http://longtambang.blogspot.com/


“Bangkitlah Siiiiiin!”

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ
Wa Lā Taqūlū Liman Yuqtalu Fī Sabīli Allāhi 'Amwātun Bal 'Aĥyā'un Wa Lakin Lā Tash`urūna
“Dan jangan sesekali berkata pada mereka yang dibunuh di Jalan ALLAH ini betul-betul mati; bahkan mereka sangat hidup, dan jadinya itu tidaklah kalian sedari”
(Al-Baqarah 2:154)
Bahawasanya, setiap manusia yang berjihad di Jalan ALLAH itu dan mereka dibunuh lalu “jasad mereka mati” walhal “Ruuh mereka sebenarnya tidaklah mati” dan Ruuh mereka ditiupkan semula ke dalam jasad-jasad bayi pewaris semasa berumur 120 hari di dalam rahim ibu-ibu mereka. Jasad-jasad ini membesar dan “berjihad lagi” dan “mati lagi” kemudian “dihidupkan lagi” di dalam “jasad-jasad baru” dan kejadian ini berulang-ulang lagi tanpa disedari. Semua para Nabi dan Rasul adalah Golongan Mursalin yang berjihad di Jalan ALLAH pada setiap nafas dan laku perbuatan mereka. Mereka ini semuanya dibunuh oleh kaum pembunuh para Rasul dan Ruuh-ruuh mereka ini “dipinjamkan” kepada Malaikat Maut dan tidaklah Ruuh-ruuh mereka ini “mati”; Ruuh mereka ini masih hidup dalam “jasad-jasad baru” dan “berulang-ulang kejadian” dan tidaklah manusia sedari. Muhammad hamba dan utusan-Nya “tidaklah mati” dan dia “sentiasa hidup” dalam jasad-jasad para Muhammad yang tidak manusia sedari!
Tuhan-ku, Engkaulah Khayru Al-Wārithīna
“Bangkitlah Siiiiiin!”
Mukadimah
Bersempena Maulid-Ar-Rasul kali ini, aku akan membacakan Surat Yaa-Siiiiiin dan mendoakan agar Ruh-ruh Para Mursalin bangkit dalam jiwa-jiwa pewaris mereka dan berjihad lagi di Jalan ALLAH; kerana Agama ALLAH pada masa ini sedang difitnah dengan hebat oleh Pemusuh-pemusuh Agama.
Antara penghayatan Surat Yaa-Siiiiiin adaaa-lah sedikit sebanyak menyentuh Makrifat Ketuhanan sehingga menyelami “apa yang Tuhan hendak manusia tahu” dan “apa yang manusia salah faham” dan sebagainya. Pemahaman di sini agak berbeza sedikit dari Kitab-kitab Terjemahan dan Tafsiran yang biasa didapati. Ini ialah kerana aku cuba mengekalkan terjemahan Ayat-ayat Suci per-kata tanpa menokok tambah perkataan. Cuma huraiannya sahaja aku tambah seikut pemahaman aku.

Andailah, sekiranya manusia faham Ayat-ayat Tuhan sepertimana “Tuhan hendak manusia faham”, sepertimana “Jibril Rasul ALLAH amat faham” dan sepertimana “Muhammad Rasul ALLAH amat faham”, maka amat berkuranglah kesesatan dan kerosakan di muka bumi Hak Milik ALLAH yang diwarisi hamba-hamba-Nya pada hari ini.

Penterjemahan Surat Yaa-Siiiiiin ini ada-lah sedikit sebanyak berbeza dari apa yang ‘Abdullah Yusuf ‘Ali, Pickthal, Mohsin Khan dan Shakir terjemahkan, tetapi aku banyak merujuk terjemahan perkataan dari mereka dan “cross-check” terjemahan sesuatu patah perkataan di dalam sesuatu Ayat Firman dengan Ayat-ayat yang lain bagi mendapatkan konsistensi dalam maksud terjemahan perkataan yang lebih tepat. Huraian dari Surat ini juga sedikit berbeza dari biasa kerana ia menyatupadukan skop Makrifat 7-Dimensi dan Sains. Maksud 7-Dimensi ialah penglihatan sesuatu subjek dari sudut 1) depan 2) belakang 3) kiri 4) kanan 5) atas 6) bawah dan 7) dalaman. Kebanyakan manusia hanya melihat dari sudut 3-Dimensi, yakni 3 dari 7 sudut. 

“Petunjuk Hak Milik Tuhan Tidak DiWarisi dari Bapa Turun ke Anak atau dari Guru Turun ke Murid...melainkan ia Hanya Datang dengan Izin-Nya”

Sinopsis Surat Yaa-Siiiiiin

Surat ini tergolong dalam Surat Pembangkit dan Surat Berat, iaitu pengertiannya berupaya membangkitkan Ruuh Baik yang menenggelamkan Ruuh Jahat kepada sesiapa yang memahaminya tetapi amatlah berat untuk memahaminya. Mendengar pembacaan lisan Surat ini sahaja boleh membuatkan hati gusar dan tak senang duduk kerana sebutannya amat keras kepada Ruuh Jahat yang ada pada qalbu setiap Anak ‘Adam.

