- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, May 31, 2011







Mendapat 7 Ribu pahala dalam masa satu minit

peribadirasulullah | Mei 31, 2011 at 1:16 pm | Categories: Taman Syurga | URL: http://wp.me/pBfvy-4ul
http://www.mazikao.net/vb/image.php?u=26264&dateline=1306025641
هل تريد أن تمسح ذنوبك الي ارتكبتها من سنين بدقائق !
فرصة لا تعـــــــــــــــــــــــ ـــــــــوض
ومعظم هذه المشاريع لا تكلف شيئا ، فلا يلزمك طهاره ، او تعب ، او بذل جهد .
بل تقوم بها وانت تسير على قدميك او راكبا سيارتك ، او مستلق على ظهرك او واقفا او جالسا تنتظر
احدا .....، وهذه المشاريع كالاتي :
دقيقة واحده : تستطيع ان تقرأ سورة الفاتحة ( 5 ) مرات فتحصل على اكثر من 7000 حسنه . دقيقة واحدة : تستطيع ان تقرأ سورة الاخلاص ( 15 ) مره فانها تعادل قراءة القرأن ( 5 ) مرات .
من قرأ سورة الإخلاص ثلاث مرات في اليوم كان أجرة كمن قرأ القرآن كاملا.
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah 5 kali pasti mendapat 7000 pahala.
Sesiapa membaca surah Al-ikhlas 15 kali menyamai pahala membaca Al-Quran 5 kali.
Rujukan :
http://www.mazikao.net/vb/showthread.php?s=834d0ccbe98002134756998ebb9a5df8&t=69523






Subhanallah.... Mudahnya seorang wanita mendapat pahala...

 

  1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
  7. Wanita yang menyebabkan sumainya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
  8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari ketana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  10. Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
  11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
  13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
  15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira masti syahid.
  16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun  maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
  19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
  20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
  21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  22. Jika suami mengajar satu maslaah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALlah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
  24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
  25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
  26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir)

Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."







DOA WANITA


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah ang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
S.A.W."Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Kekuatan Doa

Dalam kitab Fiqhus Sirah karya Syekh Muhammad al-Ghazali, Imam Muslim meriwayatkan bahwa sewaktu Perang Badar, Rasulullah SAW berdoa di dalam kemah. Rasulullah berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri seraya menengadahkan kedua telapak tangannya ke langit memohon supaya diberi kekuatan untuk mengalahkan musuh.

Di antara doa yang beliau ucapkan adalah: ''Ya Allah, kalau pasukan kaum Muslimin ini sampai binasa, maka Engkau tidak akan disembah lagi oleh manusia di muka bumi ini.'' Kemudian beliau memperkeras suaranya, ''Ya Allah, tunaikanlah janji yang telah Engkau berikan kepadaku, ya Allah pertolongan-Mu ya Allah!''

Beliau mengangkat kedua belah tangannya sedemikian tinggi hingga burdahnya jatuh dari pundaknya tanpa disadarinya, sehingga Abu Bakar menyampirkan kembali burdah itu di atas pundak beliau seraya berkata dengan perasaan haru, ''Ya Rasulallah, kurangilah kesedihan Anda dalam berdoa kepada Allah! Allah pasti akan memenuhi janji yang telah diberikan kepada Anda!''

Di tengah begitu banyaknya musibah dan bencana yang menerpa dan mendera bangsa Indonesia saat ini, baik itu berupa krisis ekonomi, politik, hukum, dan moral, serta bencana alam berupa banjir, kebakaran hutan, kemarau panjang, pertumpahan darah di banyak wilayah negeri ini, serta musibah-musibah lainnya, kisah di atas selayaknya dapat memberikan pelajaran kepada kita.

Doa itu senjata dan kekuatan orang beriman (HR Al-Hakim dari Ali bin Abi Thalib). Ibnu Qayyim mengatakan, ''Jika perisai doamu lebih kuat dari musibah maka ini akan menolaknya, tetapi jika musibah lebih kuat dari perisai doamu, maka ia akan menimpamu, namun doa itu sedikitnya tetap akan mengurangi efeknya. Dan jika perisai doamu seimbang dengan kekuatan musibah, maka keduanya akan bertarung.''

Tak ada gunanya waspada menghadapi takdir, namun doa bermanfaat menghadapi takdir sebelum dan sesudah ia turun dan sesungguhnya ketika musibah itu ditakdirkan turun dari langit maka ia akan segera disambut oleh doa di bumi lalu keduanya bertarung sampai hari kiamat (HR Ahmad, al-Hakim dan Thabarani).

Begitulah kekuatan doa, ketika segala daya dan upaya telah kita lakukan untuk mengatasi berbagai macam persoalan kehidupan, maka sudah selayaknya kita tetap berdoa kepada Allah SWT. Ketika seorang sahabat Rasulullah selalu langsung meninggalkan masjid setelah selesai shalat tanpa berdoa, Nabi pun menegurnya dengan pertanyaan, ''Apakah kamu sama sekali tidak mempunyai kebutuhan kepada Allah?'' Sahabat itu pun terperanjat dan mulai memahami arti doa, maka setelah itu ia pun rajin berdoa kepada Allah. ''Bahkan,'' katanya di kemudian hari, ''garam pun kuminta kepada Allah SWT.''

Nah, marilah kita berdoa, sebagaimana yang diperintahkan di dalam firman-Nya, ''Dan Tuhanmu berkata, 'berdoalah kepada-Ku niscaya akan Kupenuhi permintaanmu'.'' (QS Al Ghafir ayat 60)

sumber http://www.al-azim.com/~beringin/agama/doawanita.htm






Menjelang Kematian

  Al-Wasiat diambil daripada kata-kata "Aku wasiakan sesuatu" Maksudnya:aku wasiatkan ianya apabila sampai.Orang yang berwasiat itu diberikan barang yang ada pada masa hidupnya supaya dimanfaatkan selepas kematiannya.
 
   pengertiannya:menurut syarak ialah orang yang memberikan benda,piutang ataupun manfaat kepada orang lain(penerima wasiat)supaya dia memiliki setelah wafatnya orang yang berwasiat[36.Fiqh Sunnah,jilid 3,halaman 583].

   Wasiat merupakan perjanjian untuk menunggu sesuatu,atau mendermakan harta yang akan mereka terima setelah wafat(orang yang berwasiat).Atau juga menunggu kanak-kanak sehingga dewasa.

  Bukan orang yang mempunyai harta sahaja yang boleh membuat wasiat,tetapi janji pun boleh diwasiatkan.Orang yang membuat wasiat mesti melengkapi harta-harta warisan yang sudah dia janjikan(wasiatkan).Dia mesti melengkapi segala wasiat yang akan diterima orang lain nanti.


Hukumnya.

