Apabila Seorang Perempuan Keluar Memakai Jilbabnya, bermakna Ia Sedang Berjuang Untuk Islam - Yvonne Ridley
Yvonne Ridley adalah seorang penulis dan reporter yg berasal dari England, pernah satu ketika dahulu nama ini bermain dibibir mulut ramai orang di barat dan timur tengah, ekoran dari ditahan oleh kumpulan Taliban. Setelah dibebaskan beliau pulang ke England dan terus memeluk agama Islam.
Beliau pernah dan banyak ditanya berkenaan dengan peralihan agama nya dari Protestan kepada Islam.
“Saya cadangkan kepada mereka supaya dapat jauhilah almari pakaian kami. Saya tidak secara mendadak beralih mengenakan jilbab, dan perubahan saya bukanlah secara mengejut, ianya hanya semakin berkembang dengan baik sejak kebelakangan ini.
Anda bertanya tentang pakaian jilbab ini. Ketika seorang perempuan memakai jilbab dan keluar rumahnya, ketika itu ia sedang berjuang untuk Islam yg syumul, mereka berada di garis hadapan. Ketika berada di luar rumah, semua keburukan akan dituju kepadanya. Sayangnya, beberapa Muslimah diserang secara fizik kerana pertikaian tentang jilbab yang dimulai oleh mereka yang keliru”.
“Saya menghormati kepada para Muslimah yang memakainya, saya ‘tabik’ akan kekuatan, keberanian dan keyakinan iman mereka.”
Kepada mereka yang tidak memakainya, saya akan memberitahu orang-orang di sekitar mereka supaya bersabar dan memberi mereka sedikit waktu. Kita semua dalam perjalanan kerohanian, Ini perlu waktu. Kita tidak harus terlalu banyak membuat kritik kepada saudara kita yang tidak mengenakan jilbab, kerana ada banyak tekanan dan termasuk suasana sekeliling. Tiba tiba saja kita mengkritik, kita harus menyokong dan membantu mereka serta memberi banyak bimbingan.
“Saya secara pribadi nya, untuk memakai jilbab memerlukan sedikit waktu bagi saya, dan merupakan sebahagian dari pertumbuhan dan perkembangan saya sebagai seorang Muslimah. Setiap hari saya mencari peluang untuk berubah dengan baik, dan jika kita berbincang dua puluh tahun kemudian, saya masih akan tetap belajar tentang Islam, insyaAllah.
–eramuslim/m’cahya
Comments
Post a Comment