Posts

Showing posts with the label aurat
Image
KENAPA AURAT PERLU DIJAGA.....!!!!! by Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk on Friday, January 21, 2011 at 11:37pm  AKenapa wanita Islam wajib menutup aurat? Dia yang menciptakan kita, maka Dialah yang berhak mengatur segalanya. Janganlah kita terlalu banyak mempersoalkan perintah yang telah ditetapkanNya, meremehkannya dan membelakangi perintahNya. Setiap perkara yang ditegah ada hikmah disebaliknya. Firman Allah swt :Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al- Baqarah 286)Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha ...
Firman Allah S.W.T dan Hadith - Hadith Rasulullah S.A.W Mengenai AURAT WANITA. Firman Allah S.W.T : “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." [Surah Al-A’raaf : Ayat 26] 1. BULU KENING -- " Rasullulah S.A.W melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." [Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.] 2. KAKI (Tumit kaki) -- Firman Allah S.W.T : " Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.)" [Surah An-Nur:31]. 3. WANGIAN -- " ...
Image
Menutup Aurat MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat. JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menu...
Image
Cara Yahudi Membogelkan Wanita Islam Tahukah kita macam mana taktik Yahudi untuk menghancurkan Umat Islam? Sedar atau tidak sebenarnya Yahudi sudah lama berusaha menghancurkan Islam. Pelbagai cara dan taktik yang digunakan oleh Yahudi dari dulu hingga kini. Melihat dunia sekarang susah untuk membezakan yang mana Islam dan yang mana kafir kerana watak Umat Islam hampir sama dengan orang kafir laknatullah. Mula-mula tertutup kemas tak nampak muka. Semuanya tertutup dan terjaga dari pandangan bukan muhrim. Terbuka sedikit sehingga nampak mata. Sangat ayu. Buka lagi dan nampak keseluruhan wajah cantik berseri Si Lisa Surihani. Senyuman yang menawan sudah pasti menambat hati si jejaka. Ikut fesyen katakan, buka lagi sampai nampak tengkuk. Nampak aurat kan? Tapi kenapa pakai macam ni? Buka sedikit sehingga nampak rambut atau jambul. Adakah aurat ini ditutup sepenuhnya? Sudah pasti tidak kan? Buka lagi dan tunjuk dada pulak. Apa perasaan lelaki bila tengok ga...
Image
  Re: Pemakaian Tudung/Penjagaan Aurat...Ikut Hukum atau Sekadar Ikut Peraturan...?    socrates on Fri Jan 30, 2009 11:27 am Sebagai panduan hidup Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg tidak menutup aurat ...
Image
Analisa Tarikh Lahir Tahu Masa depan 25 Jan SOALAN Assalamualaikum, ustaz…… apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih. JAWAPAN Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :- a) Al-Quran b) Hadith Sohih dan Hasan c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah) Tanpa ketiga-tiga...