Wasiat memang ada disyariatkan,sesuai dengan firman Allah s.w.t:

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ شَہَـٰدَةُ بَيۡنِكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ حِينَ ٱلۡوَصِيَّةِ ٱثۡنَانِ ذَوَا عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ

Terjemahan: "Wahai orang-orang yang beriman,apabila salah seorang kamu menghadapi kematian,sedang dia ada berwasiat,maka hendaklah (wasiat itu)disaksiakan oleh dua orang yang adil di antara kamu.(Surah al-Ma'idah:106)

Firman Allah s.w.t lagi:
كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ (١٨٠

Terjemahan: "Diwajibkan ke atas kamu,apabila salah seorang di antara kamu kedatangan(tanda-tanda maut),jika ia meninggalkan harta,berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara makruf.Ini adalah kewajipan bagi orang-orang yang taqwa.(Surah al-Baqarah:180)

Dan firman Allah s.w.t lagi:
مِّنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٍ۬ تُوصُونَ بِهَآ أَوۡ دَيۡنٍ۬‌ۗ

Terjemahan: "Sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sesudah dibayar hutangnya."(Surah an-Nisa':12)

Banyak hadis yang menganganjurkan supaya berwasiat,di antaranya ialah hadis daripada Ibnu Umar(r.a),katanya:Rasulullah (s.a.w) bersabda yang kira-kira maksudnya:

 
:Tidaklah seorang mukmin yang mempunyai sesuatu
      yang perlu diwasiatkan - dan sudah berlalu dua
          malam - melainkan dia wajib mewasiatkannya."
         
[Mafhum hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

  Ibnu Umar berkata: "Semenjak aku mendengar Rasulullah (s.a.w) membacakan hadis itu,tidak lebih daripada satu malam aku sudah membuat wasiat."
Bahkan Imam Syafi'i pun ada mengatakan:" Sesuatu yang mesti dan sangat penting bagi setiap muslim bahawa wasiat itu diwajibkan kepadanya sekiranya ada menurut pendapatnya yang perlu diwasiatkan.Kerana seseorang itu tidak tahu bila datang ajal yang menghalanginya mengutarakan maksudnya."

 Daripada Abu Hurairah(r.a.) beliau berkata : Seorang lelaki datang menjumpai Nabi(s.a.w)dan bertanya: " Ya Rasulullah![s.a.w] Sedekah apakah yang paling besar pahalanya?" Nabi (s.a.w) menjawab:

 
"Sedekah yang engkau berikan pada waktu sihat dan
  pada  waktu hati kecilmu tidak mahu memberikannya
  kerana takut miskin dan tamakkan kekayaan.Jangan
  tunggu sampai ghargharah(hampir mati) baru anda berwasiat: untuk si A ini,untuk si B ini dan untuk si C ini."
 
[Mafhum hadis riwayat Bukhari,Muslim an-Nasa'i,Ibnu Majah dan riwayat Abu Daud yang hampir sama dengan hadis ini]

Berwasiat secara Adil.

Hati-hatilah saudaraku yang seiman,janganlah aniaya dalam membuat wasiat hingga engkau membuat satu wasiat hingga engkau membuat satu wasiat yang bertentangan  dengan ketentuan yang sudah disyariatkan Allah s.w.t ,hanya kerana sayang ataupun tidak suka kepada seseorang.

 Hati-hati dan bersabarlah sehingga Allah s.w.t redha kepadamu apabila engkau menemui-Nya kelak.Pusatkan perkatianmu kepada hadis Nabi s.a.w ,daripada Abu Hurairah yang berbunyi:

"Terjemahan: "Lelaki dan wanita yang taat dan beramal selama enam puluh tahun,kemudian mereka mati-dalam keadaan mempermain-mainkan wasiat-maka nerakalah bahagian keduanya."
[Hadis riwayat Ahmad,Tirmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah]

Kemudian Abu Hurairah membacakan Firman Allah s.w.t:

Firman Allah s.w.t:
 مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٍ۬ يُوصَىٰ بِہَآ أَوۡ دَيۡنٍ غَيۡرَ مُضَآرٍّ۬‌ۚ وَصِيَّةً۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ۬

terjemahan: "Setelah melaksanakan wsiat yang dibuatnya atau sesuah dibayar hutang-hutangnya dengan tidak memberi mudarat(kepada ahli waris).(Allah swt menetapkan yang demikian itu sebagai)syariat yang benar-benar daripada Allah s.w.t, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun." (Surah an-Nisa':12)

::Jangan lupa kepada timbangan::

Puisi darinya
Bila kupasak tiang cinta di perkarangan maharku..kau harus meneguhkan dengan as-sajdah..Tapi..Seandainya pasak ku jatuh menyembah bumi..Jangan pernah kau paksa ia berdiri..kerana gantinya



Re: Persediaan Menghadapi Mati


::Jangan lupa kepada timbangan::

Jangan lupa wahai saudaraku,kalau engkau mempunyai harta,dermakanlah.Pada hakikatnya yang benar-benar menjadi milikmu ialah harta yang sudah engkau sedekahkan itu,maka supaya harta itu disimpan di sisi Allah s.w.t.Dan itu untuk menambah beratnya amal kebaikanmu nanti.Dengarlah hadis nabi s.a.w daripada Ibnu Mas'ud r.a ,katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:

TERJEMAHAN: "Siapakah di antara kamu yang lebih suka hartanya itu menjadi milik ahli waris atau menjadi miliknya sendiri? Mereka menjawab:Ya Rasulullah s.a.w Kami semua menginginkan harta itu supaya menjadi milik kami sendiri.Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Hartanya yang sebenarnya ialah apa yang sudah didermakan itu,sedangkan yang tinggal adalah menjadi harta ahli waris.[Hadis riwayat Bukhari dan an-Nisa'i]

Daripada Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan: 'Hamba itu berkata: Hartaku!hartaku! Padahal haknya didalam harta itu cuma tiga perkara:Harta yang dimakannya yang sudah hancur(jadi kotoran),yang dijadikan pakaian sudah buruk,serta yang didermakan,sudah menjadi tabungannya untuk akhirat.Sedangkan yang lainnya akan hilang atau ditinggalkan untuk orang lain."[Hadis riwayat Muslim]

Dalam hadis Qudsi Nabi s.a.w bersabda: iaitu riwayat daripada Tuhan yang Maha Perkasa dan Mulira-kira maksudnya:

 

"Allah Ta'ala berfirman: Wahai manusia,ada dua
  macam yang satu pun bukan berdasarkan usahamu:
  Aku jadikan bahagianmu daripada hartamu sendiri
 ketika engkau memakan(menelannya).Supaya Aku
 membersihkan dan mensucikanmu.Dan selawat(doa)
 yang dibacakan hamba-hamba-Ku kepadamu selepas
 ajalmu."
[Mafhum hadis riwayat Id bin Mahid dengan sanad yang sahih]

Maksud ini semua,engkau jangan lupa kepada dirimu sendiri.Engkau mesti dermakan sebahagian pemberian Allah s.w.t kepadamu.Allah s.w.t tidak melarang seandainya engkau menyedekahkan sepertiga kekayaan-mu sebelum engkau mati.Misalnya: engkau mewasiatkan hartamu itu untuk kebaikan,untuk penerbitan(percetakan) al-Quran ataupun hadis yang ada di daerahmu,atau kepada lembaga-lembaga sosial.

