Fatwa Rokok 1995/37/3 Sosial/Syariah Keputusan: Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar. Keterangan/Hujah: i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat 27: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya. ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu men...
Posts
Showing posts with the label fatwa merokok dan istidraj