- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, June 30, 2012






Dr. Bilal Philips 

 

 

PATIENCE

THE TWO  WINGS OF FAITH

WOMEN IN ISLAM

THINK WIN-WIN

ANGELS & JINN

BLIND HEART






SENARAI KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN MALAYSIA


Dari tahun 1934, JPA (dan jabatan asalnya) telah diterajui oleh 19 orang Ketua Pengarah seperti dipaparkan di bawah:


Sir John Huggins
1934 - 1943
A.J. Gracie
1.7.1954 - 7.9.1957
H.G.Turner
8.9.1957 - 1.7.1959
Tan Sri Ahmad Bin Haji Husin
5.10.1959 - 1.3.1963
Tunku Tan Sri Mohamed B. Tunku Besar Burhanuddin
2.3.1963 - 6.11.1967
Tan Sri Abdul Kadir Bin Shamsuddin
7.11.1967 - 31.10.1969
Tan Sri Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan
1.11.1969 - 29.6.1972
Tan Sri Datuk Abdullah Bin Ayub
1.7.1972 - 31.7.1974
Tan Sri Datuk Abdullah Bin Mohd. Salleh
1.8.1974 - 30.9.1976
Tan Sri Datuk Abdul Aziz Bin Zakaria
1.10.1976 - 17.6.1978
Tan Sri Hashim Bin Aman
18.6.1978 - 30.11.1980
Tan Sri Osman S.Cassim
1.12.1980 - 31.7.1985
Tan Sri Rozhan Bin Kuntom
1.8.1985 - 26.1.1987
Tan Sri Dato Alwi Bin Jantan
26.1.1987 - 15.4.1990
Tan Sri Dato Mahmud Bin Taib
16.4.1990 - Dis 1995
Tan Sri Dr. Mazlan Bin Ahmad
14.12.1995 - 14.12.1998
Tan Sri Dato Samsudin Bin Osman
15.12.1998 - 31.1.2001
Tan Sri Jamaluddin Bin Haji Ahmad Damanhuri
2001 - 2005
Tan Sri Ismail Bin Adam
2005 - 30.6.2010
Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
1.7.2010 -30.6.2012



 






LATIH ANAK GUNA OTAK KANAN




  
Shichida Methods


Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2 thn pergi Sichida kelas… yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practisesikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu.
 
semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff  melayu yg lain.


Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sebab during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.


2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b. .c…d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1, 2, 3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.


3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai ….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..


5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.


Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi….Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……Aku
pun tengah try lagi ni…


Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..


Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.
 
 http://norsilawati.blogspot.com






A BRIEF BIOGRAPHY OF THE CHIEF SECRETARY TO THE GOVERNMENT
 
 
Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa was appointed as the Chief Secretary to the Government of Malaysia by the Yang DiPertuan Agong effective 24th June 2012.


Born in Kluang, Johor on Aug 29, 1955, Ali obtained Bachelor of Economics (Honours) from University of Malaya, and a Masters in Economics and a PhD in Environmental Science and Economics from Oklahoma State University, the United States.



He started his career in the Administrative and Diplomatic Service as Trade and Industry Ministry assistant secretary on Jan 5, 1981.



He served the Economic Planning Unit of the Prime Minister's Department from Dec 16, 1997 to April 21, 2009.
 
At the department, he held the positions of director of disbursement division and deputy director-general of the National Transformation and Advancement Programme before being appointed director-general of UKAS in the Prime Minister's Department on April 22, 2009.

Profile

  


Personal Profile of Chief Secretary to the Government
 Name
Dato’ Sri Dr. Ali B Hamsa
 Designation
Chief Secretary to the Government of Malaysia
 Qualifications
B.A. (Hons)(UM), D.P.A. (INTAN), M.Econs. (Oklahoma State Univ.), U.S.A., Ph.D. (Environmental Science & Econ.), (Oklahoma State Univ.), U.S.A.
 Hometown
Kluang, Johor Darul Takzim
 Date of Birth
 29 August 1955
 Marital Status
Married
 Awards
D.I.M.P.,.P.K.T., A.M.N., K.M.N., S.S.A.P (2010)
 
Working Experience and Summary of Service History of the Chief Secretary to the Government

24 June 2012 - current
Chief Secretary to the Government
22 April 2009
Director General, Public Private Partnership Unit (UKAS), Prime Minister's Department
01 Aug 2007
Deputy Director General, "National Transformation & Advancement (NTA)" Programme, Economic Planning Unit, Prime Minister's Department
12 Dec 2005
Director, Distribution Section, Economic Planning Unit, Prime Minister's Department
19 Jun 2003
Director, Region Economy Section, Economic Planning Unit, Prime Minister's Department
16 Dec 1997
Principal Assistant Director, Macro Planning, Economic Planning Unit, Prime Minister's Department
14 Aug 1993
Training Position, Public Service Department - Course on 'Economics Ph.D' at Oklahoma State University, USA
16 Dec 1992 Principal Assistant Secretary, Ship Unit, Maritime Division, Ministry of Transport
30 Jun 1986 Senior Project Manager, Economy and Public Policy Management (PUTERA), INTAN
07 Jan 1985 Training Position, Public Service Department pursuing Master in Economics at Oklahoma State University, United States of America.
05 Jan 1981 Appointment to PTD as Assistant Director, International Trade Division, Ministry of Trade and Industry (MTI)

http://www.pmo.gov.my






Bahagi pesaka yang telah berlapis-lapis mati

Soalan: seorang mati ada meningalkan isteri dan empat anak lelaki kemudian mati anak pertama ada meningalkan ibu, tiga saudara lelaki, isteri, dua anak perempuan. Kemudian mati pula adik yang bogsu ada meningalkan ibu, isteri,  seorang anak perempuan, dua orang anak lelaki dan dua orang saudara lelaki.
Jawapan: Masalah ini dinamakan munasakh. Cara membahaginya adalah seperti di bawah.


511

120
7

72

276480
120

2304
72

32

54860
20
أم
372
12
أم
4
زوجة


-
-

7
ابن1
61320

-
511
1
شقيق
7
ابن2
61320

-
511
1
شقيق
7
ابن3


511
1
شقيق
7
ابن4
7560

-
63
9
زوجة


20160

-
168
24
بنت


20160

-
168
24
بنت


7665
15
زوجة





8687
17
بنت





17374
34
ابن





17374
34
ابن






Keterangan isteri simati pertama setelah anaknya mati maka dia digelar ibu pada masalah simati kedua yang bertanda(2ت).
Anak simati pertama akan jadi saudara bagi simati kedua bertanda (2ت).
Pada masalah simati kedua saudara boleh makan pesaka kerana saudara simati kedua tiada orang yang mendinding seperti anak lelaki atau bapa.
Pada masalah simati ketiga (3ت) saudara terdinding kerana ada anak lelaki.

