Tuntutan Integriti dan Bebas Korupsi
salam perjuangan..
selawat dan salam buat Rasulullah serta keluarganya..
segunung doa buat para sahabat-sahabat rasulullah yang membina seruan kebenaran setelah wafatnya satria agung, serta salamku keatas seluruh umat Islam, yang bermujahadah dari timbulnya matahari di timur, hinggalah tenggelamnya di barat, bekunya lautan artik itu diutara, mahupun kembarnya di lautan selatan...doaku sentiasa bersamamu dalam segala kepedihan, mahupun kegembiraan..
Salam taulan, keatas sekalian umat, sekalian mazhab, sekalian fahaman...semoga perjuangan menentang kezaliman musuh kalian yang hakiki, dapat ditamatkan dengan kejayaan jua...
saudaraku sekalian...
kemerdekaan tanah melayu, perjuangan rakyat yang menuntut kemerdekaan daripada tangan-tangan jijik penjajah barat,mematikan nafsu rakus penjajah putih, yang telah menghirup hasil kekayaan tanah ini selama lebih 300 tahun hasil daripada tipu helah dan strategi kotor mereka. Hasil daripada darah, rundingan, dan gembelingan tenaga yang tidak terhingga, akhirnya nikmat kemerdekaan itu berjaya juga dikecapi setelah sekian lama diangan-angankan.
Namun, negara ini masih gagal, malah kian gagal....masalah kemiskinan masih gagal diatasi dengan berkesan, tidak kira samada bumiputra ataupun bukan bumiputra, masalah ini masih lagi membelenggu masyarakat ini walaupun setelah lama ia merdeka.
Lebih memeritkan, dasar ekonomi baru, secara rasminya telah diisytiharkan gagal oleh pihak pemerintah pada 2005. Dasar ini, yang dilancarkan dengan megahnya pada era 70an oleh kerajaan, yang bertunjangkan memperbaiki taraf ekonomi orang melayu dan bumiputera, tumbang menyembah tanah, hangus dibakar api, hilang arah tujunya bak pengembara kesesatan..
Di mana silapnya?
Dasarnya kah?
Pemimpinnya kah?
Atau penerimanya?
Atau tulisannya?
Atau isinya?
Atau dakwatnya?
Atau retoriknya?
Di mana kepincangannya?
di bumi atau di langit?
di laut atau di darat?
pagi atau malam?
pada hemat penulis, punca utama kegagalan DEB itu sendiri adalah amalan nepotisme, birokrasi, korupsi, dan rasuah dikalangan mereka (siapa mereka? fikir2kan)...
Korupsi dan rasuah, adalah dua penyumbang penting didalam kejatuhan sesekecil kerajaan, mahupun sebesar-besar empayar.Lihatlah empayar rom, yang dikatakan kiblat kepada segala ketamadunan barat, segala kekuatan bala tentera moden, segala budaya ilmu pada eranya, akhirnya runtuh disebabkan masalah korupsi dan rasuah.
Begitu juga empayar Byzantine, runtuh akibat ketamakan pemerintah mengaut kekayaan, mengamalkan dasar pilih kasih, dan didokongi oleh pembesar-pembesar korup.
Malah, diberitakan, Empayar agung Uthmaniyyah di Turki, diruntuhkan oleh Kamal Attarturk dengan mudahnya, akibat daripada kealpaan sultan, bermandikan kekayaan yang melimpah ruah, dengan memakan wang yang diamanahkan oleh rakyat, untuk membina mahligai-mahligai indah, bagi memenuhi nafsu duniawi.
Renungkanlah sahabatku, jika empayar sehebat itu boleh diranapkan dengan mudah akibat daripada korupsi dan rasuah, apatah lagi negara kerdil ini seperti malaysia?
Ya, cabaran hari ini lebih sukar dari hari semalam.. persaingan untuk terus maju semakin sengit, justeru, penulis percaya, faktor utama dalam resipi kejayaan sesebuah kerajaan adalah kredibiliti dan integriti sesebuah kerajaan itu sendiri. Keupayaan sesebuah negara mentadbir negara dalam unsur kritikal dengan menjamin ketelusan dan pertanggungjawaban adalah kayu ukur terhadap kemajuan sesebuah negara.Pendek kata, urus tadbir bersih (good governance) amatlah dituntut bagi membina keyakinan segenap lapisan pihak tidak kira dari barisan rakyat itu sendiri, mahupun pemodal-pemodal asing. Ini adalah satu tuntutan penting bagi menjamin kestabilan politik dan ekonomi semasa di sesebuah negara.
