Perangai aku kayuh basikal di tahun 70'an

Friday, February 5, 2010
spesies basikal 'Bak Seng'


Nostalgia flash kembali ketika pertengahan tahun tahun 60’an dahulu. Ketika itu di zaman awal awal persekolahan bagi peringkat rendah. Bermula nya alam persekolah aku di Sekolah Kebangsaan Pontian.
 
Ketika itu aku masih darjah satu belum lagi pandai menaiki basikal, almaklumlah dizaman itu kanak kanak seperti saya agak sukar untuk mendapatkan sesebuah basikal. Hanya orang tua sahaja yang mempunyai basikal dan kakak kakak yang lebih dewasa..

Ketika darjah tiga atau empat baru hendak mencuba cuba menaiki basikal emak aku. Dizaman itu basikallah antara kenderaan yang menjadi cukup popular untuk kegunaan para penduduk kampong aku.
Ketika itu bermacam macam jenis basikal yang menjadi kegunaan orang ramai. Tidak macam sekarang ini kebanyakan basikal adalah pengeluaran dari negeri China.

Masih lagi aku ingat antara jenis jenis basikal yang mencuri hati penduduk kampong aku waktu itu, termasuklah dari jenis Robin Hood, Raleigh, New Hudson, Dragon Cycle, Hercules dan beberapa jenis lagi yang aku sendiri pun sudah lupa. Kesemuanya basikal itu adalah dari buatan negeri negeri orang puteh, kecuali yang jenis Dragon Cylce aku kurang pasti dan mungkin juga ini adalag keluaran negeri China kerana nama nya pun adalah ‘Dragon’ yang bererti naga iaitu habitat kegemaran China.

Basikal yang dari jenis Raleigh ketika itu cukup gah kepada para pemilik nya, kerana ianya agak mahal sedikit dari jenis jenis lain dan siap terdapat ‘gear kelajuan’ lagi pada nya yang dikenali dengan ‘speed’ dan apabila ianya bergerak siap ada bunyi ‘klik klik klik’ lagi.

Ayah aku pernah membeli sebuah basikal ‘besar’ dari seorang cina yang bernama ‘Bak Seng’ dikampong aku, kami semua memanggil basikal itu dengan panggilan ‘basikal bak seng’. Basikal inilah yang digunakan ayah ku untuk pergi kerja di sebuah sawmill di Kampong Feri yang berdekatan dengan jambatan Sungai Pontian. Yang sebelum itu sungai nya menggunakan feri bagi laluan kereta kereta untuk ke Bandar Rompin dan Endau.

Ibu ku juga mempunyai sebuah basikal ‘perempuan’ dan basikal itulah yang selalu aku sering ‘meng go head’ nya untuk ke kedai dan ke sekolah.

Apabila zaman semakin berubah dan aku pun sudah beralih ke sekolah menengah, dan tahunnya juga beralih ke awal 70’an, basikal pak cik pula yang menjadi mangsa nya. ‘Basikal chopper’ pak cik Awang yang bewarna merah itulah yang aku selalu ‘godel’ kesana kemari. Kononnya agak cantik bagi pandangan budak budak kampong waktu itu.



Aku dengan sepupu akulah iaitu Hamid yang asyik kesana kemari dengan basikal, sampai pernah basikal basikal kami ini diletak belon pada rim nya supaya apabila bergerak ia akan mengeluarkan bunyi, tetapi setelah bergerak sejauh 50 meter belon pun meletup dan kami pun bersorak gembira.. perangai budak budak.

Pernah juga kami menyambungkan lampu lampu klip klip dari dynamo dan ikatkan pada mudguarg basikal, dan tersenyum apabila mengayuhnya diwaktu malam, biasanya perjalanan kami dari jeti Pontian ke rumah kami di Kampong Simpang Sepayang.

Antara yang mejadi ‘hit’ aku ketika berbasikal, yang pernah disatu ketika mengikatkan batang buloh pada ‘sepit udang’ belakang, lalu meletakan sabut kelapa didalam buloh itu. Saya menyalakan api dibahagian depan buloh itu dan terus mengayuh basikal, basikal bergerak angina pun masuk dari depan buloh lalu mengeluarkan asap sabut sabut tadi. Konon konon nya itulah ‘exzos motor kami’. Semakin laju di kayuh semakin kuat pula asap yang keluar. Itulah teknoloji aku di zaman kanak kanak.. pening jugak memikirkan.
 
http://permatawangi.blogspot.com/2010/02/perangai-aku-kayuh-basikal-di-tahun.html

Comments

Popular posts from this blog