Bahagikan harta dengan 276480 seberapa jumlah darab dengan habuan masing-masing pada kolam ke lapan
  1. seperti RM. 100 bahagi dengan 276480 kemudian darab dengan 54860 seberapa yang didapati (RM 19.84) itulah bahagian isteri simati pertama.
  2. seperti RM. 100 bahagi 276480 darab dengan 61320= (RM. 22.18) inilah bahagian dua orang anak si mati pertama.dengan makna RM. 22.18 seorang
  3. seperti RM. 100 bahagi 276480 darab dengan 7560= (RM. 2.73) ini lah habuan isteri simati kedua.
  4. Seperti RM 100 bahagi 276480 darab dengan 20160= (RM. 7.29) inilah habuan dua anak perempuan simati kedua. Dengan makna 7.29 seorang seterusnya pada yang ada dua orang
  5. Seperti RM. 100 bahagi 276480 darab dengan 7665= (RM. 2.77) ini habuan isteri si mati ketiga bertanda (3ت).
  6. Seperti RM. 100 bahagi 276480 darab dengan 8687= (RM. 3.14) ini habuan anak perempuan simati ketiga.
  7. Seperti RM. 100 bahagi 276480 darab dengan 17374= (RM. 6.28) ini habuan dua anak lelaki bagi simati ketiga.
  8. baki dua sen halal berhalal.
 http://almalakawi.wordpress.com/2009/05/24/bahagi-pesaka-yang-telah-berlapis-lapis-mati/





Sekadar nukilan rasa untuk dikongsi bersama


HEBATNYA PELAJAR-PELAJAR MAKKAH
Sungguh ana bingung dengan segelintir pelajar-pelajar yang dianggap hebat menuntut ilmu agama pada akhir zaman ini. Hebat dengan terlalu banyak membuang masa dengan laptop dan internet, kononya dapat mengaplikasikan kehidupan seharian. Menggunakan internet untuk menguruskan hal-hal peribadi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Penulisan ana ini merupakan suatu teguran yang difokuskan kepada pelajar-pelajar Pondok yang mempunyai laptop dan menggunakan internet kearah yang tidak berfaedah saban hari, sehinggakan ada yang sanggup tidak solat berjemaah setiap hari. Kitab-kitab yang dipelajari sudah tiada masa lagi untuk ditelaah akibat mengadap komputer atau laptop dengan melayari sesawang yang tidak mendatangkan apa-apa faedah sampai ke pagi.

Laptop sudah menjadi raja dihati yang mengatasi kewarasan akal. Wajib mengadap setiap hari seumpama wajib makan dan minum. Kalau tak makan dan tak minum boleh mengakibatkan mati kebuluran. Inilah punca permasalahan yang berlaku pada pelajar-pelajar akhir zaman ini.

Berbeza sama sekali dengan ulamak-ulamak terdahulu. Apabila balik dari menuntut ilmu dengan syeikh,terus membuka kitab, sehinggakan tidak ada masa untuk makan, minum dan rehat. Malangnya kita pada hari ini, balik dari mengadap syeikh terus mengadap laptop. Banyak membuang masa dengan melayari internet yang tidak berfaedah. Begitulah ianya menjadi satu rutin harian sehinggakan tiada pernah ada rasa bersalah sedikit pun dengan guru dan kitab yang dipelajarinya.

Inilah punca kelalaian pelajar-pelajar dalam bidang agama pada hari ini tidak seperti pelajar-pelajar agama terdahulu. Hal ini berlaku kerana wujudnya pelbagai kemudahan kesan daripada perkembangan sains dan teknologi yang membolehkan mereka berhibur melepaskan hawa nafsu,berhubung(chatting) dengan rakan-rakan, malah dapat menghubungi ibu bapa dengan lebih mudah(sikit sangat yang ada), jimat dan cepat walaupun berada dalam jarak yang jauh.

Sepatutnya masalah ini banyak berlaku kepada pelajar IPT . Kerana mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat, isu-isu semasa, bersosial,mencari hiburan dan sebagainya berkaitan dengan assignment . Wajarkah kita sebagai seorang penuntut ilmu agama menyerupai kebanyakkan sikap pelajar-pelajar IPT yang banyak menghabiskan masa untuk bersosial dan mencari hiburan dengan Internet.

Tidakkah sebagai seorang pelajar pondok harus menghabiskan banyak masa dengan mentelaah kitab-kitab,membaca quran, menghafal kitab, berzikir dan sebagainya dengan perkara-perkara yang bermanfaat.

Pernah ana bertanya kepada salah seorang pelajar, “kenapakah segelintir pelajar-pelajar ada yang tak hadir ke kuliah, sibuk dengan internet 24 jam setiap hari”. Jawabnya ringkas “biasalah kuliah tak wajib,internet pun ada manfaatnya juga bla..bla..bla..”., ana terdiam malas nak berbahas, takut membawa kepada perselisihan. Tapi dalam hati ana sangat memberontak “kamu ini nak tegakkan benang yang basah, walaupun terang-terang ia juga banyak meninggalkan pengaruh negatif”.

Kerana apa ana berani mengatakan ianya banyak pengaruh negatif? Kerana kebanyakkan pelajar-pelajar yang menggunakan internet tidak terlepas daripada unsur-unsur atau maklumat-maklumat negatif. Antara unsur-unsur negatif yang terdapat dalam internet ialah laman-laman web yang memaparkan gambar-gambar yang kurang enak dipandang. Walaupun ia bukan gambar lucah. Tetapi sebagai pelajar pondok, tak sepatutnya kita memandang gambar perempuan tidak menutup aurat. Apatah lagi yang terang-terang lucah. Ianya menggelapkan hati kita.

Tidakkah semua ini menjadikan kita hilang warak dalam menuntut ilmu agama, justeru akan merosakkan pengajian dan masa depan kita. Sedangkan ilmu Allah itu merupakan nur (cahaya),bagaimana cahaya hendak menembusi hati dan jiwa andainya hati telah digelapkan dengan noda-noda hitam.

Al-Imam Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madariju As Salikin, mengatakan bahawa “Ilmu(agama) itu adalah pertunjuk, dan ia adalah ketinggalan dan pewaris nabi. Dan orang yang berilmu(agama) adalah generasi dan pewarisnya, dan dia(ilmu) adalah penghidup hati”.

Dan dalam kitab ad Diwan pula, Al-Imam Syafie mengadu kepada kepada Imam Wakie’ tentang buruknya hafalan dia, lalu Imam wakie’ memberitahu supaya tinggalkan maksiat. Dan katanya lagi kepada Imam Syafie ‘’ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya Allah tidak akan masuk ke hati seseorang yang melakukan maksiat”.

Orang yang berilmu adalah orang yang paling terang hatinya dan mampu menerangi orang lain. Persoalannya sekarang. Mampukah kita nak menerangi orang lain apabila pulang ke tanah air nanti. Sedangkan diri kita sendiri pun tak dapat diterangi. Ini kerana kita terlalu banyak membuang masa dengan perkara-perkara maksiat.

Layakkah diri kita untuk berada dalam golongan orang menuntut ilmu agama. Tambahan pula sudah diketahui umum bahawa pelajar-pelajar pondok mempunyai kualiti iman, hati yang bersih, akhlak dan akal yang baik. Belajar tanpa mengharap imbuhan dunia dan bukannya bermatlamatkan ijazah atau sanjungan. Kita sudah semakin alpa dan tenggelam dengan fatamorgana dunia.

Fikirlah wahai sahabat seperjuangan, sudah jauh kita berhijrah ke negeri orang semata-mata untuk mencari sebutir mutiara ilmu yang tidak ada nilai dengan dunia dan seisinya. Sungguh kita sudah semakin alpa! Kita terlalu leka!

Mampukah kita untuk menjadi benteng utama bagi menangkis serangan penyelewengan Aqidah, Ibadah dan Syaksiyyah ummah yang dapat melahirkan ulama'-ulama' pewaris Nabi. Mampukah kita untuk menjadi seorang ulama' Al-Amilun ( ulama' yang beramal dengan ilmu ) yang akan menyelamatkan masyarakat kita di tanah air nanti? Layakkah kita nak menjadi seorang daie.

Sudah lupakah kita pada keluarga, orang kampung yang telah menaruh harapan yang terlalu tinggi pada kita. Ibu bapa dan masyarakat di kampung sedang membilang tahun. Hantar anak-anak belajar di bumi yang paling barakah di dunia. Ada ibu bapa yang sampai menggadai tanah mencari kewangan, semata-mata untuk menghantar anak belajar agama. Begitu juga dengan masyarakat di kampung. Tak henti-henti menghulurkan sumbangan kewangan semata-mata meletakkan harapan supaya bila pulang ke tanah air nanti akan menjadi alim ulamak. Boleh memberi syafaat kepada keluarga, agama dan masyarakat sekampung di akhirat kelak.

Tapi kita telah terlalu banyak membuang masa dengan laptop dan internet. Hingga lupa akan tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu agama yang kamil. Sedih sungguh apabila melihat gelagat pelajar-pelajar suka membuang masa dengan menonton cerita-cerita Mat Saleh beramai-ramai melalui laptop, chatting dengan Yahoo Messenger dan download filem-filem yang tak bermanfaat. Perbuatan ini dilakukan seolah-olah mereka tidak memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Apa yang penting adalah keseronokan dunia semata-mata.

Sepatutnya unsur-unsur negatif seperti ini tidak perlu difikirkan lagi, demi menjadi seorang pelajar yang berilmu dengan memiliki jasmani, emosi, rohani dan intelek yang bersih. Ilmu-ilmu yang dipelajari sudah tidak mampu untuk diamalkan. Bagaimana mungkin kita akan mampu menjana kekuatan islam, dan hakikat sahsiah pelajar selaras dengan matlamat agama.

Beginikah caranya pelajar-pelajar pondok yang menggantikan generasi pewaris ulamak dan para ambia’ dalam menyempurnakan agama islam dan kekuatannya. Sepatutnya kita perlu fikirkan amanah dan tanggungjawab yang berat perlu dipikul demi mempertahankan islam. Selain itu, kita juga merupakan bakal pendidik generasi akan datang. Sudah alpakah kita.

Firman Allah SWT : "Demi masa, sesungguhnya seluruh manusia dalam kerugian". (AI-Asr)

Sudahlah ulamak semakin kurang. Dengan waktu yang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaian kita sendiri dalam mengurus waktu. Banyak membuang masa. Justeru, tidak hairanlah akan wujud diantara pelajar-pelajar agama yang menjadi satu golongan yang tidak beramal dengan ilmunya. Mereka ini akan menjadi pemimpin kelak, hingga akhirnya membawa kemusnahan dan mengundang kecelakaan pada dunia.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulamak hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

'Auzubillahiminzaalik…. Minta dijauhkan daripada golongan yang semacam ini. Akhir kalam, pesanan buat pelajar-pelajar pondok yang akan datang menyambung pengajian ke Makkah nanti. Sebelum datang atau selepas datang, jangan sesekali anda membeli laptop, handset yang berwarna/berkamera atau membawa permainan-permainan yang melekakan. Jika yang sudah punyai laptop, tinggalkan ia di rumah. Jangan sesekali membawanya ke Makkah, kerana ia akan merosakkan pengajian dan masa depan. Sementara anda menjadi seorang penuntut. Tinggalkan hal-hal dunia yang melalaikan. Insya Allah anda akan mendapat ilmu yang berkat dan diredhai Allah. Pulang nanti akan menjadi seorang ulamak yang disegani dan ditakuti oleh musuh-musuh islam.

p/s: Jika nak guna komputer/laptop untuk menaip dan menggunakan internet. Bolehlah ambil masa 3 bulan sekali atau 2 bulan sekali, atau jika tak tahan sangat boleh pergi online sebulan sekali. Pergi ke 'aziziyah. Sana ada cyber cafe. Naik kereta hanya ambil masa 10 minit saja dari bukit Ajyad. Tambang 5 riyal. Apa pun, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu.

Kerana orang yang mengamalkan ilmu bererti meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kita ilmu yang membolehkan kita membezakan antara yang benar dan batil. Allah juga akan menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Seperti firman Allah saw. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang batil, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (al-Anfal: 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya, serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Hadid,: 28]


Wallahu'aklam....
 http://halimislamic.blogspot.com





Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Berbalah


SHAH ALAM: Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan (gambar) mengambil langkah sempena tahun baru untuk menutup akaun Facebook miliknya berkuatkuasa 1 Januari 2012.

Chef Wan berkata, keputusan itu disebabkan dia tidak mahu menjadi punca pelbagai perbalahan yang berlaku antara peminat di dalam laman berkenaan.

"Setiap kali saya menulis sesuatu, ia akan menjadi perbalahan antara yang menyokong saya dan yang ingin menghentam.

"Jadi saya rasa ia adalah tidak bagus seolah-olah saya menjadi punca perbalahan kepada banyak pihak," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas menjadi juri pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) di Stadium Malawati di sini, malam Jumaat.

Beliau juga kesal kerana terlalu banyak pihak yang bersifat terlalu cepat menghukum atau menilai sesuatu perkara yang ditulisnya.

"Bukan sahaja cara saya mengkritik dalam MLM dihentam hebat tetapi juga paling menyedihkan saya dituduh cuba memurtadkan cucu saya hanya kerana membawanya ke majlis Hari Natal.

"Tuduhan-tuduhan begini membuatkan saya kecewa dan mengambil keputusan untuk menutup akaun tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia juga mahukan ketenangan dalam dan tidak mahu menghabiskan masa dengan melayari laman sosial itu.

Tambahnya terdapat banyak perkara lain yang menjadi tumpuannya pada 2012 seperti kerjaya masakan dan ingin menghabiskan masa bersama keluarga.

"Serina pun bakal melahirkan anak kedua pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada cucu dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dirinya akan menerima sebarang jemputan sebagai juri selepas ini, chef Wan berkata, dia masih belum memikirkan soal itu.

Bagaimanapun katanya, ada kemungkinan dia akan kembali ke pentas juri jika tawaran yang diberikan sesuai.

"Buat masa ini saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut. Mungkin akan buat lagi (juri) dan mungkin tidak," ujarnya. - Mstar
 http://lagiberita.blogspot.com





Bahaya fitnah dalam hidup





SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat.

Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.

Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW: “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)

Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.





Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.

Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.

Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.

Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.

Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.

Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.

Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.

Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.

Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”

 http://www.islamituindah.my





PERIGI MENCARI TIMBA? 

 



Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi."

Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita bersama - sama mengkaji sirah terdahulu.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya?

Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad S.A.W , beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita.


Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani.

Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya.

Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.


Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah.

Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber'couple', dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

akhir kalam, jika kita benar - benar sudah bersedia dan sudah berjumpa dengan seseorang yang kita rasa dia betul - betul boleh membimbing kita, maka tidak perlulah segan silu untuk menyuarakan keinginan kita kepadanya kerana di zaman yang serba moden ini tiada lagi istilah "Perigi mencari timba". dan jika ingin menyuarakan keinginan itu mestila selari dengan ajaran islam kerana islam itu indah.

"Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu." (Imam Nawawi )

"Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya"

- Artikel iluvislam.com






Kerjaya PTD

 
Kerjaya PTD
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.

“Bacaan wajib untuk mereka yang berminat menyertai kor perkhidmatan elit ini.”
-Muhammad Hazam bin Hajanan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik-

Penghasilan buku ini bermula apabila ramai rakan taulan yang mengalami kesukaran memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang dianggap cukup berprestij dan elit.

Namun apa didapati oleh penulis adalah kekurangan maklumat tentang perkhidmatan ini. Untuk itu adalah diharapkan maklumat di dalam buku ini dapat membantu para pembaca yang berminat memasukinya.

Buku ini secara ringkasnya membicarakan PTD mengikut aspek-aspek seperti sejarah kerjaya, bidang tugas, kelayakan yang diperlukan, keistimewan-keistimewaannya dan tokoh-tokoh kerjaya.

Sebenarnya jasa dan sumbangan para pegawai Tadbir dan Diplomatik ini cukup banyak untuk diperkatakan. Malah ia kerap dirujuk dalam buku-buku teks sejarah. Oleh kerana buku-buku ini tidak menyebut secara spesifik jawatan pegawai awam tersebut, maka ramai yang tidak mengetahui skim perkhidmatan ini.

Malah dalam pengalaman penulis, kecemerlangan individu dalam perkhidmatan ini menyebabkan tenggelamnya nama perkhidmatan tersebut.

Sumbang bakti mereka hanya dapat dilihat di belakang tabir pentadbiran negara dan menyerahkan para pemimpin negara memainkan peranan di barisan hadapan kerajaan.Untuk itu buku ini mampu menerangkan kepada para pembaca sekalian berkaitan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam sejarah Malaysia.

Selain itu buku ini juga akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan pendidikan yang diperlukan beserta bantuan-bantuan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.

Pendek kata ia akan membimbing para pembaca daripada peringkat sebelum memohon kerjaya ini hinggalah berjaya disahkan dalam perkhidmatan. Untuk itu buku ini sesuai kepada para pembaca yang masih di bangku sekolah hinggalah ke peringkat memohon kerjaya.
Isi Kandungan
Sekapur Sirih
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan
Bab 1: Sejarah Kerjaya
Kronologi Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Catatan Diari PTD
Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya
Bab 3: Pendapat Pakar
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 4: Syarat dan Kelayakan
Syarat Pelantikan
Kriteria-kriteria Pilihan
Bab 5: Biasiswa dan Pinjaman
Direktorat Biasiswa/Pinjaman
Bab 6: Institusi Berkaitan
Kursus Berkaitan
Bab 7: Cara-Cara Memohon dan Tip
Bahagian 3: Peluang Kerjaya
Bab 8: Skim Perkhidmatan
Bab 9: Faedah dan Kelebihan
Bab 10 : Skala dan Syarat Kenaikan Gaji
Imbuhan, Elaun dan Kemudahan
Senarai Kemudahan
Penetapan Kelayakan Serta Kadar Elaun dan Kemudahan

Bahagian 4: Bidang Tugas PTD
Bab 11 : Bidang Tugas
Bahagian 5: Peperiksaan Khas
Bahagian 6: Organisasi Berkaitan
Bab 12: Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bab 13: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia
Bab 14: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Bahagian 7: Penempatan PTD
Bahagian 8: Cabaran dan Isu PTD
Bab 15: Cabaran PTD 108
Bahagian 9: Maklumat Bonus
Bab 16: Sepuluh Tokoh – Tokoh Pilihan PTD
Bab 17: Agensi-Agensi Penempatan PTD
Bab 18: Waktu Bekerja
Bab 19: Suasana Pejabat
Bab 20: Pakaian
Bab 21: Jenis-Jenis Penghargaan
Bab 22 : Personaliti PTD
Bab 23: Latihan PTD
Bab 24: Pelan Latihan PTD
Bahagian 10: Harapan Pemimpin
Penutup Bicara
Appendik
Bibliografi







Kerjaya sebagai PTD 

 

 

kerjaya saya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)betul-betul menguji kemampuan diri saya yang sebenarnya dalam aspek pengurusan dan perhubungan awam dengan staff dalaman dan masyarakat awam,perlu banyak bersabar dan berdiplomasi,masa perlu dicurahkan demi komitmen terhadap kerjaya...Niat di hati untuk bantu masyarakat dan menguruskan kepentingan mereka demi kemaslahatan hidup dan kebajikan terjaga secara harmoni...Biar Allah tentukan balasannya, as alullaha khairal jaza wa thaubal 'azim jannatal firdausi....Insya Allah..

Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (Per. 132) Perkhidmatan Awam terdiri daripada Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Tujuan utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Perkhidmatan Awam mempunyai fungsi dan peranan yang pelbagai seperti membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Untuk itu, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Bagi kebanyakan orang, tugas utama bagi penjawat dalam perkhidmatan ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat dimana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Ini merupakan suatu tanggapan cetek dan terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan.

Sebenarnya, perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.

Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.

Perkhidmatan PTD menawarkan pembangunan kerjaya yang menarik dari segi penempatan seperti yang telah disebutkan dan peluang untuk mengikuti latihan dan kursus dalam perkhidmatan yang terbuka luas. Dari segi kenaikan pangkat pula, walaupun tidaklah terlalu baik tetapi masih tergolong dalam kategori perkhidmatan yang teratas dari segi peluang kenaikan pangkat. Latihan dalam perkhidmatan banyak disediakan sehingga ke peringkat Ph.D. Bagi merancang dan menggubal satu pelan pembangunan PTD, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menubuhkan Unit Strategik pada awal tahun 1999 di bawah Bahagian Perkhidmatan (lihat carta organisasi).

Hasilnya, semua dasar dan strategi pembangunan kerjaya PTD telah digubal dan dilulus dalam bulan Jun 1999 dan kini sedang dilaksanakan. Dasar dan strategi ini terkandung dalam Pelan Komprehensif Pengurusan Sumber Manusia Pegawai Tadbir dan Diplomatik Abad Ke-21. Pelan ini temasuklah dasar pengambilan, penempatan, latihan, perancangan penggantian (succession planning) dan exit policy. Kini, model pelan komprehensif ini telah diikuti oleh perkhidmatan lain seperti perkhidmatan Pegawai Sistem Maklumat dan pegawai perkhidmatan sokongan.

Perkhidmatan PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang luas termasuk peluang mengikuti ijazah Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negeri. Ini memandangkan dasar latihan perkhidmatan PTD adalah untuk membentuk pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing serta bersifat versatile selaras dengan fungsi tugas pegawai PTD.

Aspek latihan dititikberatkan dari peringkat awal lagi yang mana pegawai PTD adalah disyaratkan mengikuti kursus sijil Diploma Pengurusan Awam (DPA) sebelum disahkan dalam jawatan. Pegawai-pegawai PTD seterusnya akan diberi latihan semasa dalam perkhidmatan seperti kepimpinan, perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, negotiation skill, teknologi maklumat dan lain-lain lagi. Pegawai-pegawai cemerlang akan ditawarkan mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D

KENAIKAN PANGKAT

Pegawai-pegawai PTD yang menunjukkan prestasi kerja dan kebolehan yang baik serta berpotensi boleh meningkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam termasuk mengisi jawatan utama sektor awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan jawatan-jawatan penting lain seperti Pengarah-pengarah Jabatan dan Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran.

KEBAJIKAN

Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mempunyai persatuan yang menjaga dan memperjuangkan hak dan kebajikan ahli-ahli. Persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik atau dikenali sebagai PPTD. Wawasan PPTD adalah Mengekalkan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sebagai Perkhidmatan Perdana dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Objektif penubuhan PPTD adalah:
  1. Menyemaikan perasaan berpesatuan dan meningkatkan semangat kerjasama di antara ahli-ahli
  2. Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka
  3. Memupuk kesedaran ahli-ahli akan tanggungjawab berkaitan dengan jawatan yang mereka sandang
  4. Meluaskan pengalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan ahli-ahli dalam menjalankan tugas-tugas mereka
  5. Mengembelingkan tenaga ahli-ahli bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

Calon-calon yang mengambil peperiksaan ini adalah dari beraneka jurusan dan soalan-soalan juga adalah dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, mungkin ada soalan-soalan yang anda tidak boleh menjawab kerana diluar bidang ilmu pengetahuan anda tetapi anda tidak perlu bimbang kerana ada pula soalan-soalan yang anda seharusnya boleh menjawab sebab perkara-perkara itu di dalam bidang ilmu pengetahuan anda. Tegasnya peperiksaan ini adalah adalah untuk menguji kematangan pemikiran anda yang telah anda semai dan pupuk sepanjang riwayat persekolahan dan pengajian anda. Kesimpulannya matlamat akhir peperiksaan ini adalah untuk mengukur kualiti dan potensi anda sebagai bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah satu daripada syarat lantikan. Peperiksaan ini bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik. Di samping itu, ia juga bertujuan menguji sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalamannya. Adalah ditegaskan di sini bahawa peperiksaan ini tidak sekali-kali bertujuan mengukur ilmu pengetahuan calon semata-mata dalam sesuatu bidang yang khusus. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi berbagai-bagai lapangan ilmu pengetahuan.

PANDUAN UMUM

1.Di hari peperiksaan calon hendaklah membawa perkara-perkara berikut :

i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan;,ii. Kad Pengenalan; iii. Pensil 2B atau BB, pen dan Pemadam lembut; dan iv.Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.


2.Calon-calon mestilah berada di pusat peperiksaan lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.


3.Calon-calon mestilah mematuhi arahan Ketua Pengawas.


4.Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau cuba berhubung dengan lain-lain calon semasa peperiksaan sedang berjalan. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.


5.Calon-calon hanya boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas tiga (30) minit masa peperiksaan dimulakan


6.Semua jawapan hendaklah dibuat dalam kertas jawapan yang disediakan iaitu :

i. Kertas OMR - bagi soalan-soalan dalam seksyen A, B dan C.

ii. Kertas tulis SPA - bagi soalan-soalan esei dalam seksyen D dan E.


7. No. Kad pengenalan yang dicatat pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.

SUKATAN PEPERIKSAAN


Peperiksaan ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen seperti berikut :

Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen C - Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
Seksyen D - Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris.

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.


Contoh Soalan

1.Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :


A. Penubuhan ASEAN.

B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.

C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.

D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan mereka ke atas Sabah.

E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.

Jawapan - B


2.Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti dan ia mestilah seorang yang

A. Beragama Islam.

B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.

C. Keturunan Melayu.

D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.

E. Menjadi warganegara secara masukan.

Jawapan - D


SEKSYEN B - DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40
Markahh : 20

Di dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaian masalah-masalah dengan menggunakan :

i.Logik untuk menyelesaikan masalah;
ii.Menginterpretasi Data; dan
iii.Konsep-konsep matematik.


(I) Kebolehan menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.

