PETIKAN DARI BLOG LAIN

IBRAHIM ALI TUDUH NAJIB TAK PILIH DIRINYA SEBAGAI CALON BN UNTUK PARLIMEN PASIR MAS KERANA DIA TAK HENSEM!!!!!....BERIKRAR AKAN TANDING SEBAGAI CALON BEBAS!!!!

KOTA BHARU: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding atas tiket parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Katanya, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Jelas Ibrahim, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan kenapa beliau tidak boleh jadi calon BN sedangkan naib presidennya, Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini isolated case (kes terpencil)," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya termasuk ahli Perkasa.

BN mencalonkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa bertanding di kerusi itu.

Tegas Ibrahim, beliau bukan berdendam dengan BN atau UMNO apabila memutuskan mahu bertanding di Pasir Mas sebaliknya menasihati semua ahli Perkasa supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN.

Katanya, keputusan beliau itu adalah atas permintaan penduduk Pasir Mas dan kerana masih ada banyak agenda yang mahu beliau perjuangkan khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam...

MALANG SUNGGUH NASIB IBRAHIM ALI....NAMPAK GAYANYA TUN MAHATHIR AKAN BERLAWAN DENGAN UMNO/BN DI PASIR MAS SEBAB DIA DAH BERJANJI AKAN BERKEMPEN BERMATI-MATIAN UNTUK IBRAHIM ALI.

APAKAH NANTI TUN MAHATHIR AKAN DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN KERANA BERKEMPEN PARTI LAWAN, SATU KESALAHAN YANG CUKUP BESAR SEHINGGA BOLEH MEMBAWA KEAHLIANYA DIPECAT.
 http://networkedblogs.com

NAJIB SANGGUP KETEPIKAN PARA PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN SHAH ALAM YANG BEKERJA SIANG MALAM BERTUNGKUS LUMUS, TAPI PILIH ZULKIFLI NOORDIN SEBAGAI CALON UMNO/BN PARLIMEN P108 SHAH ALAM!!!!!!

Bagi Najib Razak tiada seorang pun dari kalangan pemimpin UMNO Bahagian Shah Alam dikategorikan sebagai winnable candidate ( calon yang mampu bawa kemenangan) untuk UMNO/BN pada PRU 13 ini.

Terpaksa bawa masuk bekas Ahli Parlimen PKR yang kena pecat, Zulkifli Noordin dari Kulim Bandar Bahru.

Apa sangat jasa Zulkifli Noordin sampaikan sebelah mata pun Najib tidak pandang para pemimpin UMNO Bahagian Shah Alam.

UMNO Bahagian Sahah Alam mempunyai sejarah melakukan pemberontakan secara senyap dari dalam..Ini berlaku pada PRU tahun 2008 yang lalau apabila sejumlah ahli UMNO termasuk para pemimpinnya menjalankan sabotaj pada calon UMNO/BN ketika itu, Dato' Seri Aziz Shamsuddin.

Dengar info perkara yang serupa bakal berlaku.. sabotaj dan cah keting pasti berulang...UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan lampau.

Tidak kisah siapa Najib nak letak sebagai calon Parlimen Shah Alam, namun kesian melihat penat lelah para pemimpin UMNO Bahagian Shah Alam serta penyokong, pendokong dan ahli diakar umbi tidak langsung sedikit pun  dihargai
 
 http://networkedblogs.com

Comments

Popular posts from this blog