Kelebihan Berzikir Kelebihan Berzikir Mungkin tajuk ini adalah tajuk ulangan sebelum ini. Tapi kami merasakan penting untuk diri kita dan sahabat-sahabat semua. Jadi, kami ingin berkongsi sedikit ‘ilmu dengan sahabat semua tentang perkara ini. Junjungan Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah S.W.T., serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh-musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong lehermu?” Kemudian para sahabat bertanya, “Apakah itu wahai Rasul?” Beliau menjawab: “Zikir kepada Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat al-Baihaqi). Nabi panutan kita telah bersabda lagi yang bermaksud: “Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Bersabda lagi ...
Posts
Showing posts with the label zikirullah