MAHATHIR BIDAS KERAS KERAJAAN NAJIB RAZAK KERANA NAIKKAN HARGA PETROL RON95 DAN DIESEL SEBANYAK 20 SEN SELITER.



Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Beliau yang menegur melalui laman twitter menyatakan kerajaan seharusnya menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bukannya mengurangkan subsidi secara mendadak.

"Hentikan BRIM bukan kurangkan subsidi Petrol dan Diesel secara mendadak untuk tampung perbelanjaan negara," tulis beliau melalui twitter Mahathir Mohamad@Suara_generasi malam ini.

Tambahnya, keputusan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel itu mengakibatkan kos sara hidup meningkat dan membebankan rakyat.

"Kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup dan harga barang serta membebankan rakyat," ujar beliau lagi.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Berikutan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.

9 comments:

  1. salam,
    apa kata tun mahadir adalah betul! tindakan kerajaan skrg hanya akan menyebabkan rakyat semakin tertekan malah pru14 nanti pasti milik pakatan kecuali pru tipu bulat2 maka pakatan masih juga kalah tetapi rakyat malaysia pasti juga tak berpuas hati jadi rakyat akan turun ke jalanraya macam apa yg terjadi kat thailand sebelum ini begitu juga taiwan dan hongkong . maka inikah apa yg mrk mahu ????
    kalau perintah tak pandai memerintah maka rakyat berhak jatuhkan kerajaan skrg.
    fikir rakyat dulu sebelum fikir yg lain.
    Reply
  2. Eleh...najib dgn big mom peduli apa..ada aku kisah..korang tegur kah mcm mana pun.
    diaorang tetap buat x tau..ditambah dgn macai 2 penjilat yg sokong bagai nak rak...
    Reply
  3. Dia org pun tau...paling lama pun rakyat marah seminggu jer...tadah jer la telinga..pastu semua pakat lupa pasai harga minyak macam selalu...
    Reply
  4. Kesian kat macai umno termasuk dlm blog ni... punya susah payah dan kerja keras nak bg org pas tak undi pkr... org pkr tak undi pas... pas tak undi dap dan begitu sebaliknya pada pru akan datang... dgn matlamat nak bg umno bn menang mudah dan bergaya...mcm2 isu telah dimainkan seperti jijah kipas, nuar liwat, kajang move, pas kena buli, china doll , isu merebat jawatan mb selangor dan byk lagi.... last2 jibby dgn mudahnya naikkan harga minyak 20sen... bermakna pru14 akan datang org pas tetap undi dap,pkr tetap undi pas dan begitulah sebaliknya... disebabkan rasa marah harga minyak naik dan kos kehidupan meningkat... terima kasih jibby sebab buatkan umno makin parah pru akan datang... buat macai umno mulakan usaha anda dari mula balik...
    Reply
  5. Rasenyer perkara ni bkn first time...asyik pung pang pung pang, tindakan tidak diambil...last2 senyap ..najib bkn tuhan, dia adalh manusia mcm kita...gulingkn pntdrian najib esok...baru la nmpk tindakan...jgn asyik nk pung pang jer...
    Reply
  6. Khabarnya TDM tidak ada akaun twitter.
    Reply
  7. Mengamuklah Dr M, orang tua tu nak jual kereta ni... kau penaik harga minyak... membantut selera orang nak beli keretal?
    Reply
  8. Besarnya rombongan bang jib ke NY. Siap bwak para mentri, pengiring, pegwai2 & suku sakat dari Penang. Satu bilik menteri USD6,800 per night. Makan minum special event permaisuri entah berapa juta....kesian rakyat marhain yg tanggong..
    Reply
  9. harga minyak naik 9.5%, agak2 berapa peratus pulak harga barang2 akan naik?

     http://omakkau.blogspot.com/2014/10/mahathir-bidas-keras-kerajaan-najib.html?m=1

Comments

Popular posts from this blog