KETUA JABATAN PERLU BERANI TERIMA PRODUK INOVASI
|
||
| Oleh: Prof. Madya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah | IKLAN | |
TIDAK guna apabila ketua jabatan berbangga
dengan sejarah
silam pengalaman mereka bekerja tanpa melaksanakan satu perubahan mengikut peredaran zaman. Akhirnya hanya kata-kata sahaja, berpengalaman membuat itu dan ini tetapi tahap pencapaian masih lagi di tahap lama.
Bertambah malang lagi ada yang menjadi ketua
jabatan
tetapi meneruskan sahaja apa yang diwarisi tanpa
mempunyai
keinginan membuat sesuatu yang baru. Inilah yang banyak berlaku sekarang ini. Banyak juga ketua jabatan yang hanya menunggu arahan sahaja. Sangat berbangga apabila turun arahan dan melaksanakan apa yang diarahkan.
Adalah bertambah buruk lagi ada ketua jabatan
yang
langsung tidak mahu mendengar perubahan yang dicadangkan oleh kakitangan bawahan. Kalau ada perubahan yang dicadangkan, hanya akan diberi pandangan negatif dan di perlekehkan. Malang jika ada organisasi yang mempunyai ketua jabatan yang berperwatakan begini.
Sangat banyak juga ketua jabatan yang tidak
mahu
langsung menerima idea kreatif atau produk inovasi untuk menambahkan kecekapan jabatan yang di ketuai. Jika ada produk inovasi yang diperkenalkan, soalan pertama yang akan ditanya sama ada ada orang lain atau jabatan lain yang telah menggunakannya?
Lucu juga pertanyaan ini, jika ada jabatan yang
telah menggunakannya. Sudah tentu produk ini bukanlah produk inovasi. lagi Sikap menanti orang lain telah menggunakannya adalah sikap yang tidak baik. Sikap ini adalah menjadi pengguna sahaja bukan ingin menjadi seorang ketua yang ingin membuat perubahan dengan melaksanakan sesuatu yang baru.
Mungkin ketua jabatan jenis ini takut
menanggung risiko
kalau apa-apa terjadi nanti. Ketua jabatan ini memilih jalan selamat untuk meneruskan karier cari makan. Banyak didapati sekarang ini jabatan kerajaan yang langsung tidak ada perubahan dari segi penerimaan teknologi dalam melakukan kerja seharian. Ketua jabatan berbangga dengan apa yang ada dan diwarisi tidak diketahui sama ada ketua jabatan ini tidak suka perubahan atau tidak mahu bersusah paya untuk memberi penerangan kepada pegawai atas atau tidak mahu meminta kelulusan dari pegawai yang lebih atas.
Buat apa-susah untuk meminta kelulusan itu dan
ini.
Tunggu sahaja arahan dari pihak atasan. Ini lebih mudah. Kalau minta kelulusan pun belum tentu dibenarkan, lebih baik teruskan apa yang ada sementara menunggu arahan perubahan dari ibu pejabat atau pegawai atasan. Kaedah ini lebih popular apa yang dikatakan arahan “top to bottom”. Sudah tentu mudah dilaksanakan, tidak perlu minta kelulusan itu dan ini. Kalau nak buat peruntukan perlu disediakan, kalau nak buat benda baru banyak sangat karenah perlu dihadapi.
http://www.mhi.com.my/motivasi.html
| ||
http://www.yasni.com/ext.php?url=http%3A%2F%2Fcharleswelty.net%2Fislam%2Fcommentary%2Fsura018.htm&name=Dewi+Zinatul+Hayati&cat=filter&showads=1 The Cave (Al-Kahf) In the name of Allah, Gracious, Merciful. 1 Praise be to Allah who has sent to His servant the book and has allowed therein no crookedness. 1 2 He has made it straight and clear, in order that He may warn the godless of a terrible punishment from Him, and that He may give glad tidings to the believers who work righteous deeds, that they shall have a goodly reward. 3 Wherein they shall remain forever 4 Further, that He may warn those who say “Allah has begotten a son.” 2 5 No knowledge have they of such a thing nor had their fathers. It is a grievous thing that issues from their mouths as a saying. What they say is nothing but falsehood! Bismillahi Rahmani Rahim 1 Al hamdu lillahi lazi anuzala alla abudihil kitaba wa ...
Comments
Post a Comment