Posts

Showing posts with the label Empat bisikan murni tingkat iman
KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH   Oleh : Prof. Dato’ Dr. Abdul Syukor Bin Haji Husin Panel Pemikir Islam PENDAHULUAN Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsip Islam Hadhari yang lainnya.  Ia merupakan perwujudan fitrah semulajadi manusia dan anugerah khusus yang diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa kepada umat manusia. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah dalam pengertian yang luas dan padu adalah asas dan syarat mutlak bagi satu-satu kaum, jika ia ingin memperolehi kejayaan hidup dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat, hakikat ini dinyatakan oleh Allah dalam firmannya bermaksud:  “Sekiranya penduduk negeri itu, benar-benar beriman dan bertakwa (kepada Allah), tentulah kami (Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan hidup yang melimpah ruah, ...
Empat bisikan murni tingkat iman, takwa Tajdid Iman Bersama Dr Juanda Jaya MANUSIA suka mendengar suara hati orang lain, rahsia dan kisah hidup mereka. Namun, pernahkah seseorang cuba mendengar bisikan hatinya sendiri? Bisikan yang bergema dalam hati sebenarnya berkisar mengenai urusan dunia dan akhirat, yang mana lebih sering kedengaran bergantung kepada pilihan sendiri. Kadangkala suara mengenai kenikmatan dunia dan kesulitan menguasainya lebih kuat bergema berbanding bisikan impian indah akhirat atau ancaman azab. Nasib seseorang amat bergantung kepada kebijaksanaan dalam memilih dua bisikan. Bisikan syaitan atau malaikat, bisikan iman atau kufur, takwa atau maksiat. Setiap saat manusia diberi dua pilihan dan diperdengarkan dua bisikan yang silih berganti datang mempengaruhi amal perbuatannya. Sesungguhnya bisikan hati pangkal daripada kebaikan atau kejahatan. Sesiapa yang mampu mengawal bisikan hatinya nescaya dia hanya mengeluarkan tekad, keyakinan dan cita-...