Posts

Showing posts with the label Valentine
Image
HUKUM MENYAMBUT VALENTINE"S DAY email Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa: "Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam". Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud kuat, aktif, sihat dan seumpamanya. Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seo...
Image
Hukum Rai Valentine & Jual Bunga Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net     Soalan   Assalamualaikum ustaz, Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?   JAWAPAN   Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.    Asal-usul Valentine    Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion , yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera .   Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia , sebuah perayaan Lupercus , de...