawa implikasi yang besar dalam pencapaian matlamat dan p
Image
Beratnya Dosa Lalu Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersembahyang   Beratnya Dosa Lalu Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersembahyang Oleh: Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa   Apabila kita memerhatikan gelagat masyarakat Islam dalam negara kita ketika dalam masjid, maka sering kita terlihat perbuatan lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang. Tanpa rasa bersalah, malah dengan bangga pula boleh lalu di hadapan orang yang sedang bersembahyang. Nampaknya, perbuatan ini semacam menjadi kebiasaan dan tidak dianggap salah. Tidakkah pernah terlintas dalam fikiran kita, apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang sedang bersembahyang itu. Adakah dia sengaja berdiri? Tidakkah kita tahu bahawa seorang yang sedang sembahyang itu sedang bermunajat dengan Tuhannya.   Pernahkah kita mendengar hadis Nabi Muhammad yang dilaporkan oleh Anas bin Malik, "Seseorang yang sedang sembahyang itu sebenarnya sedang bermunajat kepada Tuhannya. O
Image
Duit Berjuta dalam Bank Milik Allah Mu tahu Dok - Ustaz Azhar Idrus Terbaru 2015      aurat  jgn lupa kumpul harta ambang pondan insaf cara baru (SERIUS) Jangan Ngade Mu Ikut Gaya Kafir - Ustaz Azhar Idrus 2015    BERKABUNG DALAM ISLAM  
Image
MALAIKAT   Berjenis-Jenis Kejadian Malaikat - Ustaz Kazim Elias   Ujian dari Munkar dan Nakir Pengalaman bertemu Malaikat Maut   1
Image
Menguap?Bila Wajib dan Bila Makruh serta Bila Haram? Apakah sekecil-kecil perkara yang boleh dijadikan contoh? Katalah menguap. Itu satu contoh yang sangat kecil, Bagi sesetengah orang menguap hanyalah soal remeh. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Menguap itupun tertakluk pada lima hukum. Menguap boleh jadi wajib, boleh jadi haram, sunat, makruh atau harus. Bagaimana ya? • Menguap jadi WAJIB sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk... menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (di khalayak ramai atau di majlis-majlis tententu), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (jatuh pengsan atau sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya, perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh dosa. • Menguap jatuh HARAM sekiranya kita pura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang