[TERKINI] "Kiki" Akhirnya Ditangkap 

 


Kiki kena tangkap

Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan.

"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.

Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya. ~HM


'Kiki' ditahan untuk bantu siasatan khianat dan ugutan jenayah

KUALA LUMPUR: Wanita pemilik kereta Peugeot 208 yang mengamuk dan merosakkan kereta seorang lelaki warga emas menggunakan pengunci stereng di tempat meletak kenderaan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan telah ditahan untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan penahanan dan berkata bahawa penahanan wanita berusia 30 tahun tersebut dilakukan pada jam 5 petang tadi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan.
“Wanita itu tampil ke IPD Kuantan untuk membantu siasatan kami dan kami terpaksa menahannya buat sementara dan sama ada akan direman atau tidak akan bergantung kepada hasil siasatan ini,”.
Difahamkan, wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.
Semalam, pesara kerajaan, Sim Siok Hong, 67, telah memberi keterangan di IPD Kuantan.
Pada insiden yang berlaku pada Isnin lalu itu, wanita tersebut naik berang apabila seorang pesara kerajaan berumur 67 tahun yang memandu kereta Toyota secara tidak sengaja melanggar keretanya dari belakang.
Wanita itu kemudian bertindak bersemuka dengan lelaki tersebut dengan membuka kereta lelaki warga emas itu dan merampas kunci kereta serta mengambil pengunci stereng milik lelaki warga emas tersebut.
Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.
Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.
Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut. -astro awani

 http://greenboc.blogspot.com/2014/07/terkini-kiki-akhirnya-ditangkap.html

Comments

Popular posts from this blog