Ini semua termasuk sedekah jariah,cuma tidak boleh lebih daripada sepertiga.mengikut keterangan hadis,manakala Sa'ad bin Ubadah ditimpa penyakit,kebetulan Rasulullah s.a.w datang menjenguknya,lantas Sa'ad bin Ubadah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w! Aku ini ada mempunyai harta,bolehkah aku wasiatkan semuanya?"

 
Rasulullah s.a.w menajwab : "Tidak!"
  Sa'ad bertanya lagi: " Kalau setengah ya Rasulullah s.a.w?"
  "Itu pun tidak boleh,"Kata Nabi s.a.w.
   Sa'ad bertanya lagi:"Kalau sepertiga,ya Rasulullah s.a.w?"
 
Nabi s.a.w menjawab: " Sepertiga boleh,tetapi itu pun terlalu banyak.Kalau engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya,itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka miskin dan meminta-minta kepada orang lain.'
[Mafhum hadis riwayat Bukhari dan Muslim]



Re: Persediaan Menghadapi Mati
Segeralah Berwasiat Sebelum Mati

 Selama-lama  roh berada dalam urusan Tuhan,dan selama ia akan keluar dengan kekuasaan Allah s.w.t,dan kita tidak ada kuasa atasnya sejak penciptaan roh itu sehingga kepada kesudahannya,maka wajiblah kita menuliskan wasiat kita itu dan menjeskannya kepada orang yang akan kita tinggalkan itu.Ini supaya kita tidak meninggalkan mereka dalam keadaan kacau-bilau selepas kematian kita.Kita perlu mewasiatkan perkara-perkara yang akan menjadi bahagian dan tanggungjawab mereka.

 Terkadang ahli waris yang ditinggalkan itu tidak tahu hukum-hukum yang berkenaan dengan warisan.Mereka tidak teliti tentang hukum-hukum si mayat. Mereka membahagi-bahagiakan harta peninggalan si mayat padahal di sebalik itu ada lagi cabaran yang cukup berat bagi si mati.

 Roh orang yang mati itu terhalang masuk syurga kalau hutang-hutangnya belum dibayar.Menurut keterangan sebuah hadis,daripada Muhammad bin Abdullah bin Jahsy r.a ,beliau berkata : Rasulullah s.a.w duduk manakala jenazah sudah diletakkan.Baginda s.a.w memandang ke langit,lalu memejamkan matanya. Kemudian Baginda s.a.w meletakkan tangannya di dahi beliau sambil membacakan: "Subhanallah,Allah s.w.t menurunkan al-Tasydid."

 Kemudian perawi melanjutkan ceritanya lagi: Kami pun terdiam kerana sudah memahaminya. Pada keesokan harinya saya bertanya kepada beliau apa yang dimaksudkan dengan al-Tasydid yang diturunkan itu.Baginda s.a.w menjawab : Maksudnya ialah hutang. Demi Allah s.w.t diri Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya , seandainya ada yang mati syahid kemudian dihidupkan semula,selepas itu mati syahid lagi dari hidup semula,selepas itu mati untuk selama-lamanya orang yang seperti ini tidak akan masuk syurga selama hutang-hutangnya belum dijelaskan(dilunasi)
 
 Tetapi kalau seseorang mukmin sudah melaksanakan hukum Allah s.w.t pada lurus itu,wasiatnya itu ditulis serta disampaikan kepada ahli warisnya,maka tanggungjawab dan dosanya sudah beralih kepada mereka.

  Allah s.w.t berfirman :
فَمَنۢ بَدَّلَهُ ۥ بَعۡدَمَا سَمِعَهُ ۥ فَإِنَّمَآ إِثۡمُهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يُبَدِّلُونَهُ

Terjemahannya: "Maka sesiapa yang mengubah wasiat itu,setelah ia mendengarnya,maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang yang mengubahnya.[Surah al-Baqarah:181]

Mereka berdosa kerana mensia-siakan hak Allah s.w.t dan hak hamba,terutama hak orang tua atau kerabat-kerabat yang sudah percaya kepada orang yang menerima wasiat itu. Sebagaimana si mayat tidak mensia-siakan wasiatnya begitu pula kiranya si penerima wasiat,mesti melaksanakan amanah yang di pegangnya.

 Namun demikian agama islam memberikan hak kepada penerima wasiat untuk mengubahnya seandainya pesan yang diwasiatkan itu menyimpang dari ajaran syarak.Misalnya: penerima wasiat yakin akan terjadi hal-hal yang tidak baik apabila wasiat itu dilaksanakan.

Firman Allah s.w.t:
فَمَنۡ خَافَ مِن مُّوصٍ۬ جَنَفًا أَوۡ إِثۡمً۬ا فَأَصۡلَحَ بَيۡنَہُمۡ فَلَآ إِثۡمَ عَلَيۡهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Terjemahan: "(Akan tetapi) sesiapa yang khuatir terhadap orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa,lalu ia mendamaikan antara mereka,maka tidaklah ada dosa baginya.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [surah al-Baqarah:182]

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

Terjemahan: "Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"[Hadis riwayat Ibnu Majah,Daruqutni dan yang lainnya]

Menurut akal memang tidak logik kala si mayat itu pergi menuju akhirat dengan membawa dosa orang lain,sementara orang lain pula menikmati harta peninggalannya.Beerti si mayat hanya menanggung risikonya.

 Oleh itu,dapat kita simpulkan bahawa wasiat itu tidak boleh menyalahi syarak sekalipun menguntungkan kepada orang lain.Wasiat yang bagus ialah yang dapat menyelamatkan anda.

 Orang islam tidak boleh menangguh-nangguhkan wasiatnya sampai saat ghargharah(sakaratulmaut).Kerana saat seperti ini sepertiga hartanya sudah dianggap harta peninggalan(warisan),walaupun dia masih hidup.Dan juga tidak boleh menuliskan wasiat ketika marah atau ketika fikiran tidak tenang.

::Sahabat Yang Sentiasa Berwasiat Pada Waktu Hidup Dan Sesudah Matinya::
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=14046.msg191911#msg191911






Doa yang menghasilkan 900 Juta pahala

http://www.traidnt.net/vb/attachments/567737d1302893457-43.gif?stc=1
دعاء يكسبك 900 مليون حسنةقال النبي عليه السلام لجويرية رضي الله عنها :
(( لقد قلت بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما قلت منذ اليوم لوزنتهن
: سُبْحَان اللهُ وَبِحَمِّدِه ,
عَدَدَ خَلْقِهِ ,
وَرِضَا نَفْسِهِ ,
وَزِنَةَ عَرْشِهِ ,
وَمِدَاْدَ كَلِمَاتِهِ ))
ثلاث مرات رواه مسلم
قال النبي عليه السلام (( والحمد لله كذلك )) رواه النسائي
Sesiapa membaca doa yang berbaris di atas sebanyak  3 kali pasti mendapat 900 juta pahala atau kebajikan daripada Allah SWT.
Rujukan :
http://www.anaegy.com/vb/t57654.html






KISAH SALMAN AL FARISI MENEMUI ISLAM

by Classic Berbisik on Monday, May 23, 2011 at 10:54pm
Sesungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya.
Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar,
iaitu pengalaman Salman Al Farisy

Marilah kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu.
Dengan ingatannya yang kuat,
ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya.
seorang sahabat Rasulullah saw.

Dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berkata,
"Salman al-Farisi Radhiyallahu 'Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri.
Kata Salman, "Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan.
Bapaku pemimpin Desa.
Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ.
Aku adalah insan yang paling disayangi ayah sejak dilahirkan.
Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku,
sehingga kerana teramat sayang,
aku dijaga di rumah seperti anak gadis.

Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsaku).  
Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.

Ayahku memiliki kebun yang luas,
dengan hasil yang banyak Kerana itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya.
Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting.
Beliau berkata kepadaku, "Hai anakku! Bapa sekarang sangat sibuk.
Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan Bapa.''

Aku pergi ke kebun kami.
Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani.
Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang.
Suara itu sangat menarik perhatianku.

Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain.
Kerana selama ini aku dikurung bapa di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapapun.
Maka ketika aku mendengar suara mereka,
aku tertarik untuk masuk ke gereja itu dan mengetahui apa yang sedang mereka lakukan.
Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan ingin menyertainya.

Kataku, "Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami."
Aku tidak berganjak dari gereja itu sehinggalah petang.
Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.

Aku bertanya kepada mereka,
"Dari mana asal agama ini?"

"Dari Syam (Syria)," jawab mereka.

Setelah hari senja, barulah aku pulang.
Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.

Jawabku, "Wahai, Bapa! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja.
Aku kagum melihat mereka sembahyang.
Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu.
Kerana itu aku berada di gereja mereka sampai petang."

Bapa menasihati akan perbuatanku itu.
Katanya, "Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik.
Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!"

Jawabku, "Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita."

Bapa khuatir dengan ucapanku itu.
Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anuti.
Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.

Ketika aku beroleh kesempatan,
kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka untuk memaklumkan kepadaku andai ada kafilah yang akan ke Syam supaya memberitahu kepadaku.
Tidak berapa lama kemudian,
datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam.
Mereka memberitahu kepadaku.

Maka aku berusaha untuk membebaskan diri daripada rantai yang membelengu diriku dan melarikan diri bersama kafilah tersebut ke Syam.

Sampai di sana aku bertanya kepada mereka,
"Siapa kepala agama Nasrani di sini?"

"Uskup yang menjaga " jawab mereka.

Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya,
"Aku tertarik masuk agama Nasrani.
Aku bersedia menjadi pelayan anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama anda."

'Masuklah!" kata Uskup.

Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.

Setelah beberapa lama aku berbakti kepadanya,
tahulah aku Uskup itu orang jahat.
Dia menganjurkan jama'ahnya bersedekah dan mendorong umatnya beramal pahala.
Bila sedekah mereka telah terkumpul,
disimpannya saja dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti emas.

Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang mengambil kesempatan untuk mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya.
tidak lama kemudian dia meninggal.
Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.

Aku berkata kepada mereka,
"Pendeta kalian ini orang jahat.
Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh.
Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya,
tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin."

Tanya mereka, "Bagaimana kamu tahu demikian?"

Jawabku, "Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya."

Kata mereka, "Ya, tunjukkanlah kepada kami!"

Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti,
penuh berisi emas dan perak.
Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata,
"Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!"

Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu.
Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya.
Akupun mengabdikan diri kepadanya.
Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya.
Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat.
Dia rajin beribadat siang malam.
Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.

Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya,
"Wahai guru! Kepada siapa guru mempercayakanku seandainya guru meninggal.
Dan dengan siapa aku harus berguru sepeninggalan guru?"

Jawabnya, "Hai, anakku!
Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul,
yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni.
Hubungi dia di sana!"

Maka tatkala guruku itu sudah meninggal,
aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul.
Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah meninggal itu.

Kata pendeta Mosul,
"Tinggallah bersama saya."

Aku tinggal bersamanya.
Ternyata dia pendeta yang baik.
Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepadanya,
"Sebagaimana guru ketahui, mungkin ajal guru sudah dekat.
Kepada siapa guru mempercayai seandainya  guru sudah tiada?"

Jawabnya, "Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami,
kecuali seorang pendeta di Nasibin.
Hubungilah dia!"

Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal,
aku pergi menemui pendeta di Nasibin.
Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.

Kata pendeta Nasibin,
"Tinggallah bersama kami!"

Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik.
Aku mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah beliau wafat.
Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya,
"Guru sudah tahu perihalku maka kepada siapa harusku berguru seandainya guru meninggal?"

Jawabnya, "Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya,
kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria.
Hubungilah dia!"

Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu.
Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.

Katanya,
"Tinggallah bersama kami!

Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi.
Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya,
"Guru sudah tahu urusanku.
Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayai seandainya guru meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?"


Katanya, "Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami.
Tetapi sudah hampir tiba masanya,
di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim.
Kemudian dia akan berpindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana,
terletak antara dua bukit berbatu hitam.
Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas.
Dia mahu menerima dan memakan hadiah,
tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah.
Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian.
Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!"

Setelah pendeta Amuria itu wafat,
aku masih tinggal di Amuria,
sehingga pada suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan kabilah "Kalb" lewat di sana.
Aku berkata kepada mereka,
"Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab,
aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku."

Jawab mereka, "Baiklah! Kami bawa engkau ke sana."

Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya.
Aku dibawanya bersama-sama mereka.
Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka.
Aku dijual kepada seorang Yahudi.
Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai hamba.
Pada suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya,
iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku.

Aku berpindah  ke Yastrib dengan majikanku yang baru ini.
Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria.
Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu.
Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.

Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul.
Tetapi baginda masih berada di Makkah menyeru kaumnya.
Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da'wah yang baginda sebarkan kerana aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai hamba.

Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah saw. berpindah ke Yastrib.
Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku.
Dan majikanku itu duduk di bawah pohon.
Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan,
"Biar mampus Bani Qaiah! (kabilah Aus dan Khazraj)  
Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba' menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi."

Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam,
sehingga aku menggigil kerananya.
Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku akan menimpa majikanku.
Aku segera turun dari puncak pohon, lalu bertanya kepada tamu itu,
"Apa khabar anda?
Cubalah khabarkan kembali kepadaku!"

Majikanku marah dan memukulku seraya berkata,
"Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!"

