ULAMA PARTISAN



Latarbelakang Isu:
  • Ulama selalunya merujuk kepada individu, orang atau kumpulan manusia yang berpengetahuan tinggi dalam hal ehwal agama Islam.  Mereka digelar sarjana Islam, cendikiawan Islam, pemikir Islam dan pelbagai gelaran lain.
  • Kelompok ini berada di kedudukan yang tinggi dan amat dihormati oleh masyarakat. Kata atau kenyataan mereka dianggap ‘ayat-ayat’ keramat dan orang awam selalunya menerima tanpa banyak soal.
  • Bagaimanapun telah berlaku kejadian di mana ulama menjadi alat oleh parti politik  dan ada juga  sesetengah ulama yang mengambil kesempatan menggunakan kelebihan pengetahuan mereka dalam agama Islam untuk popular dalam bidang politik.
  • Kebelakangan ini di kalangan parti politik telah memperkasakan kekuatan pari mereka dengan mempunyai barisan ulama masing-masing.  Keadaan ini dilihat baik namun harus berhati-hati kerana ulama partisan hendaknya tidak akan mengundang kekeliruan dan megnudnang perpecahan ummah yang lebih parah.
  • Masing-masing pasti akan menggunakan ayat Al Quran, hadis dan sebagainya untuk menyokong hujah politik masing-masing.  Lebih malang lagi jika orang awam menerima bulat-bulat setiap perkataan para ulama ini.

Definisi & Ciri Umum Seorang Ulama:
  • Perkataan ulama adalah perkataan Arab.  Jamak dari perkataan ‘ ‘Alim dan Alamah’.  Kedua-dua perkataan ini merujuk kepada yang individu atau kumpulan manusia yang mendalami pengetahuan agama.
  • Mereka terkenal dengan pegangan ilmu dan keteguhan pendirian berkait dengan hal ehwal agama Islam. Ketinggian ilmu mereka terpelihara apabila mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara syubahat, keburukan, kerosakan dan kemungkaran pujuk rayu duniawi.
  • Antara ciri-ciri utama seorang ulama adalah sentiasa tawaduk dengan ilmunya, tidak menuntut kemuliaan di sisi pemerintah dengan ilmunya, sentiasa berkata Wallahualam jika tidak mengetahuinya, apabila disoal mengenai perkara provokasi yang mampu menimbulkan fitnah maka dia tidak akan pandai-pandai menjawab dan mencadangkan soalan tersebut diaju kepada pihak yang lebih mengetahuinya.
  • Selain itu juga orang bergelar yang bergelar ulama ini akan menggelakkan dirinya dari pertengkaran, tidak memperbodohkan orang lain, tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh kerajaan mahupun pembangkang dan orang itu mempunyai iltizam kepimpinan yang tinggi dalam membentuk ummah.
  • Seorang ulama tidak taksub dengan kelebihan dirinya melainkan sentiasa berhati-hati dengan perkataannya sendiri dan sentiasa bermuhasabah.