Namun realitinya di Malaysia, permasalahan rasuah dan korupsi telah menjadi suatu budaya tegar didalam masyarakat ini.Penulis percaya, ramai yang tidak bersetuju dengan penulis mengenai kenyataan ini...namun, disini penulis bertanyakan kepada pembaca semua, pernahkah terlintas, terdengar, atau mengalami situasi-situasi dibawah ataupun seangkatan dengannya?
Situasi 1:
Anda sedang melalui sebuah lebuhraya di ibu kota, tanpa anda sedari, anda telah memecut lebih daripada had laju yang ditetapkan...anda terus memecut, 110,120, dan akhirnya 160km sejam.. tidak lama kemudian, dalam keadaan terkejut anda terpaksa memberhentikan kereta kerana sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa dihadapan...
Perlahan-lahan anda dihampiri pegawai berkuasa tersebut...
Lans kopral A : Encik, laju ni...salah ni...encik boleh kena saman ni!
Anda: Maaflah encik, saya nak cepat nak ke tandas...dah tak tahan ni... (tipu sunat konon)
Lans kopral A: Mana boleh camni encik, ni salah ni... rm300 ni kalau encik bayar kat balai...
Anda: sorrylah encik, saya tak perasan tadi... errmm... tak boleh kurang ke encik..
Lans Kopral A: Encik boleh mintak kurang kat balai... buat rayuan...
Anda: Takkan camtu je Encik... takde care lain ke ...
Lans kopral A: Camnilah, sebab awak ni x sengaja, dan boss saya takde, awak bayar RM 50 je la,macam mana? settle?
Anda: (bingung)..........
Situasi 2
Anda seorang usahawan muda, yang baru memulakan perniagaan separa berjaya...satu hari anda terjumpa rakan sebaya anda, seorang usahawan muda seperti anda, tetapi jauh lebih berjaya daripada apa yang anda kecapi. Di sebuah restoran, anda mulakan perbualan dengannya..
Anda: pergghh....cantikla hanset ko...mahu 3ribu sebijik ni, wah, ko datang dengan BMW? aiii...jeles sungguh aku dengan ko.!!
Rakan: Biasalah beb...nak meniaga kene pandai-pandailah hidup...kena la kenal-kenal orang...
Anda: wah...nak meniaga pon kene kenal orang ke? aku pon ramai jugak kawan-kawan dekat friendster, haram tak kaya pon!(lawak murahan tak menjadi)
Rakan: Bukan friendster la.... ko ni... kenela baik dengan "orang-orang dalam" baru la senang dapat tender... masyuk wooo...bile dah dapat tu, jangan la makan sorang, kasikla "hadiah" skit lepas tu...
Anda:Bolehke macam tu ?(pura-pura bodoh)
Rakan: aiii..nak kaya hari ni kene la ada Cable...mana boleh kaya kalo buat betul-betul ikut buku...sampai mati pon tak kaya... mujola ade pak cik aku kerja kat kementerian x, senangla aku nak dapat tender...
Anda: ooooooo..... (ternganga ketamakan)
Sekiranya benar kata penulis, lihatlah, betapa meruncingnya masalah korupsi dan rasuah di negara ini. Kadangkala, situasi diatas seringkali dianggap sebagai satu "perkara biasa" didalam masyarakat kita, jauh sekali persepsi negatif terlintas difikiran..
Sedarlah, serba sedikit, ia telah mencacatkan nilai moral masyarakat kita, menghalalkan jenayah terkutuk ini bak menggali kubur generasi mendatang.
Sedarlah sahabatku, seorang bapa yang menyuap anaknya dengan makanan yang diperolehi secara haram dan tidak sah di sisi Allah, akan membawa bencana kepada anak tersebut...
Maka, tidak hairanlah mengapa krisis permasalahan sosial dan jenayah semakin meruncing.. Mungkin sebab pemakanan? Atau sumber kewangan untuk membeli makanan?
Ke arah Masyarakat anti rasuah dan korupsi!
Ibn Qadir
Bahagian kepimpinan dan sukarelawan,
Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (GERAK)
Malaysia

Comments
Post a Comment