Di dalam soalan ini calon-calon dikehendaki menggunakan kepintaran pemikiran dan juga logik untukmemberi jawapan yang tepat ataupun untuk jawapan-jawapan yang salah. Calon-calon akan diberi berbagai-bagai masalah. Calon-calon dikehendaki menggunakan segala kepintaran berfikir untuk mencari jawapan.

Contoh Soalan

1.Sila pilih kenyataan-kenyataan yang boleh dipercayai yang telah diberikan oleh individu berikut :
Peguambela : ”Yang dituduh tidak bersalah kerana ia tidak berada di tempat kejadian jenayah berlaku”.
Jururawat : ”Jika anda makan ubat ini tiga (3) kali sehari, awak akan sembuh dengan segera”.
Profesor : ”Keadaan Inflasi Di Malaysia akan Ekonomi berkurangan dalam masa dua (2) tahun lagi memandangkan perkembangan ekonomi dunia sekarang”.
Penganggur : ”Saya sudah memohon kerja di lima buah tempat, tetapi semua memberi jawapan tidak ada kerja kosong”.
A. Peguambela.
B. Jururawat.

C. Profesor Ekonomi.

D. Penganggur.

E. Peguambela dan Jururawat.

Jawapan - D

Penjelasan

Kenyataan peguambela tidak boleh diterima kerana ia adalah satu kenyataannya sahaja, yang mungkin tidak berbukti, yang memutuskan secara muktamat ialah Hakim. Lagi pun peguambela sudah tentu menyebelahi pihak anak guamnya.

Kenyataan Jururawat tidak boleh diterima kerana Jururawat tidak dapat menjamin penyakit boleh sembuh.

Kenyataan Profesor Ekonomi tidak boleh diterima kerana ia merupakan satu ramalan sahaja.

Hanya kenyataan penganggur sahaja yang boleh diterima kerana ia adalah kenyataan benar berlaku kepadanya.

2.Mengikut undang-undang perbuatan mencuri adalah mengambil harta orang lain dengan tujuan melarikan harta itu daripada yang mempunyainya.

Pada suatu hari Y telah pergi ke kedai dan mengambil sebungkus coklat dengan tidak membayar dan telah memakan coklat tersebut. Sehari kemudian Y berperasaan kesal dan telah balik ke kedai tersebut dan membuat pengakuan bahawa ia telah mengambil coklat itu. Dia juga meminta maaf dan sanggup membayar balik harga coklat itu. Tuan punya kedai itu tidak mahu menerima bayaran da sebaliknya telah membuat laporan kepada Polis. Dalam keadaan ini mengikut petikan Undang-undang seperti di atas, Y adalah


A. Tidak bersalah kerana ia sanggup membayar coklat tersebut.

B. Bersalah kerana tuan punya kedai tidak memaafkannya.

C. Bersalah kerana mengambil coklat itu tanpa bayaran.

D. Tidak bersalah kerana ia telah membuat pengakuan ia mengambil coklat itu dengan sengaja.

E. Tidak bersalah kerana ia telah meminta maaf.

Jawapan - C

Penjelasan

Persoalan pokok di sini ialah sama ada perbuatan Y itu dianggap senagai mencuri atau tidak disisi Undang-undang. Nyata sekali Y telah mengambil coklat itu dan memakannya dan dengan itu, ”melarikan harta itu daripada yang mempunyainya”. Dengan itu Y adalah bersalah. Oleh yang demikian jawapan yang boleh diterima ialah di antara B dan C. Y bersalah bukan kerana tidan dimaafkan oleh tuan punya kedai tetapi Y bersalah kerana telah mengambil coklat itu tanpa bayaran. Soal sama ada tuan kedai memaafkannya atau tidak, tidak timbul. Oleh yang demikian jawapan yang paling tepat ialah C.

(II) Kebolehan Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa masalah yang menggunakan berbagai perangkaan. Daripada berbagai-bagai perangkaan ini calon dikehendaki menganalisanya untuk meyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Untuk memudahkan calon memberi jawapan, calon-calon adalah digalakkan menggunakan graf, jadual dan sebagainya.

Contoh Soalan
Sila gunakan jadual berikut untuk menjawab soalan-soalan berikutnya :-

Kadar cukai Di Malaysia

0 - 5000
2,500 @ 6%
= 150

+ 2,500 @ 9%
= 225



5,000 - 7,500
5,000
= 375

+ 2,500 12%
= 300



7,500 - 10,000
7,500
= 675

+ 2,500 15%
= 375



10,000 - 15,000
10,000
= 1,050

+ 5,000 20%
= 1,000



15,000 - 20,000
15,000
= 2,050

+ 5,000 25%
= 1,250



20,000 - 25,000
20,000
= 3,350

+ 5,000 30%
= 1,500



25,000 - 35,000
25,000
= 4,800

+ 10,000 35%
= 3,500



35,000 - 50,000
35,000
= 8,300

+ 15,000 40%
= 6,000



50,000 - 75,000
50,000
= 14,300

+ 25,000 45%
= 11,250



75,000 - 100,000
75,000
= 22,500

+ 25,000 50%
= 12,500

1.Jumlah cukai yang dibayar bagi pendapatan bercukai yang berjumlah RM 8,500 ialah

A. RM 815
B. RM 825
C. RM 820

D. RM 1,050
Jawapan - B


2. Pendapatan bercukai anda tahun ini ialah RM 20,000 dan pada tahun hadapan anda akan mendapat pendapatan bercukai sebanyak RM 23,000. Berapakah jumlah cukai tambahan yang harus anda bayar bagi tahun hadapan?


A. RM 200

B. RM 300

C. RM 900

D. RM 1,500
E. RM 2,400
Jawapan - C


3.Jika anda membayar cukai RM 240 bagi tahun 1996 berapakah pendapatan bercukai anda bagi tahun tersebut?


A. RM 3,000

B. RM 5,000

C. RM 3,500

D. RM 4,500
E. RM 4,750
Jawapan - C

(III) Menyelesaikan Masalah Dengan Menggunakan Konsep-konsep Matematik.

Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan tingkatan 5 (SPM). Oleh yang demikian adalah dianggap soalan-soalan ini sesuai untuk semua calon kerana semua calon telah melalui Tingkatan 5. Walaupun ada calon yang pengkhususannya ialah matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna lebih mudah bagi mereka menjawab daripada calon-calon yang lain kerana soalan-soalan ini adalah lebih merupakan soalan logik, hanya penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan konsep-konsep matematik di peringkat Tingkatan 5.