Partisan
  • Seorang ulama itu secara terang-terangan telah menyatakan sokongan atau pendirian beliau menjurus kepada parti-parti politik tertentu.
  • Keputusan dibuat setelah mempertimbangkan segala baik dan buruknya.  Masing-masing mempunyai hujah yang kuat.
  • Kebaikan ulama partisan ini ialah sebagai pemantau, penasihat kepada kepimpinan parti masing-masing agar tindak tanduk yang bakal dibuat di bawah label parti tidak memberi mudarat kepada parti sendiri.
  • Ulama partisan juga boleh bertindak sebagai 'filter' sebelum parti menjadi sasaran kritikan oleh parti lawan.
  • Para ulama partisan juga boleh berfungsi sebagai 'defender' apabila parti diserang dan dituduh secara membabi buta kerana kebelakangan ini menjadi kecenderungan ayat-ayat suci Al Quran, Sunnah dan Al Hadis dijadikan modal hujah.
  • Orang biasa tentu sukar untuk menolak dan melawan hujah-hujah ini melainkan para ulama juga.  Ulama Partisan akan menggunakan agama dan ilmu agama yang telah dipelajari itu untuk manfaat parti yang disokongnnya.
Parti Politik Utama Malaysia:
UMNO (United Malays National Organisation - Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
  • UMNO ditubuhkan pada 11hb Mei 1946 oleh Dato’ Onn bin Jaafar yang kemudiannya juga telah dilantik sebagai pemimpinnya yang pertama. YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kerajaan peralihan setelah Perikatan memenangi Pilihanraya Persekutuan.
  • UMNO memperjuangkan kebajikan dan masa depan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.  Malayan Union yang ingin diperkenalkan oleh British telah dilihat mengancam orang-orang Melayu apabila kaum pendatang seperti orang Cina dan India diberi hak sama rata dengan penduduk asal. 
  • UMNO akan memastikan hak-hak orang Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu tidak dipersoal dan tidak diganggu gugat oleh sesiapa pun. 
  • Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi.
PAS (Parti Islam Semalaysia)
  • Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Bermula dengan kesedaran perlunya sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili suara Islam dalam semua aspek kehidupan. 
  • PAS sebenarnya bermula dari biro agama UMNO.  Pengasas PAS,  Ahmad Fuad telah kalah kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam merebut kerusi Yang Dipertua UMNO.  Malu dan merajuk dengan kekalahan beliau, Ahmad Fuad telah membawa Biro Agama UMNO keluar dan mewujudkan PAS.
  • Bagaimana pun alasan lain yang diberikan oleh Ahmad Fuad ialah beliau melihat kedudukan ulama dalam UMNO tidak begitu kuat dan tidak diberi keutamaan.   Lebih-lebih lagi ketika itu ulama telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu murtad Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberet dan lain-lain.  Akhirnya mereka keluar dan bersepakat membuat pendirian untuk menubuhkan PAS.
  • Pergerakan reformasi ini juga dilihat menerima pengaruh reformasi Islam yang sedang berlaku di  Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu di mana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).
  • Matlamat PAS adalah memperjuangkan pengwujudan  sebuah negara Malaysia yang masyarakat dan pemerintahanya berlandaskan nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. Selain itu juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
  • Bagaimanapun kerjasama politik dengan DAP dan PKR dalam pilihanraya  umum ke 11 dan ke 12 telah memperlihatkan sikap ‘double standard’ dan bermuka-muka PAS.
  • Beberapa prinsip perjuangannya sebelum ini contohnya pakatan politik dengan parti kafir  (bukan Islam) yang merujuk kepada kerjasama antara UMNO – MCA – MIC sebagai haram ibarat menelan kembali muntah yang telah diluahkan. 
       
        DAP (Democratic Action Party)
  •             Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang  bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berdasarkan institusi demokrasi berparlimen.
  •         Ramai yang melihat DAP adalah ‘kembar’ PAP (People Action Party yang memerintah Singapura)
  •         DAP bertanding dalam pilihanraya umumnya yang pertama pada 1969 dan memenangi 13 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang.
  •         Dalam pilihan raya umum 1999. DAP bersepakat dengan Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Keadilan Nasional (PKR) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA).
  •         Selepas pilhanraya umum Mac 2008, kuasa di empat buah negeri bertukar tangan iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan dipegang oleh pihak pembangkang dengan kejayaan menguasai 82 dari 222 kerusi perlimen. Dari Barisan Alternatif kini bertukar ke Pakatan Rakyat.
  •         Misi DAP adalah untuk membawa perubahan yang positif ke atas taraf hidup rakyat Malaysia. Demi mencapai misi tersebut, pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli DAP perlu bersatu-padu dan berkongsi matlamat yang bertumpukan kepada fahaman dan prinsip parti DAP. Berupaya bersama dengan tenaga rakyat yang berbakat dan cekap dari segi ekonomi dan berkebolehan dalam menyampaikan pengurusan pentadbiran am secara efisien.
  •         Hala tuju DAP ialah konsep kesamarataan semua rakyat Malaysia di bawah slogan ‘Malaysian Malaysia.’  Simbolik slogan ini ialah menidakkan keistimewaan orang –orang Melayu dan juga raja-raja Melayu.
  •         Peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum terbesar dalam sejarah negara pasca British adalah berpunca dari provokasi DAP.