Ruuh Jahat berasal dari Iblis dan dia turut turun ke muka bumi bersama ‘Adam dan isterinya. Ruuh Jahat turut membiak bersama bahan genetik warisan anak keturunan manusia sebagai “syaitan berketurunan iblis” yang sentiasa menghasut di qalbu setiap insan. Ini adalah sebahagian makrifat dari Surat Saaaaaad, rujuk entri lalu Apabila Gunung Bertasbih.

Ruuh Baik berasal dari RuhYa milik Tuhan yang ditiupkan ke dalam jasad ‘Adam. Ruuh Baik tidak membiak sepertimana Ruuh Jahat membiak bersama membiaknya keturunan ‘Adam. Sebaliknya, Ruuh Baik ditiupkan ke dalam tubuh setiap bayi ketika berusia 120 hari dalam rahim ibunya. Maha Suci ALLAH dari meniupkan Ruuh Jahat ke dalam jasad makhluk-Nya!

Matlamat kehidupan sementara di dunia ke arah menuju Kampung Yang Selamat (Dar as-Salam) di Akhirat kelak tidak lain tidak bukan berkisar mengenai bagaimana seseorang itu dapat membangkitkan Ruuh Baik atau Imam Baik dalam menenggelamkan bisikan Ruuh Jahat.

Untuk membangkitkan Ruuh Baik,
1. tiadalah cara lain, melainkan mendengar Kalimat Tuhan
2. tiadalah cara lain mendengar Kalimat Tuhan, melainkan mendapatkan Wahyu
3. tiadalah cara lain mendapatkan Wahyu. melainkan menerimanya dari Rasul ALLAH
4. tiadalah cara lain menerima menerimanya dari Rasul ALLAH, melainkan mengikut Rasul ALLAH
5. tiadalah cara lain mengikut Rasul ALLAH, melainkan memahami Kalimat Rasul
6. tiadalah cara lain memahami Kalimat Rasul, melainkan memahami Al-Qur’aan
7. tiadalah cara lain memahami Al-Qur’aan melainkan memohon Petunjuk dari Tuhan.
Kesimpulan cara ialah dengan membaca dan memahami Al-Qur’aan setiap hari sambil memohon Petunjuk Dari Tuhan.

Namun begitu, setiap manusia wajib berpegang kepada Qad (Tentu-Jadi oleh ALLAH) dan Qadiran (Kekuasaan ALLAH atas segala sesuatu) seperti mana sabdaan Nabi Muhammad, berikut:-
"Penciptaan setiap seorang dari kalian bermula dengan pengumpulan bahan untuk tubuhnya dalam tempoh 40 hari 40 malam di dalam rahim ibunya. Kemudiannya dia menjadi segumpal darah pekat dalam tempoh yang serupa dan kemudiannnya dia menjadi seperti segumpal daging dalam tempoh yang serupa. Kemudian malaikat di utus kepadanya dan malaikat diperintah menulis 4 Perkara; i) bagaimana rezekinya, ii) bagaimana kematiannya, iii) bagaimana amalannya, dan iv) samada dia akan binasa atau dia diberkahi; dan kemudiannya Ruuh ditiup masuk ke dalamnya (setelah cukup 120 hari). Maka seseorang dari kalian akan beramal seperti layaknya Ahli Syurga teramat sangat sehinggakan tiada lain melainkan sedepa jarak antara dia dengan Syurga tetapi apabila apa yang telah ditulis untuknya mengubah lakunya dan dia mulai beramal layaknya Ahli Neraka dan dia memasuki Neraka; dan seseorang dari kalian akan beramal layaknya Ahli Neraka teramat sangat sehinggakan tiada lain melainkan sedepa jarak antara dia dan Neraka, kemudian apa yang telah ditulis untuknya mengubah lakunya dan dia mulai beramal layaknya Ahli Syurga dan dia memasuki Syurga." – Nabi Muhammad (HR Bukhary)

Tiga Fasa tersebut di atas: 40 Hari Pengumpulan (Conception), 40 Hari Pengumpalan Darah (Embryonic) dan 40 Hari Pengumpalan Daging (Fetus) telah dibuktikan kebenarannya (sabdaan Nabi) dalam bidang sains. Pada hari ke-120, fetus bayi yang bakal membesarnya baik, akan ditiupkan Ruuh Baik manakala fetus bayi yang bakal membesarnya memudaratkan, digugurkan dalam kandungan. Maka itu, bayi yang keguguran ada hikmah pada Pengetahuan ALLAH-Dia Maha Tahu ke hadapan.

“Kebangkitan Agama Tuhan menundukkan Pemerintah Thaagut dan Kebangkitan Umat Di Akhir Zaman bermula dengan Bangkitnya Kalimat”

-Sayiddi Zaid (Asy-Syahiid) bin Sayiddi ‘Ali (Zain Al-‘Abidin) bin Sayiddina Hussain bin ‘Ali

Read more: http://longtambang.blogspot.com/#ixzz1EkrasOfm

Comments

Popular posts from this blog