Keesokannya aku mengambil buah kurma seberapa banyak yang mampu kukumpulkan.
Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..

Kataku "Aku tahu tuan orang soleh.
Tuan datang bersama-sama sahabat tuan sebagai perantau.
Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada tuan.
Aku lihat tuanlah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain."
Lalu aku hulurkan kurma itu ke hadapannya.

Baginda berkata kepada para sahabatnya, "silakan kalian makan,...!"
Tetapi baginda tidak menyentuh sedikit pun makanan itu apalagi untuk memakannya.

Aku berkata dalam hati, "Inilah satu di antara ciri cirinya!"

Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang terdaya kukumpulkan.
Ketika Rasulullah saw. pindah dari Quba' ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda.

Kataku, "Aku lihat tuan tidak mahu memakan sedekah.
Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk tuan."

Rasulullah saw. memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya.
Dan baginda mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengannya.
Kataku dalam hati, "ini ciri kedua!"

Kemudian kudatangi baginda di Baqi',
ketika baginda menghantar jenazah sahabat baginda untuk dimakamkan di sana.
Aku melihat baginda memakai dua helai kain.
Setelah aku memberi salam kepada baginda,
aku berjalan mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk melihat tanda kenabian yang dikatakan guruku.

Agaknya baginda mengetahui maksudku.
Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti belakangnya,
sehingga aku melihat dengan jelas tanda kenabiannya.

Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu.
Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil menangis.

Tanya Rasulullah, "Bagaimana khabar Anda?"

Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku.
Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat baginda.
Lalu kuceritakan pula kepada mereka.
Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.

Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak,
lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu.
Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.

Salman sibuk bekerja sebagai hamba.
Dan kerana inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. "Rasulullah saw. suatu hari bersabda kepadaku,
"Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!"

Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.

Kemudian Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat dan bersabda,
"Berilah bantuan kepada saudara kalian ini."

Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma.
Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon,
dan ada yang 10 pohon, setiap orang sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.

Setelah terkumpul Rasulullah saw. bersabda kepadaku,
"Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu,
jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletakkannya di tanganku."

Aku pun menanamnya dengan dibantu para sahabat.
Setelah selesai aku menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku,
Kemudian Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu.
Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah  s.a.w pun meletakkannya di tangan baginda.
Maka, demi jiwa Salman yang berada di tanganNya (Kekuasaan Allah),
tidak ada sebatang pohon pun yang mati.

Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi, aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda,  "Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?"

Kemudian aku dipanggil baginda, lalu baginda bersabda, 
"Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!"

"Wahai Rasulullah saw.,
bagaimana status emas ini bagiku?
Soalku inginkan kepastian daripada baginda.

Rasulullah menjawab,
"Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberi kebaikan kepadanya."

Kemudian aku menimbang emas itu.
Demi jiwa Salman yang berada di tanganNya,
berat ukuran emas itu 40 uqiyah.
Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku,
dan aku dimerdekakan.

Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah saw. dalam perang Khandaq,
dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.'


(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam al-Kabir(6/222); lbnu Sa'ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra, 10/323.)






KISAH DISEBUAH MASJID


Kira-kira 7 tahun dahulu, dalam pengembaraan ku untuk mengenal diri,
aku bermusafir dari satu masjid ke satu masjid dengan berjalan kaki seorang diri.
Mana-mana masjid tempat aku bersolat maghrib akan menjadi hotel ku sebagai tempat menumpang tidur untuk malam itu.
Objektif ku ketika itu untuk iqtiqaf di 40 buah masjid dalam jangkamasa dua minggu.

Berbagai-bagai pengalaman telah ku tempuh dengan pertolongan ALLAH semata-mata.
Kepayahan banyak mengajar erti sebuah kehidupan.
'Setiap kesusahan ada kesenangan.' surah Al Insyirah.

Aku kenal erti tawakal yang sebenarnya dalam pengembaraan itu.
Aku mengerti perkataan sabar dengan rasa.

Kisah ini ku tulis untuk menjana pemikiran semua supaya bertambah bijak dan matang.
Pada satu hari yang cerah, aku telah tiba disebuah masjid dalam keadaan yang penat,
berpeluh dan berdebu setelah berjalan lebih kurang 7 kilometer dari masjid tempat aku bersolat asar. Kalau aku berlari lebih cepat sampai,
tapi aku tidak mahu terlalu banyak berpeluh memandangkan baju hanya ada dua helai sahaja.

Setelah membersihkan diri,
aku solat maghrib berjemaah dengan penduduk setempat.
Selesai solat maghrib,
aku berjumpa dengan Pak Imam untuk memperkenalkan diri dan meminta izin menumpang bermalam di masjid kampung itu.

'Tak Boleh! Awak ingat masjid ni hotel percuma ke?
Entah dari mana awak datang, nak mengotorkan masjid pulak.
Awak ni orang tabligh ke?'
Masih ku ingat jerkahan Pak Imam tersebut.
Marah sungguh dia pada ku.

'Tapi..masjid ni kan rumah ALLAH.
Saya hanya mahu menumpang iqtiqaf dan berehat di rumah ALLAH ini untuk malam ni saja.
Esok, selepas subuh, saya keluarlah.
Saya musafir yang sedang berjalan untuk mengenal diri.'

'Pasal ini rumah ALLAH lah saya tak benarkan.
Rumah ALLAH bukan hotel.
Selepas Isyak awak keluar dari masjid ini.' Tegasnya kepada ku.

Perasaan ku berbaur antara marah dan sedih.

'Apalah dangkal sangat orang ini?
Kalau tetamu datang ke rumah kita, sudah tentu kita akan raikan dan berikan tempat tidur yang selesa, inikan pula rumah ALLAH yang Maha berkuasa lagi Maha mengetahui.
Lagipun, ini bukan rumah dia, ini rumah ALLAH!'
Hatiku berperang untuk melawan.
Tapi ku tahan mulutku dari mengeluarkannya.

'Baiklah pakcik, saya minta maaf.'

Dan aku pun keluar selepas solat isyak dengan iringan kata-kata manis dari Pak Imam itu,
'Entah kutu berahak mana nak mencuri duit masjid.
Pegikut ajaran sesat lah ni.'

Aku bersangka baik.
Mungkin sudah pernah berlaku kecurian di masjid satu ketika dulu.


Aku berjalan menuju ke depan di malam yang gelap.
Terasa juga ada pontianak sedang mengintai di balik-balik pokok getah itu.
Tapi kalau berani dia menjerkah aku,
akan ku jerkah dia balik lalu ku seligi kepalanya dan ku pakukan tengkuknya biar jadi bini aku (Mesti macam Maya Karin agaknya) kerana hatiku sedang membara ketika itu.
Perasaan ku begitu sedih dan pilu sekali.

"Ya ALLAH.. aku sedang belajar untuk mencintai Mu maka perkuatkanlah aku.'

Sekonyong-konyongnya,
berhentilah sebuah motosikal honda kapcai buruk yang berlampu malap.
Rupa-rupanya, Tok Siak masjid tadi yang menunggangnya.
Dia memberi salam kepada ku dan mengajak ku ke rumahnya.
Aku menolak dengan cara yang baik tapi dia bersungguh mempelawa ku ke rumahnya.

Aku menolak dengan mengatakan bahawa niat ku bermusafir ini untuk beriqtiqaf di sebanyak masjid yang sempat aku kunjungi.
Lalu dia mempelawa aku untuk makan malam dirumahnya dan kemudian dia akan hantarkan aku ke sebuah masjid yang lain malam itu juga.

Aku bersetuju dan membonceng motosikal buruknya itu.
Setelah makan malam bersama keluarganya, iaitu isterinya,
anak teruna dan dua orang anak lelakinya yang masih bersekolah rendah,
dia mengajak ku berbual-bual seketika.

Dia mengatakan yang dia sudah terdengar perbualan ku dengan Pak Imam tadi dan meminta maaf atas sikap Pak Imam itu.
Katanya, Pak Imam itu bekas askar lalu aku menyatakan padanya bahawa aku pun askar gaks.
Baru sahaja gagal kursus komando.

'Patutlah.. muka macam budak baru keluar pusat pemulihan dadah.
Rupa tak semenggah.
Pak Imam dah tersalah sangka dengan awak.
Maafkanlah dia. dia tak tahu.' Kata Tok siak.

'Tapi tujuan awak bermusafir ini sangat bagus.
Pakcik setuju dan suka sangat dengan cara awak ini.'
Dia diam seketika lalu menyambung.

'Awak tak nampak ke ada pontianak sedang mengintai awak kat pokok getah tadi?'
Tanyanya serius.

'saya dapat rasa benda tu..
cuma saya tengah sedih sangat la tadi pakcik.'

Tok siak bertanya, Apa yang nak disedihkan?
Takkan seorang komando pun sedih?

Aku tersengih mendengar pertanyaannya itu.

saya telah gagal untuk jadi seorang komando.
Tak cukup fit dan cukup mental untuk habiskan kursus.
Itu perkara yang menyedihkan buat saya kerana ianya adalah cita-cita saya dan saya telah berusaha sedaya upaya untuk berjaya.
Ada orang yang dengki dan tidak mahu saya berjaya.
Saya telah digagalkan dengan sengaja.

˜Takpelah ada hikmahnya.
Hikmah yang terbesar sekali, adalah keinginan untuk mengenal diri.
Perasaan itu adalah imbalan yang terlalu besar atas kegagalan tadi.
Sedikit sekali manusia yang dianugerahkan dengan perasaan itu.

Aku terpegun mendengar pernyataan Tok Siak itu.
Rupa-rupanya dia adalah dikalangan orang-orang yang mengetahui.
Tak ku sangka, orang yang sebegini alim (berilmu dan memahami) hanya menjadi seorang siak masjid sedangkan orang sebegitu dangkal menjadi seorang Imam.
Terbaliklah pulak.

˜Apakah kesudahan pencarian saya ini pakcik?.
Adakah saya dapat mengenal diri saya nanti?
tanyaku jujur.

˜Cerita sebegini elok sangat diterangkan di masjid.
Apa kata kalau kita iqtiqaf di masjid kampong ini?
Boleh kita sama-sama qiam (qiamulail).

˜Tapi, Pak Imam dah tak bagi saya iqtiqaf kat situ pakcik,
nanti dia marahkan pakcik pulak.

˜Hai..sayakan siak masjid..
saya penjaga masjid itu.
Itu bukan rumah dia, itu rumah ALLAH.
Awak sedang menjadi tetamu ALLAH di salah sebuah rumah Nya yang berjuta-juta diserata dunia kerana awak adalah musafir yang sedang mencari Nya.
Saya wajib memberi makan kepada awak dan melayan awak dengan penuh penghormatan.
Bersungguh Tok Siak menerangkan kepada ku.

Aku merasa amat gembira sekali dengan pernyataannya itu seolah-olah ianya adalah berita yang paling menggembirakan dalam hidup ku.
Tak ku sangka, rupa-rupanya,
ada manusia yang memahami dan mempunyai pemikiran yang selari dengan pemikiran ku.

˜Atau.. awak sebenarnya kecut nak lalu jalan yang ada pontianak tadi? ,
duganya sambil tersenyum lebar.

Aku tergelak mendengar pertanyaannya itu.
Aku tak terfikir pun pasal pontianak itu.
Setiap kali aku teringat pasal pontianak, aku teringat Maya Karin.
Tentu nikmat agaknya kalau dapat kahwin dengan pontianak yang secantik Maya Karin.
˜Takde lah pakcik.
Saya tak hairan sangat dengan benda tu.
Saya dok kusut memikirkan tentang diri saya dan ALLAH.
Itu saja.

˜Sedang elok dan memang cantik!
Kalau begitu, mohlah kita ke masjid.
Ajaknya dengan segera.

Maka aku pun mengangkat beg dan mengucapkan terima kasih kepada isteri Tok Siak yang telah menghidangkan nasi berlaukkan gulai lemak pucuk ubi,
ikan keli goreng (aku makan dua ekor plak tu), sambal tempoyak dan ikan masin.
Aku begitu berselera sekali sehingga makan dua pinggan nasi tanpa sedar.
Takde malu-malu lah.
Lagi pun, aku baru saja selesai menjalani latihan lasak.
Jadi selera ku memang tinggi apatah lagi masakan dari dapur seorang isteri.
Biar pun isteri orang.

Kami tiba dimasjid lebih kurang pukul 11 malam.
Pontianak tadi hanya bertenggek sahaja di atas dahan pokok getah.
Kami selamba saja lalu dan sempat juga aku mengenyit mata kepadanya.
Entah dia nampak entah tidak.
Tapi dia tak menunjukkan sebarang reaksi.
Naik juga bulu roma tengkuk aku.
Ingatkan berani sangat.
Yelah.. perasaan seram itu tetap ada tapi hati aku tak terusik dengan kehadirannya itu.

Aku rasa tak sabar nak mendengar cerita dan penerangan selanjutnya dari Tok Siak.
Oh..ya..namanya, Ibrahim.
Nama yang menunjukkan kebijaksanaan.
Nama seorang Nabi yang bijaksana dan gagah.
Pak Ibrahim ini telah menjadi salah seorang dari guru-guru ku yang mengajar erti ISLAM kepada ku dalam pengembaraan 14 hari 15 malam ku itu.

Sebaik tiba ke kawasan masjid,
aku segera ke tandas yang berada di luar masjid,
untuk menunaikan hajat yang terqada.
Selesai urusan,
aku keluar untuk berwuduk supaya lekas dapat aku solat sunat tahiyatul masjid dan sunat iqtiqaf.
Sebaik saja aku keluar dari tandas,
aku terdengar suara perempuan menangis.
Sedih sekali bunyinya.
Macam perempuan kematian anak.
Mengongoi-ngongoi macam bunyi musang.
Meremang bulu tengkuk ku.