Contoh Soalan

1. Dalam satu pertandingan Bola Sepak sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?


A. 28

B. 49

C. 56

D. 62

E. 64
Jawapan - A

Cara mendapatkan jawapan

Ada 8 pasukan yang mengambil bahagian. Tiap-tiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu tiap-tiap pasukan mesti bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8 x 7) permainan, tetapi satu pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali. Oleh itu untuk mengelakkan pengiraan dua kali permainan maka jumlah permainan ialah 8x7/2 = 28

1. Di dalam sebuah kelas ada 40 orang penuntut. 90% daripada mereka mengambil peperiksaan; 3/4 daripada yang mengambil peperiksaan itu telah lulus. Berapakah jumlah penuntut yang lulus?


A. 27

B. 30

C. 33

D. 36

E. 37
Jawapan - A

Cara mendapat jawapan

90% daripada 40 = 36
3/4 daripada 36 = 27


SEKSYEN C – PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN TERHADAP ESEI-ESEI


Masa : 35 minit
Bilangan Soalan Objektif : 20 soalan
Markah : 10

Calon-calon akan diberi 4 petikan esei yang mengandungi di antara 300 hingga 400 perkataan setiap satu iaitu 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Bagi setiap esei calon akan diberi 5 solan yang akan menguji kefahaman dan pengertian calon terhadap esei yang diberi. Bagi esei-esei dalam Bahasa Melayu soalan-soalannya adalah dalam Bahasa Melayu. Bagi esei-esei dalam Bahasa Inggeris soalan-soalannya adalah dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan akan berasaskan kepada esei yang diberi dan bukan kepada pengetahuan calon sendiri. Oleh yang demikian jawapan hendaklah berpandukan kepada kandungan esei yang diberikan. Soalan-soalan akan ditumpukan kepada perkara-perkara berikut :

(i)Perkara yang penting yang dinyatakan atau tujuan utama esei tersebut;
(ii)Penerangan- penerangan atau kenyataan yang nyata dan jelas seperti tersebut dalam esei;
(iii)Kenyataan-kenyataan ataupun pemikiran yang disindir atau tempelak daripada esei tersebut;
(iv)aliran pemikiran dan asas-asas perbahasaan seperti yang diberi oleh penulis;
(v)Perasaan penulis itu sama ada menyokong atau menolak, memberi pendapat yang bebas suka/duka dan sebagainya.

Contoh Soalan

Esei

Takhta juga menjadi pemerintah atau kerajaan. Raja mempunyai kata pemutus mengenai sesuatu perkara.

Baginda kadang-kadang mewakilkan kuasa itu kepada Memanda Menteri atau Bendahara dan kadangkala menjalankan tugas pemerintahan itu oleh baginda sendiri. Di sini timbulnya istilah Kerajaan yang berasal dari konsep ”raja yang bekerja”. Takhta juga menjalankan peranan sebagai bahan pengadilan, tempat tiap-tiap kes itu dijalankan di hadapan raja di dalam istana, dan rajalah yang menjadi hakim dan memberi kata putus. Sejarah Melayu telah menunjukkan bahawa Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka atas sifat baginda sebagai hakim. Kemudian, baginda menyesal di atas hukuman itu. Nasib Hang Tuag tidak dibunuh, tetapi hanya disembunyikan oleh Bendahara.

Oleh kerana ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dilaksanakan secara berkesan oleh seseorang raja, maka tugas itu telah diserahkan dan diwakilkan kepada orang lain untuk menjalankannya. Dalam konteks moden, ketiga-tiga tugas itu dijalankan oleh Parlimen sebagai badan membuat undang-undang pemerintah atau Kerajaan sebagai badan yang melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman sebagai badan pengadilan. Di negara kita, takhta masih kekal sebagai satu simbol lambang perpaduan, sebagai tempat memohon belas kasihan dan pengampunan, dan sebagai gedung pengurniaan bintang-bintang kehormatan.

Sejarah telah menunjukkan juga bahawa setengah-setengah negara, takhta telah dialihkan dari istana dan ditempatkan di muzium untuk dijadikan bahan sejarah budaya. Pada awal abad kesembilan belas, ada lebih daripada 900 buah takhta dalam dunia ini, tetapi bilangan ini telah turun satu demi satu – kepada 240 buah dalam abad ke dua puluh – hanya terdapat sebanyak 40 buah takhta.

Takhta Merak Kayangan di Iran dari istana ke muzium sejarah kerana rakyat Iran tidak lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada takhta, kononnya Takhta Merak Pahlavi tidak melebihi kuasa yang ada padanya.

Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya penasihat-penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan ini berlaku, maka lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta akan tergugat. Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemaraan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat dimakbulkan Allah, maka berpindahlah takhta dari istana ke muzium seni dan budaya.

1.Mengikut penulis :

A. Raja-raja pemerintah harus diberi kuasa penuh.

B. Raja-raja pemerintah patut dihapuskan.

C. Raja-raja pemerintah patut menyerah balik kuasa.

D. Raja-raja pemerintah patut hanya bertugas sebagai penaung dan pemerintah dibuat oleh rakyat sendiri.

E. Raja-raja pemerintah patut berkecuali.

Jawapan - D


2.Mengikut pendapat penulis Hang Tuah telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka kerana


A. Sultan mempunyai kuasa yang penuh.

B. Sultan juga bertindak sebagai hakim.

C. Hang Tuah telah melakukan kesalahan.

D. Hang Tuah mencemar Sultan.

E. Hang Tuah telah menderhaka.

Jawapan - B


3.Mengikut pendapat penulis kejatuhan institusi Raja-raja pemerintah adalah disebabkan

A. Raja yang zalim.

B. Raja tidak mendengar kata rakyat.

C. Raja yang tidak peka.

D. Raja tidak tahu memerintah.

E. Raja telah diberi salah nasihat oleh penasihat-penasihat istana.

Jawapan - E


Passage

Wanted urgently : a national energy policy. An Inventory of Malaysia’s resource, both conventional and non conventional. A projection of national energy needs for the century.

Energy is one of the major issues of the moment – and will continue to be for a long time vet – particularly for the developing countries, Malaysia included.
The country’s known oil reserves are estimated at only about a billion barrels. It is expected, therefore, to become a net oil importer in about six or seven year.

The fact that a Cabinet Committee on energy exists to deal with policy issues in this area surfaced again recently. In fact the committee was set up in 1978 but it has operated in such a low key that it is scarcely heard of or from.

Likewise the second tier committee of officials which is charged with making recommendations to Ministers and to oversee the implementation of their decisions seem to have led an equally shadowy existence.

This suggest the status of energy has yet to be raised to that of a major policy concern, even though pronouncements by top leaders such as The Prime Minister fully reflect their awareness of the seriousness of the problems that loom ahead. Take the Fourth Malaysia Plan for example. After pouring over the 400 – odd pages document, the reader will find it difficult to resist the conclusion that the energy dimension has not been given an adequate treatment, although it is obvious that no country in today’s circumstances can set out a framework for development without it.

