kalau kail panjang sejengkal...

 

Assalamualaikum... apabila masuk kepada pertengahan bulan Ramadhan, maka terdengar suara-suara yang berbicara tentang Lailatul Qadar. Maka ada yang berpendapat tentang malam bertuah tu akan jatuh pada sekian-sekian malamnya. katanya begitulah yang tercatat dalam kitab lama-lama.. Ada pula yang memukul rata, setiap malam ganjil pada ramadhan kali ini, mungkin lailatul qadar katanya.. ada juga yang berkata dengan kemusykilan, malam ganjil tu 20 malam 21 ke, 21 malam 22? katanya sambil menggaru-garu kepala. ala, apa susah.. kita borong je, kita solat semua.. ada la satu yang kena tu! jawab kawannya..

teringat kata seorang guru apabila mengulas tentang Lailatul Qadar, katanya: "apa pendapat kalian jika seseorang itu mengail tanpa menggunakan umpan? adakah jorannya akan menggena?" kami menggelengkan kepala.. mungkin tidak! Bagaimana ikan akan mengena kail jika tiada umpan yang digunakan?" seperti biasa sang guru mula tersenyum..

kata sang guru lagi: "mencari Lailatul Qadar ini juga perlu umpannya!". kami berpandangan sama sendiri. umpan? kami saling berpandangan. umpan yang macamana? hati kami masih tertanya-tanya.

tanpa menunggu pertanyaan kami, sang guru menjelaskan lagi: "iye, benar sekali. seperti si kaki pancing. Fikirannya tiada lain, hanya ikan, ikan dan ikan! dia akan mengkaji apakah umpan yang paling sempurna untuk mendapat hasil yang paling lumayan!" semua buku tentang ikan dibaca, semua pandangan ahli-ahli pancing diambil kira.. panduan orang berpengalaman juga ditanya.. yang paling penting ialah menggunakan umpan yang sempurna dan mengetahui lubuk yang amat kaya denga kuantiti ikannya!

"begitu juga dengan Ramadhan. jika ditanya ahlinya, jika ditanya pakarnya, sudah tentu lubuknya ialah lailatul Qadar. itulah lubuk yang paling lumayan.. umpannya pula tadarrus, tarawih, qiamullail, sunat witir.. jika umpan menjadi, hasilnya tentu tidak menhampakan.. kail lah sepanjang Ramadhan, jika ketemu Lailatul Qadar, hasilnya tentu menyeronokkan..."

akhirnya sang guru menutup bicaranya dengan kalimat yang agak berbisa " Dalam mengail di lubuk Ramadhan, jangan hanya tidur memanjang. jika tidur memanjang, bagaimana nak mengena joran!" sindiran yang amat pedas buat kami semua. begitulah bijaksananya sang guru.. dalam gula ada cilinya, dalam manis ada pedasnya.. pergh!!

Sahabat... ramai yang menunggu Lailatul Qadar sehingga lupa kualiti umpan yang digunakan. ramai yang puasa ala kadar dan cukup-cukup makan. kalau puasa sebegitu, bagaimana kail lailatul qadarnya ingin mengena?

sesekali terfikir tentang kail ku di bulan Ramadhan ini. jangan-jangan lah hendaknya kail ku ini di makan ikan buntal! minta-mintalah jangan... amin..


wassalam..

nukilan:
ustazshafiee
seberang takir
14 Ramadhan 1432
7.24 pagi

Comments

Popular posts from this blog