Berdasarkan pengalaman yang dahulu, sah la, itu memang bunyi pontianak.
Aku rasa dia nak mengorat aku.
Tak pun, memang dia kenal Pak Ibrahim.
Malangnya, aku tidak berminat untuk berkenalan dengan dia kerana hati aku sedang bercelaru.
Tapi kalau dia cari pasal dengan aku,
memang sungguh akan ku pakukan tengkuknya walau dengan ranting kayu sekalipun.


Aku berdiri di pintu tandas sambil merenung ke arah suara itu.
Tiada apa yang kelihatan dalam gelap itu.
Hanya pokok-pokok getah sahaja di depan.

Apabila terdetik saja perasaan seram dihati, segera aku bacakan doa,
˜Bismillahhi lazii la yadhurru maasmihi syaiun pi ard walaa pi samaa,
wahuawal aliyul azim.
Sedang aku kusyuk membaca doa itu 3 kali,
tiba-tiba jer Pak Ibrahim sudah berada disisi ku sambil merenung ke arah yang sama.
Terkejut dog aku!

˜Pergh¦Kurus semangat!, sambil aku mengurut dada.
Pak Ibrahim gelak kecil.

˜Jom kita tangkap pakcik!
Boleh saya buat bini, Secara spontan aku tergerak bercakap seperti itu.

˜Dia minat kat kau ni, tu pasal dia ikut kita.
Sudah, abaikan dia.
Dia adalah ujian buat kau.
Pak Ibrahim memotong stim ku.

˜Dia kira dah mengganggu kita.
Jom kita setel kan dia ni dulu.
rupa-rupanya, masih ada lagi semangat juang dalam diri ku ini.
Aku geram kerana diganggu.
Itu pun sebab ada Pak Ibrahim, kalau sorang-sorang, belum tahu lagi.

˜Bukan ke itu kerja dia untuk mengganggu orang-orang macam kita.
Cuba halusi peristiwa ini, elok-elok kau berniat nak iqtiqaf dan beribadat di masjid ini,
sekarang sudah terpesong untuk menangkap pontianak.
Takde nya dia tu boleh secantik Maya Karin kalau ditangkap.
Hodoh lagi menakutkan ada laa.
Sudah jangan dilayan.
Potongnya sambil menarik tanganku.

Aku memandang tepat ke wajah Pak Ibrahim.
Macamana dia boleh tahu yang aku menyamakan pontianak ni dengan Maya Karin,
bukan ke perkara itu adalah rahsia hatiku dilubuk paling dalam.
Memang pelik betul Pak Ibrahim ni.
(seminggu kemudian barulah aku memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah kasyaf seperti yang diterangkan oleh seorang lagi guru yang ku temui di masjid lain)

Melihatkan aku berat nak bergerak,
Pak Ibrahim mengambil seketul batu lalu dibalingnya ke arah suara tersebut.
Terdengar seperti bunyi kucing mengiaow kesakitan lalu senyap.

˜Haa..dah setel dah.
Kucing je tu!
Dah moh kita ke dalam.
Pak Ibrahim mula melangkah ke kolah masjid.

Aku terpaku lagi.
Macamana pulak boleh bunyi macam kucing ni.
Hai..pontianak..pontianak..jibam..jibam,
tak fasal-fasal aku sibuk memikirkan hal kau.
Hilang semua sedih aku tadi.

Aku bukannya sedih sebab gagal kursus komando.
Tahun depan boleh ambik lagi.
Aku sedih sebab akhlak Pak Imam masjid ni sebenarnya.
Aku juga sedih bila terasa seolah-olah ALLAH halau aku keluar dari rumahNya sedangkan aku sedang mencari kecintaan terhadapNya.

Ibarat kena halau dari rumah boyfriend atau girlfriend yang kita minat.
Sedih sangat rasanya.
Seperti, Keluar kau dari rumah Ku, kau tidak layak untuk tidur di sini.
Seperti itu yang ku rasa.
Bayangkan kalau ALLAH halau kita keluar dari rumahNya melalui mulut Pak Imam tu.

Tapi bila dipujuk balik oleh Pak Ibrahim, hati ku gembira semula.
Pak Ibrahim seolah-olah mengatakan bahawa bukan ALLAH yang menghalau aku,
tapi Pak Imam itu yang menghalau,
kerana Pak Imam itu sedang dalam keadan salah sangka terhadap ku.

Maka timbul angan-angan untuk jadi seorang tua seperti Pak Ibrahim ini,
yang tinggi lagi dalam ilmunya tetapi rendah hati dan berakhlak mulia.
Bukan saja dia meminta maaf bagi pihak Imam, memberi ku makan,
menghiburkan hatiku yang sedih, menyedarkan ku tentang ujian pontianak itu dan mengajarku ilmu tauhid serta tasauf secara terperinci pada malam itu.

Ada orang yang dangkal, ada orang yang bijak.
Ada orang yang sombong, ada orang yang rendah diri.
Jahat dan baik. Dengki dan berbakti.
Cantik dan hodoh. Semuanya ada dua.
Yang positif dan yang negative.
Aku belajar mengenal kedua-duanya sekali.
Rupa-rupanya, dah disebut dalam surah yaasin ayat 36.
Diterangkan secara terperinci oleh pak Ibrahim ini.

˜Maka fahami dan terimalah kamu kedua-dua nya itu sebagai salah satu dari ilmu ALLAH!
Ini adalah perkara asas dalam ilmu mengenal diri yang kamu cari itu.
katanya kepadaku.
Lalu ku tangkap tangannya dan ku kucup syahdu.
Meleleh air mataku apabila terasa betapa sayangnya ALLAH pada ku kerana diterangkan tentang perkara yang berlaku melalui mulut Pak Ibrahim.
Kemudian kami solat sunat malam berjemaah.

Tahajud malam itu indah sekali.
Begitu juga dengan solat tasbih.
Wow..lazat tak terkata.
Lapang dan permai.
Seakan terlihat bintang-bintang bertaburan berkerlipan dilangit meskipun aku sedang sujud di muka bumi.
Cantik lagi mengasyikkan tapi kecil dan tak berdaya.
Nikmat sungguh tahajud apabila di rasai dengan sepenuh jiwa.
Jiwa yang sedar.
Jiwa yang tahu siapakah dia.

Aku ini ibarat robot yang benar-benar tertakluk dib awah perintah dan kehendak tuan ku sepertimana yang telah dilatihkan oleh tentera kepada ku.
(Yes sir! Kami dengar dan kami taat,taat setia cogankata askar melayu)
Tiada daya upaya ku melainkan mengikut saja apa yang telah disediakan oleh tuan ku untuk ku.
Aku merasakan tidak perlu kan apa-apa pun dimuka bumi ini.
Cukup dengan ALLAH!