The long discussion on an appropriate economic strategy for the 1980s does not refer to energy even in passing ehile the chapter under which energy has been dumped together with utilities is silent about plans diversifying the energy base.

If one is looking for specific details about the four-fuel strategy announced by The Prime Minister several months ago and reiterated by A Cabinet Minister more recently, one will be disappointed.

Nothing is said about a master plan for the use of gas in the country, expected to be prepared by World Bank by World Bank ezperts. Nor about the prospects for using local coals for power generation and what of the progress of the studies undertaken by West German consultants in Sarawak?

These were aimed at determining the feasibility of harnessing the vast hydro potential the Pelagus rapids and the Balui river and the feasibility of a submarine cable system for transmitting power to Peninsular Malaysia 600 or so miles across the South China Sea.


4.In this passage the auther :

A. Is optimistic that Malaysia can solve its future energy problem.

B. Is pessimistic about Malaysia’s future energy situation.

C. Is of the opinion that the government is not veru concerned with future energy problem.

D. Feels that there must be a greater effort by the government to study the future energy supply and demand.

E. Is pessimistic about the capability of Malaysia to solve its energy problem.

Correct Answer - D


5.According to the author as, as far as future needs of energy are concerned, the immediated step to be taken by the government is :

A. To drill more oil.

B. To use hydro power from Pelagus and Balui.

C. To carry out a national energy resources survey.

D. To use the coal resources.

E. To use oil resources.

Correct Answer - C


6. According to the author of one is interested to know details about Malaysia’s future energy situation

A. One must read the Fouth Malaysia Plan.

B. One must read the Prime Minister’s recent announcement.

C. One cannot find detail anywhere.

D. One has to see the Cabinet Committee Report.

E. One has to see the Annual Economic Report.

Correct Answer - C


SEKSYEN D – ESEI BAHASA MELAYU

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : 200 hingga 300 perkataan

Di dalam seksyen E akan diberi soalan-soalan Bahasa Inggeris yang menggalakkan anda memberi pendapat terhadap sesuatu isu. Misalnya ”Electronic Government in Malaysia”. Di dalam tajuk seperti ini anda hendaklah memberikan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan anda berkaitan dengan tajuk yang diberi. Objektif utama seksyen ini adalah menguji kebolehan calon-calon di dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN

Di bawah ini disampaikan nasihat-nasihat yang perlu diambil ingatan bagi memudahkan anda berjaya di dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif
(Soalan-soalan di dalam Seksyen A, B dan C)

(a) Anda harus sedar bahawa di dalam peperiksaan ini calon-calon yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada calon-calon dari pelbagai lapangan akademik. Soalan-soalan juga disediakan meliputi seluas-luasnya bidang akademik. Oleh yang demikian memang mungkin ada beberapa soalan yang anda tidak boleh menjawab langsung kerana ia diluar daripada bidang pengkhususan anda sedangkan soalan-soalan itu sesuai kepada calon-calon yang lain yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian jika anda mendapati mana-mana satu soalan yang anda tidak boleh menjawab, jangan membuang masa tetapi hendaklah terus menjawab soalan-soalan yang lain. Apabila masa mengizinkan bolehlah anda kembali kepada soalan itu. Tegasnya, jika anda tidak dapat menjawab mana-mana satu soalan, jangan bimbang kerana memang ada soalan-soalan yang lain yang seharusnya anda boleh menjawabnya kerana ia termasuk di dalam bidang pengajian anda.

(b) Soalan objektif merupakan soalan aneka pilihan di mana 5 jawapan diberi dan anda dikehendaki memilih 1. Adalah ditegaskan di sini iaitu jawapan yang dikehendaki bukanlah sahaja jawapan yang betul tetapi ialah yang paling tepat. Apabila anda membaca buat kali pertama anda mungkin akan menjumpai jawapan yang anda anggap betul daripada 5 pilihan yang diberi. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan membaca dan mengkaji kelima-lima jawapan yang diberi kerana harus diingat bahawa anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memilih jawapan yang betul dan tepat anda mungkin akan dapat mengenalpasti jawapan yang salah. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang anda agak salah, maka pemilihan anda akan berkurangan dan ini akan dapat membantu anda memilih jawapan yang lebih tepat daripada jawapan yang tinggal.

(c) Untuk memilih jawapan anda diberi kertas khas yang disediakan yang akan diproses dengan menggunakan komputer. Adalah ditegaskan bahawa anda hendaklah menggunakan pensil 2B atau BB sahaja. Jika anda menggunakan lain-lain alatulis selain daripada pensil 2B atau BB jawapan anda tidak akan dikira kerana komputer tidak akan menerimanya. Jika anda perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, anda hendaklah menggunakan kertas lain ataupun menggunakan buku soalan yang ada pada anda. Kertas yang disediakan khas untuk jawapan hendaklah digunakan semata-mata untuk jawapan dan tidak boleh digunakan untuk membuat apa-apa tulisan atau catatan yang lain kerana ini akan ditolak oleh komputer dan dengan itu merugikan anda.

Soalan Esei
(Soalan-soalan dalam Seksyen D dan E)

(a) Bahagian Esei dibahagikan kepada dua seksyen iaitu Seksyen D (esei Bahasa Melayu) dan Seksyen E (esei Bahasa Inggeris). Bagi tiap-tiap satu seksyen anda diberi tiga tajuk untuk anda memilih satu.

(b) Masa yang diberi iaitu 1 jam bagi satu esei adalah masa yang agak panjang kerana biasanya di dalam sesuatu peperiksaan anda diberi hanya 30 atau 45 minit sahaja. Tujuan anda diberi masa yang panjang bukanlah untuk menulis esei yang panjang tetapi anda hendaklah memberi esei yang bernas, teratur, cara persembahan dan susunan yang baik. Esei hendaklah ditulis dengan tulisan yang cantik dan anda digalakkan membuat susunan perenggan yang baik dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil dan mengemukakan hujah-hujah dengan teratur dan mengikut logik. Oleh yang demikian anda adalah dinasihatkan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk membuat perancangan, membuat nota, rangka dan sebagainya sebelum menulis esei ini.

PENUTUP

Anda sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah setinggi-tinggi yang terdaya. Jika anda lulus, maka anda mungkin berpeluang untuk dipanggil ke assessment centre. Ini bermakna peluang untuk anda dipertimbangkan ke jawatan P.T.D. adalah lebih baik.
Posted by
 http://sufisalafi.blogspot.com/2009/01/kerjaya-sebagai-ptd.html