Tip Hidup Sihat dan Panjang Usia | ||
Apakah yang mungkin membolehkan anda hidup lebih lama dan sihat?
Mungkinkah ia semata-mata keturunan?.. atau sesuatu boleh dilakukan bagi
menempah tiket untuk suatu kehidupan yang lebih baik.
Pada tahun 2009, satu kajian
terhadap 20,000 rakyat Britain yang diterbitkan di dalam the
British Medical Journal
pernah menunjukkan bahawa seseorang itu boleh mengurangkan risiko penyakit
strok hanya dengan melakukan empat perkara, iaitu menjadi aktif selama 30
minit setiap hari, makan buah-buahan dan sayur-sayuran, elakkan daripada
merokok dan tidak minum (kurangkan - dalam laporan itu)
alkohol.
Usaha di atas boleh jadi mampu
membantu mengatasi beberapa masalah dengan penyakit lain juga. Demikian juga,
pastinya banyak lagi ikhtiar lain boleh dilakukan seperti dengan cara
mengambil Ginseng atau akar-akar kayu bagi mempastikan kita sentiasa sihat,
ceria dan bertahan lama.
Bagaimanapun, di dalam satu laman
web terdapat satu artikel menarik yang memberi informasi bahawa terdapat 11
Tip Amalan Kesihatan yang boleh membantu kita hidup sehingga 100 tahun.
Artikel itu disiarkan pada bulan Januari 2012 (artikel oleh
Deborah Kotz) dengan sedikit penyesuaian
daripada artikel asal yang pernah diterbitkan pada 20 Februari 2009.
Secara ringkas, tip-tip itu meliputi
perkara-perkara berikut:
1. Hendaknya
kita jangan bersara (pencen)
awal. Mengikut
Luigi Ferrucci, Pengarah Baltimore Longitudinal Study of Aging, "Bukti
menunjukkan bahawa di dalam masyarakat di mana penduduknya berhenti kerja
dengan tiba-tiba, insiden obesiti dan penyakit kronik melonjak selepas
bersara".
2. Flos dan berus gigi setiap hari (ingat,
bersugi juga amalan Rasulullah s.a.w.). Dikatakan bahawa kajian daripada
Universiti New York pada tahun 2008 menunjukkan flos setiap hari dapat
mengurangkan penyakit gusi yang menjadi punca kehadiran bakteria di dalam
mulut. Dengan ketiadaan bakteria memasuki salur darah dan menggalakkan
inflamasi di dalam arteri, maka kita dapat mengurangkan risiko penyakit
jantung. Sementara ada kajian lain mengatakan bahawa mereka yang mempunyai
banyak bakteria di dalam mulut cenderung mendapati arterinya menebal.
[Cancer
and Age: Why We May Face a Tradeoff Between Cancer Risk and Aging]
3. Sentiasa beriadah. Kata Dr. Jay Olshansky
seorang Profesor Perubatan dan penyelidik penuaan daripada University of
Illinois Chicago, "Senaman adalah satu-satunya medan tenaga muda sebenar
yang wujud."
4. Bersarapanlah dengan makanan atau
bijian yang kaya dengan fiber atau serat. Ini dapat membantu warga tua
mempunyai kandungan kadar gula yang stabil dalam darah. Justeru, berasaskan
kajiannya, Luigi Ferrucci juga mengatakan "Mereka yang mengamalkan (diet)
ini mempunyai insiden diabetes yang lebih rendah".
[Could
Getting More Fiber Help You Live Longer?]
5. Tidurlah sekurang-kurangnya
enam
jam sehari. Dikatakan bahawa mereka yang hidup sehingga seratus tahun
biasanya meletakkan tidur sebagai prioriti. [10
Ways to Get Better Sleep (and Maybe Cure Your Insomnia)]
Kami harap ke lima-lima tip di atas sudah cukup
bagi membantu anda menyusun semula tabiat harian atau amalan sehari-hari.
Semoga kita semua semakin sihat, semakin panjang usia, dan semakin banyak
amal
|
BOMOH HAJI JAMIL KG GANGSA, DURIAN TUNGGAL, MELAKA Penawar Batu Karang Hempedu dan lain-lain penyakit Salam pagi Jumaat Hari baik2 ni nak ler berkongsi dgn u all pasal penyakit batu karang yer kot2 ada yang mencari2 perubatan tradisional meh sini I nak share mende2 baik ni kita kena kongsikan bersama Pagi2 buta sebelum suboh dah tercongok kat sini bukan aku yang sakit temankan ajer sebab kesian sakitnya dah teruk sgt sampai nak kena buat operations So sebagai mencari alternatif lain tak salah rasanya kalau nak mencuba rawatan tradisional cuma aku tekankan kat sini kalau bomoh yang pakai jampi serapah contoh cam kemenyan tu sorilah dah sah2 aku sendiri pun tak percaya khurafat lagi (baru jer feeling2 nak bodek Mr Y pi tengok citer khurafat..tp ada blogger kata tak serem punnn...cancell) So kalau korang pi sini tak perlu bawa air...botol beli jer kat sini...yang besar tu harganya RM2 ... so kami beli dua sebab apa aku expla...
Comments
Post a Comment