Aku tertidur dalam keadaan bersujud sehinggalah Pak Ibrahim mengejutkanku supaya tidur dalam keadaan yang lebih sempurna.
Aku hanya tersedar selepas lampu masjid dipasang.
Dalam mamai itu, masih lagi aku terasa nikmat kelapangan yang seluas langit dan bumi itu diruang dada ku yang sempit ini.
Aku bangun dalam senyum.
Dengan segera aku berwuduk kerana aku tak sabar untuk bersolat semula.

Pak Ibrahim melaungkan azan subuh.
Aku dengan segera bersolat sunat fajri dan sunat subuh.
Dua orang penduduk kampong datang ketika aku bersolat.
Aku sudah tidak mempedulikan keadaan sekeliling.
Masih fana dengan solat tahajud malam tadi.
Aku sehingga malas untuk mengangkat kepala.
Bukan mengantuk tapi khyusuk.
Hatiku asyik dengan ˜ALLAHUALLAH! Asyik sungguh.
Rasa tidak mahu berhenti.


Keasyikanku itu terhenti dengan laungan iqamat oleh Pak Ibrahim.
Dengan pantas aku berdiri, sepantas pergerakan ketika nombor ku dipanggil semasa dalam kursus dahulu. (cepat dan cergas cogankata komando) Hanya ada lima orang sahaja pada solat subuh itu. Pak Imam yang menghalauku itu, dua orang pakcik yang sudah tua, Pak Ibrahim dan aku.
Sedangkan aku masih lagi berseluar jeans dan bert-shirt hitam sahaja.
Itulah pakaian ku buat berjalan, tidur, makan dan bersolat.
Yang lain lengkap berkopiah.
Apa ku peduli, aku sedang asyik dilamun cinta.
Pak Ibrahim pun tak cakap apa.

Pak Imam membaca surah Al fatehah dengan lantang dan merdu.
Tapi entah kenapa, hatiku merasa tidak seronok mendengar bacaannya itu.
Seperti ada yang tak lepas atau tak kena.
Aku abaikan saja kerana aku sedang seronok sendiri mengadap Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
(ada kalanya perasaan takut yang teramat sangat pula,
ada masanya perasaan sedih,
dan banyak masanya plak takde perasaan)

Jadi..aku hargai perasaan yang datang itu dengan kesyukuran.
Ianya anugerah yang terlalu besar buatku.
Ibarat berdiri di depan Yang Dipertuan Agong di atas padang kawad dengan pedang yang terhunus seperti di hari pentauliahan pangkat ku satu ketika dulu.
Sedia berkorban dan sedia menurut perintah!

Selesai solat dan doa, kami bersalam-salaman.
Aku hanya tunduk sambil bersalam dengan Pak Imam.
Pak Imam menarik tangannya cepat-cepat seolah-olah jijik untuk bersalam denganku.
Aku tak tersinggung pun walaupun aku pernah bersalam dengan YDP Agong,
PM dan panglima-panglima tentera, mereka tidak pula menarik tangan secepat itu.
Hanya Pak Imam sahaja yang berperasangka terhadap ku lantaran pandangan lahiriyahku yang tidak semenggah (senonoh) atau tidak semegah uniformku di bilik.

Ibrahim cuba kamu periksa kalau-kalau ada barang yang hilang.
Yang paling utama peti duit.
Pak Imam mengarahkan Pak Ibrahim sambil merenungku.

Aku hanya tunduk dan yang hairannya,
aku tak terasa apa-apa pun dengan kata-katanya itu.
Kemudian, aku mengangkat muka dan tersenyum kepadanya.

Pak Ibrahim menghampiri Pak Imam.
Pak Imam, saya iqtiqaf di sini dengan anak muda ini malam tadi.
Namanya, Kapten Walid (bukan nama sebenar), dari Sg Udang, Melaka.
Dia hanya menumpang iqtiqaf untuk malam ini sahaja dalam musafirnya mencari diri.

Pak Imam sangat terkejut dengan kenyataan Pak Ibrahim itu.
Dia merenung wajahku.

˜Tuan..dari PULPAK la ni ya?
Kenapa tak cakap dari awal?, tanyanya sedikit gugup.

Aku sudah mahu ketawa.
Aku teramat gelihati dengan keletah spontan Pak Imam.
Sebaik saja mengetahui pangkat dunia ku,
tiba-tiba saja dia memanggil aku tuan!
(memang tradisi tentera untuk terus menghormati pegawai atasannya walaupun dia sudah bersara) Sedangkan aku hanya hamba sahaya yang hina dina.

Aku menyalam Pak Ibrahim,
mencium tangannya,
sambil mengucapkan terima kasih buat kali ketiga kepadanya lalu bersalam dengan Pak Imam.
Aku berpusing mengambil beg lalu dengan segera keluar dari masjid itu dengan kaki kiri.

Aku ketawa sepuas-puasnya seperti orang gila sebaik saja keluar dari kawasan masjid itu.
Hatiku bagai digeletek-geletek.
Aku merasa kelakar dengan karenah manusia ini.
Dan seketika, timbul pula rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan Pak Ibrahim dalam keadaan yang begitu drastik.

Tapi tak mengapa, aku akan bertemu dengannya semula, tak di dunia, di akhirat jua.
Sekejap gembira, sekejap sedih dan sekejap lagi asyik.
Aku berjalan dengan tunduk kerana terasa malu pula untuk melangut muka seperti mana aku selalu berjalan satu ketika dulu.

Dan aku meneruskan perjalanan itu bagai orang gila dengan hati yang asyik.
Baru ku tahu, bagaimana perasaan orang yang gila, bahagia!

Sumber : http://acinetobaxter.blogspot.com/

 

 

 

 

RAHSIA HURUF PERTAMA NAMA ANDA


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.




A
Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati,
dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah.
Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.
Mereka juga sangat setia dan penyabar,
yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara.
Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan.
Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu.
Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja.
Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita.
Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab.
Sikapnya periang bila hatinya senang,
tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh,
tidak mudah goyah dan keras kepala.
Mereka juga sukar memaafkan.
Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati.
Pendiriannya mudah dipengaruhi.
Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut.
Tidak pernah melukai perasaan orang lain.
Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan,
suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan.
Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain.
Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman.
Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka.
Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah.
Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain.
Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak.
Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira.
Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian..
Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh.
Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain.
Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria.
Punya banyak idea dan sangat kreatif.
Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain..
Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain.
Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan.
Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu.
Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Suka mengkritik.
Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita.
Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.
Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi.
Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin.
Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku.
Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan.
Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri.
Naif baginya merugikan orang lain.
Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu.
Pandai meyesuiakan diri.
Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat.
Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati.
Sikapnya amat menawan.
Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan.
Keras kepala dan sukar diatur,
tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus.
Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri.
Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik.
Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan.
Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Sumber:http://www.facebook.com/notes/classic-berbisik/rahsia-huruf-pertama-nama-anda/10150197871796947