Menjadi Hamba Allah

 

 

1
2
BHG 2 INI ADA MENYENTUH MENGENAI MALIK MYDIN'''''' SILA DENGAR DAN DIBAWAH INI SILA BACA PENJELASAN MALIK MYDIN

Saya solat hormati waktu, qada: Malik
Oleh Nurul Hazren Masitom
PERENANG maraton negara, Datuk Abdul Malik Maidin, menyangkal dakwaan dia tidak bersolat ketika berenang merentasi Selat Inggeris, malah dia berhenti seketika di laut untuk solat menghormati waktu dan kemudian berniat qada.
Abdul Malik menegaskan dia mengqada solat Subuh tetapi solat Zuhur dan Asar dilakukan secara jamak dan qasar kerana sempat tiba di Calais, Perancis sebelum masuk waktu Maghrib.
�Saya memulakan renangan merentasi Selat Inggeris dari Dover, England menuju ke Calais, Perancis kira-kira jam 2.00 pagi dan waktu Subuh masuk pada 3.40 pagi, pada ketika itu saya meminta untuk berhenti selama lima minit dan kemudian menghadap kiblat bagi solat menghormati waktu dan kemudian menyambung kembali renangan saya.
�Oleh kerana saya tiba di Calais, Perancis pada kira-kira 7.30 malam dan Maghrib hanya masuk 8.30 malam, saya sempat menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak dan qasar di atas bot sebaik tiba.
�Justeru, tidak timbul soal saya tidak solat oleh pihak pembangkang di Parlimen kerana mereka tidak berada di situ dan memahami keadaan sebenar, cuma berdasarkan apa yang mereka dengar tetapi bukan daripada mulut saya,� katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Perenang itu menjawab dakwaan Mahfuz Omar mengenai isu tidak menunaikan sembahyang, termasuk perenang maraton negara itu ketika merentasi Selat Inggeris dalam sidang Parlimen minggu lalu.
Abdul Malik berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika parti pembangkang itu mengungkit soal solat ketika beliau merentasi Selat Inggeris.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Dr Mohd Yusoff Hussain, berkata berdasarkan fatwa hukum solat menghormati waktu seperti di dalam kapal terbang yang mengambil kira ketiadaan air dan ruang untuk bersolat, ia dibolehkan kerana dalam keadaan apa sekali pun solat tetap tidak boleh ditinggalkan.
�Dalam kes ini, saya mendapat maklumat secara terus daripada Malik sendiri yang mengambil kira soal solat sebelum berenang, dan beliau menguruskannya secara bijaksana.
�Ini kerana jika Malik melakukan renangan selepas Subuh, beliau akan tertinggal solat Zuhur dan Asar kerana akan tiba selepas jam 8.30 malam, tetapi beliau melakukan renangan lebih awal dan hanya perlu mengqada semula solat Subuh dengan syarat yang disebutkan di atas,� katanya.
Mufti itu juga menasihatkan pihak tertentu supaya tidak memperbesarkan isu itu dan mengambil kira penjelasan pihak yang dituduh supaya tidak timbul soal fitnah.
�Penjelasan dalam isu agama lebih-lebih lagi mengenai solat bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai hal ini akan timbul soal fitnah dan niat jahat dan perlu diberhentikan.
�Mengenai soal murtad pula, hanya mereka yang jahil saja mengatakan orang yang tidak solat itu murtad dan hukum menuduh seseorang itu murtad adalah fasik, kerana seseorang itu akan jatuh murtad apabila dia mengatakan solat itu tidak wajib didirikan,� katanya.

http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3685

3
4
5
6
7
8

 

Comments

Popular posts from this blog