 PKR (Parti Keadilan Rakyat)
  •  PKR bermula dengan nama Pergerakan Keadilan Sosial atau ADIL.  Fokus perjuangan masa itu ialah menuntuk keadilan untuk Dato’ Seri Anuar Ibrahim yang dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan salah laku liwat.
  • ADIL menjadi platform para pendokong reformasi kepada perjuangan mereka.  Lantaran usaha menubuhkan sebuah parti politik menemui jalan buntu dengan Pendaftar Pertubuhan, maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada ( Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990). Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
  • Parti KeADILan Nasional kemudiannya membentuk Barisan Alternatif dengan PRM, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihanraya sulung pada tahun 1999, Parti KeADILan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak.
  • Parti KeADILan Nasional kemudiannya membentuk pakatan Barisan Alternatif (BA) dengan PRM (Parti Sosialis Rakyat Malaysia), PAS (Parti Islam Se-Malaya) dan DAP (Parti Tindakan Demokratik).
  • Pada pilihan raya umum Malaysia 1999, Parti KeADILan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Perak.
  • Pada pilihan raya kecil Lunas di negeri Kedah pada 29 November 2000 atas kematian Dr. Joe Fernandez, calon KeADILan, Saifuddin Nasution menewaskan calon Barisan Nasional dan menjadi ADUN kelima dari Parti KeADILan Nasional. Kejayaan ini menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di negeri Kedah.
  • PKR memperjuangkan kesamarataan untuk semua kaum.  Laungan reformasi dan keadilan buat semua menjadi modal mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat.  Pun begitu kekuatan parti ini dilihat bergantung kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar simpati.
 Ulama dan Parti Politik
  • Dengan kopiah, serban dan jubah labuhnya PAS berjaya menonjolkan imej keislamannya.  Ditambah pula dengan kebanyakkan pemimpinnya adalah lulusan dan pendidikan berteraskan agama Islam dari beberapa universiti di Timur Tengah memperkuatkan lagi imej keislaman PAS.
  • PAS dilihat mengamalkan kehidupan sederhana sama ada di Perhimpunan PAS atau kehidupan seharian pemimpin-pemimpinnya.  Para isteri mereka juga tidak menonjol ke hadapan dan bergerak di belakang tabir. 
  • UMNO juga tidak mahu kalah dalam soal memperjuangkan Islam. Bahkan dalam banyak-banyak program pembangunan ummah dan agama Islam di Malaysia, UMNO melaksanakannya lebih banyak dan lebih berkesan dari PAS.
  • Namun dek persepsi dan ‘fatwa’ pemimpin PAS yang telah mengkafirkan UMNO sebagai parti haram dan jahiliah, persepsi ini telah menenggelam peranan dan sumbangan UMNO dalam pembangunan syiar Islam di negara ini.
  • Meskipun begitu peranan UMNO mendapat pengiktirafan antarabangsa khususnya dari pemimpin-pemimpin Islam dari negara Timur Tengah dan Malaysia diakui mereka sebagai negara Islam.
  • Jika jubah, kopiah dan serban menjadi identiti PAS dalam menyerlahkan imej Islam mereka, orang UMNO lebih selesa dengan baju Melayu dan bersongkok.  Sesuai dengan matlamat UMNO sebagai parti orang-orang Melayu.
  • PAS mempunyai barisan ulama mereka begitu juga UMNO bahkan barisan ulama UMNO tidak kurang hebatnya dari segi karisma dan pengetahuan mereka mengenai agama Islam.  Mereka dikenali sebagai Ulama Muda UMNO atau Ilmuan Malaysia.
 Pandangan Umum
  • “Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara terutama isu agama perlu dipolitikkan. Isu kalimah Allah juga dipolitikkan untuk mencari keuntungan politik.” - Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC), UIAM.
  • “Membangun bersama Islam yang menjadi pegangannya, hanya akan tinggal menjadi kata-kata yang enak didengar, tetapi tidak ke mana-mana. Pakailah serban dan kopiah sebesar manapun, tidak ada maknanya, jika akhlak kita tidak mencerminkan sunnah yang sebenar.” – Dr. Redhuan Tee Abdullah.
  • “Nabi-nabi juga adalah ahli politik. Mereka tidak memisahkan politik daripada dakwah. Nabi-nabi bukan sahaja berdepan dengan rakyat, mereka juga berhadapan dengan Raja dan pemimpin di zaman masing-masing.” – Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
  • “Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.” – Dato’ Dr Mohd Asri Dzainul Abidin

 Rumusan
  • Seorang ulama tidak kira mewakili parti mana sekalipun seharusnya tidak bersikap berat sebelah dalam menegakkan keadilan.   
  • Seorang ulama harus berpegang kepada hakikat yang benar perlu disokong yang mungkar perlu ditegah dan memberi pendapat tanpa ada rasa tekanan.
  • Seorang ulama tidak boleh mempergunakan Al Quran, sunnah dan Al Hadis demi menghalalkan keputusan tertentu meski beliau tahu keputusan itu akan memberi mudarat kepada agama, bangsa dan negara.
 Disediakan Oleh:
Unit Pengurusan dan Penyelidikan Isu (UPPI)
DTUBES.TVhttp://www.dtubes.tv

Comments

Popular posts from this blog